Thursday, December 23, 2010

Down The Memory Lane - 3


Ini gambar Masjid Kampung Laut.



Yang ini pula Masjid Demak. Rekabentuk kedua-duanya hampir sama.

Friday, December 3, 2010

Down The Memory Lane - 2

Ibu saya pula berasal dari Kelantan. Lebih tepatnya dari Pasir Puteh. Tapi kampung asal tempat mula bertapak moyang saya ialah di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Menurut Tok (nenek sebelah ibu) dan arwah Tok Umi (nenek saudara), semasa kumpulan moyang saya sedang berlayar tiba-tiba kapal yang mereka naiki dipukul ribut yang sangat kuat dan mereka hampir tenggelam. Dengan kuasa Allah, sekonyong-konyong muncul ikan kacang-kacang (barracuda) menolong dan mereka akhirnya terdampar di Kampung Laut, Tumpat. Selepas itulah moyang saya dikatakan berjanji dengan kumpulan ikan kacang-kacang tersebut bahawa mereka dan anak cucu mereka tidak akan memakan ikan kacang-kacang sebagai membalas jasa dan tanda terima kasih. Mengikut cerita Tok Umi lagi, mereka adalah kumpulan ulama dan pendakwah. Itu yang diceritakan semasa saya kecil. Wallahua'lam.

Bagi yang meminati sejarah, kisah ini ada dicatat oleh seorang penulis yang membuat kajian tentang penyebaran Islam di Nusantara. Tajuk bukunya kalau tak silap saya ialah 'Wali Songo' oleh Abdul Halim Bin (maaf tak ingat). Di dalamnya ada dicatat bahawa kumpulan pendakwah ini memohon bantuan kepada Allah dan bernazar bahawa sekiranya mereka terselamat maka mereka akan mendirikan masjid di tempat mereka mendarat. Seperti yang diceritakan di atas, sekonyong-konyong datang sekumpulan ikan kacang-kacang menolak kapal yang mereka naiki ke arah daratan dan sebahagian lagi menutup lubang kapal yang bocor dari terus dimasuki air.

Menurut sejarah, tempat mendarat mereka ialah di Kampung Laut, Tumpat. Di sana, sebagai menunaikan nazar, mereka mendirikan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Kampung Laut. Rekabentuk masjid ini amat bersamaan dengan Masjid Demak di Indonesia yang terkenal itu. Dikatakan, Masjid Kampung Laut lebih awal didirikan daripada Masjid Demak dan rekabentuk Masjid Demak menyerupai rekabentuk Masjid Kampung Laut kerana kedua-duanya dibina oleh kumpulan yang sama.

Salah seorang dari mereka berfirasat tentang kaitan diantara hakisan pantai, akhir zaman dan masjid tersebut. Kini Masjid Kampung Laut telah dialihkan ke Nilam Puri kerana hakisan pantai yang berlaku di kawasan asalnya. Apakah ini sudah akhir zaman seperti yang difirasatkan?

Berdasarkan hadist-hadist Nabi SAAW, ini memang masa akhirnya zaman. Wallahua'lam.

Thursday, December 2, 2010

Sesaja

Salam. Sesaja nak menekan kekunci komputer. Dah lama tak update blog sendiri. Mudah-mudahan diberi masa untuk menulis.

Tuesday, September 21, 2010

Down The Memory Lane

Tahun ni saya beraya di Kelantan, sama macam tahun-tahun yang lepas. Kalau tak silap dah lama saya tak beraya di Alor Star, lebih-lebih lagi sejak ibu & ayah saya settle down di sini, di kampung ibu di Pasir Puteh.

Kedah Darul Aman adalah tempat saya dilahirkan, tempat tumpah darah saya - pada tahun 1975, 35 tahun dahulu - di Kampung Seberang Perak, Alor Star. Kampung Tun Mahathir, kampung Tun Daim Zainuddin, Zubir Ali dan kalau tak silap, Tan Sri Awang Had Salleh.

Kalau mengikut salasilah Tok Haji Hasan, datuk sebelah ayah, bapa atau datuknya berasal dari India sebelum berhijrah ke sini. Ada sebatang jalan di Penang, 'Jalan Abu Siti' yang punyai nama yang sama dengan datuk kepada Tok Haji Hasan. Tapi saya tak pasti samada ia merujuk kepada orang yang sama ataupun tidak.

Jika mengikut nenek sebelah ayah pula, dia berasal dari Punjab, India Utara. Bahasa pertuturan keluarga nenek adalah Hindi/Punjabi. Saya sendiri memanggil nenek dengan panggilan 'Dadi'. Dadi adalah panggilan 'nenek' bagi cucu yang dilahirkan dari anak lelaki. Kalau cucu dari anak perempuan pula, ia akan dipanggil 'Nani'. Secara mudahnya, cucu-cucu dari anak lelakinya akan memanggilnya dengan gelaran Dadi. Manakala cucu-cucu beliau dari anaknya yang perempuan akan memanggilnya Nani. Sekarang anak saya pula memanggil neneknya (ibu saya) dengan panggilan Dadi.


Begitu juga dengan panggilan-panggilan dalam keluarga. Ada bapa saudara saya yang dipanggil Cicha/Chaca (Uncle/Pak Menakan) seperti juga gelaran-gelaran lain seperti Mami, Khala, Bhai, Bu, etc. Tapi, gelaran-gelaran tu dah kurang digunakan dalam keluarga kami.

Ada satu cerita menarik berkaitan keluarga yang pernah Dadi ceritakan kepada saya sewaktu kecil dahulu. Katanya moyangnya (great great grandfather, tahun bila tak pasti) merupakan kerabat satu kerajaan di India Utara satu ketika dahulu. Sepatutnya moyang saya tersebut yang menaiki tahta kerajaan tetapi berlaku satu perebutan dengan adiknya. Untuk mengelakkan pertelingkahan dan putusnya persaudaraan, maka beliau mengundurkan diri dari menduduki tahta dan menyerahkannya kepada adiknya. Dan apa yang saya faham, beliau kemudiannya berhijrah ke Tanah Melayu. Wallahua'lam.

Sekadar bercerita, untuk tujuan rekod generasi yang akan datang...

Tuesday, August 24, 2010

14 Ramadhan 1431 H - 24/8/2010 M

Hari ni saya dapat staff pertama. Staff sambilan secara lebih tepat. Rasa lega yang amat sangat bila dah ada staff yang dapat membantu. Insya Allah, kalau kerja dia memuaskan, saya akan pertimbang untuk ambik bekerja secara tetap. Harap-harap macamtu lah.

Bulan Ramadhan ni jugak menyaksikan saya masuk ke rumah baru. Baru hari Sabtu 11 Ramadhan 1431 lepas kami berpindah masuk. Rumah kecil yang padan dengan kami tiga beranak. Adalah tempat untuk berteduh, mencari rezeki dan membina keluarga bahagia, mudah-mudahan.

4 tahun dulu, dalam bulan Ramadhan jugak, anak saya dilahirkan. Saya proposed Dayang (kot telepon shj, no dating-dating) juga dalam bulan Ramadhan. Saya berhenti kerja dengan firm lama dulu sebelum buka firm sendiri ni, juga dalam bulan Ramadhan. So Ramadhan sentiasa membawa pengertian baru buat saya. Mudah-mudahan Ramadhan terus membawa bahagia dan ketenangan buat saya dan keluarga. Juga untuk sahabat-sahabat semua.

Picture time:-

Saya dan Dayang


Sikecik di ofis saya.


Sikecik dengan mamanya.


Sikecik dengan papanya.

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN

Ramadhan muncul kembali. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini berjaya membentuk kita semua menjadi hambaNya yang diredhoi. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.

Monday, August 9, 2010

Hizbut Tahrir & Hari Cuti - 7/8/10

Sabtu 7-8-10
Dua hari sebelum ni saya terima sms dari Walis mengajak ke seminar Hizbut Tahrir yang dibuat di Kota Bharu pada hari ni. Malangnya saya tidak dapat hadir sebab dah rancang untuk ke ofis hari ni. Jadi sehari suntuk lah saya di ofis hari ni.

Sebenarnya bukan hendak sangat ke ofis pun hari-hari cuti ni. TERPAKSA. Keesokan harinya saya ada satu kes menanti keputusan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh. Puan Majistret dah maklumkan pada tarikh bicara lepas supaya standby untuk proceed dengan Pembelaan kalau keputusannya pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Kalau keputusan pada hari Ahad esoknya pihak Pendakwaan dapat prove prima facie, saya terpaksa proceed dengan Pembelaan pada hari tu jugak. Dan ada kemungkinan besar kena buat hujahan hari yang sama. Maka bermakna ada kemungkinan besar HAMPIR SEPARUH HARI saya akan berada di Pasir Puteh. Kalau menang, client akan suka hati & saya akan senang hati. Kalau called for defense? Kalau lepas called for defense & keputusannya kalah?

Hari Isnin pula, saya ada satu kes bicara di Kota Bharu. Saya akan minta tarikh lain untuk bicara kerana baru mendapat arahan client untuk masukkan notis alibi. Kalau permohonan untuk tangguh ditolak, maknanya saya kena proceed jugaklah. Jadi, saya terpaksa tinggalkan kerja-kerja di ofis selama 2 hari.

Oleh kerana ofis saya ni 'is almost a one man show', saya terpaksa mencuri hari cuti saya untuk mengganti hari yang akan hilang. Bagi firm yang dah lama, ia bukan satu masalah besar kalaupun ada trial/hearing di Mahkamah tiap-tiap hari. Akan ada tenaga kerja di ofis yang boleh buat kerja.

Kesimpulannya,
1) Kena pergi ofis hari cuti ni.
2) Tak dapat pergi untuk mendengar dan tahu apa itu Hizbut Tahrir.

Moral of the story
1) Kalau bukak firm, kena cepat-cepat ambik staff. Jika tidak ... masalah.

Thursday, August 5, 2010

NGO - Sabtu 31 Julai 2010

Seperti dijanjikan saya dan beberapa rakan dari JUHAM bertemu dengan mereka di Sabrina Court tengahari Sabtu tsb. Tapi maklumat yang saya terima berkenaan delegasi tersebut - kalau boleh dikatakan sebagai 'delegasi' walaupun ia bukan sesuatu yang formal - tersasar. Mereka rupanya mewakili sebuah NGO yang berjalan atas kepentingan sosial dan juga hak asasi manusia.

Yang hadir bagi pihak JUHAM ialah Rasyid, Nik Bahrum, Najib dan saya sendiri disamping Borhan selaku wakil AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan. Di situ saya mengenali Yong, Shin Hooi, Christine dan Elice yang hadir bagi pihak NGO berkenaan.


Yang berkopiah dari kiri adalah Borhan, diikuti Najib, saya dan Nik Bahrum. Rasyid tiada dalam gambar kerana dia jadi cameraman. Di sebelah Nik Bahrum - Yong,Christine, Shin Hooi dan Elice. Sorry, gambar tak clear.

Apapun, jangkaan saya tentang soalan-soalan dan topik perbincangan yang akan diajukan mereka tidak lari jauh. Kami berbincang tentang isu-isu semasa dan masa depan politik negara terutama yang berkaitan dengan PAS. Di banyak tempat Yong menyatakan jika PAS, terutamanya Dewan Pemudanya dapat menjuarai isu-isu rakyat, maka PAS akan memiliki kelebihan yang banyak dan PAS lah yang akan memimpin Malaysia nanti.

Saya sebenarnya lebih berminat untuk mengetahui sudut manakah kelemahan PAS - sekurang-kurangnya dari pandangan mereka - agar perkara itu dapat dibaiki dan memantapkan lagi organisasi. Maka soalan saya berkisar tentang itu.

Kami juga berbincang tentang Islam dan kedudukan agama bagi setiap orang Islam. Nampaknya mereka memahami bahawa agama bagi seorang Islam itu menduduki tempat tertinggi berbanding hal-hal lain. Saya juga bertanyakan apakah pandangan mereka tentang Undang-Undang Hudud di mana mereka menjawab asalkan gejala rasuah dan segala macam masalah jenayah, sosial dan sebagainya dapat dihapuskan, Hudud tidak menjadi masalah. Cuma mereka mahukan perkara itu diterangkan dengan terperinci/jelas kepada masyarakat. Setakat ini mereka masih belum jelas apakah yang dikatakan sebagai Hudud itu dan 'the four corners of it'.

Topik tentang Kelantan juga tidak ketinggalan disentuh. Sudah semestinya, nama Tok Guru akan disebut bersama dengan sikapnya yang menyenangkan ramai pihak. Shin Hooi malahan menyatakan mahukan ada pemimpin pelapis dari PAS seperti Tok Guru suatu hari nanti. On the other hand, Yong memaklumkan kepada kami bahawa semua soalan yang beliau sediakan (dibantu rakannya) semasa di KL untuk diajukan apabila sampai di Kelantan sudah menjadi tidak relevan. Katanya "Saya tak perlu tanya lagi soalan-soalan tu sebab semuanya dah terjawab tanpa perlu saya tanya apabila sampai di sini". Well, res ipsa loquitor - thing speaks by itself.

Kami kemudiannya bersurai dan saya berharap akan ada manfaatnya dari pertemuan itu.

Wednesday, August 4, 2010

NGO - Selasa 27 Julai 2010

Selasa 27 Julai yang lepas saya dihubungi Rasyid yang bertanyakan samada saya ada masa luang pada Sabtu 31 Julai nanti. Mulanya saya bercadang untuk membuat satu aktiviti keluarga bermula Khamis hingga hari Sabtu berkenaan. So, jawabnya "Syid, kalau diikutkan saya memang ada masa yang luang hari Sabtu nanti, tapi dah ada plan lah pulak".

Selepas itu baru Rasyid bagitahu bahawa ada sekumpulan pelajar PhD dari UM berminat untuk berjumpa dan berdialog dengan wakil Jawatankuasa Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Kelantan. Rasyid juga meminta saya dan beberapa rakan dari JUHAM untuk hadir pada hari Sabtu tersebut jika ada kelapangan. 4 ke 5 orang pun dah cukup kata Rasyid.

Boleh jadi ini sebahagian daripada tesis mereka saya fikir. Mungkin akan ada soalan-soalan berkaitan politik semasa, undang-undang ataupun tentang agama Islam itu sendiri. Khabarnya kesemua mereka adalah bukan Islam. Jadi saya fikir ini satu peluang dakwah yang Allah sediakan. Peluang yang bukan selalu timbul. Mereka akan dengar atau tidak, setuju atau tidak, itu soal kedua. Yang penting kita boleh membantu setakat kemampuan kita dan yang lebih utama bolehlah sedikit sebanyak menerangkan tentang Islam - setakat kemampuan yang ada. Mendengar itu saya akhirnya membatalkan rancangan asal saya dan bersetuju untuk memenuhi hasrat Rasyid.

Saturday, July 31, 2010

Salam

Assalamu'alaikum wh. Setelah sekian lama - kurang lebih 2 bulan- baru hari ini saya punya sikit masa yang luang untuk menulis. Dalam tempoh itu, adik perempuan saya mengalami sedikit ganggguan yang kami tidak dapat pastikan apakah sebenarnya ia. Perubatan moden tidak dapat mengenal pasti apakah puncanya, begitu juga dengan perubatan tradisional. Sudah banyak tempat yang kami bawa beliau untuk berubat, tetapi hingga ke saat ini sakitnya masih belum sembuh. Dalam masa yang sama juga saya harus memberikan tumpuan kepada firma guaman saya yang masih setahun jagung ini. Buat masa ini, hampir semua perkara saya buat sendiri kerana tenaga kerja yang ada masih kecil - 'hampir tiada'.

Apapun segala perkara itu dapat ditangani dengan baik. Saya pohon agar Allah memberikan bantuannya dan dimudahkan segala urusan. Insya Allah, penulisan di blog ini akan dapat disambung semula. Selamat menanti kedatangan Ramadhan.

Wednesday, May 5, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 24

Kaitan diantara The Rosicrucian – The Freemason – The Illuminati

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, adalah lebih baik untuk kita teliti terlebih dahulu sebuah lagi pertubuhan yang turut bergerak secara rahsia iaitu The Rosicrucian. Rosicrucian ini sebenarnya bukanlah satu pertubuhan Freemason walaupun ia juga bergerak secara rahsia sepertimana Freemason. Bagaimanapun pada masa-masa mendatang ia akan terlibat dan mempunyai pertalian dengan pertubuhan tersebut.

Seperti Rosicrucian, Illuminati juga bukan berasal daripada pertubuhan Freemason. Tetapi pada kemudian hari ia akan turut terlibat dengan Freemason, hinggakan apabila orang bercakap tentang Freemasonry, orang akan juga menyentuh tentang Illuminati dan begitu juga sebaliknya apabila orang berbicara tentang Illuminati maka nama Freemason akan turut dikaitkan. (Sila rujuk Bhg – 22 siri ini).

Pada tahun 1378 lahir seorang bayi di Jerman yang pada kemudian hari dikenali sebagai Christian Rosenkreutz. Di dalam bahasa Jerman ia membawa maksud Christian of the Pink Cross (Secara literalnya ialah ‘Kristian Salib Merah’). Semasa umurnya masih muda, ia berkelana ke Tanah Suci Jerusalem bersama seorang teman. Bagaimanapun beliau berpisah dengan rakan tersebut di Cyprus lalu meneruskan perjalanannya secara berseorangan ke Jerusalem yang di dalamnya terletak Baitul Maqdis, tempat suci kita yang di saat ini di bawah kekuasaan regim haram Israel.

Di sana dia tinggal di sebuah biara untuk suatu jangkamasa yang agak lama. Menurut Petrus Christus (penulis biografi Christian Rosenkreutz yang juga seorang Rosicrusian), ketika menetap di tempat tersebut Christian Rosenkreutz mendengar suara ajaran para Nabi terdahulu termasuklah ajaran Jesus (Nabi Isa).

Penulis tersebut juga menyatakan bahawa Christian Rosenkreutz kemudiannya menganggotai satu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Damkar (Blood of the Lamb) yang beroperasi di suatu biara berhampiran Kota Jerusalem. Dari sini beliau mengambil nama ‘Christian Rosenkreutz’.

Dikatakan bahawa selepas menetap di Jerusalem, beliau berkelana ke Mesir dan berbagai tempat lagi di kawasan Mediterranean. Beliau juga turut mengembara dan menetap buat seketika ke daerah Fez di Maghribi. Di kota Fez ini beliau menuntut ilmu Kabbalah, satu jenis ilmu mistik yang merupakan satu dari cabang ajaran agama Yahudi. Di sana juga Christian Rosenkreutz menyebarkan ajaran mistik beliau.
(Tuan-tuan, saya amat berharap agar sesuatu akan menerpa fikiran anda apabila diunjurkan dengan pernyataan bahawa Christian Rosenkreutz, sipengasas Order Rosicrucian ini menuntut ilmu Kabbalah, begitu juga apabila saya sebutkan bahawa beliau turut tinggal di Mesir dalam petualangannya yang panjang itu…)

Selepas itu beliau meneruskan kelana ke Sepanyol dan di Semenanjung Iberia inilah beliau mengasaskan satu ‘Order’/Tatacara Hidup yang dikenali sebagai ‘Brothers of the Rosicruz’. Para penganut fahaman ini dikenali sebagai Rozenkreuzer atau di dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Rosicrucian.

Para pengikut Order Brothers of the Rosicruz ini pada tahun-tahun kemudiannya turut bertebaran di seluruh Amerika terutamanya di awal penubuhan negara baru tersebut. Di sini mereka giat menyebarkan ajaran Rosicrucian disamping mula berhubungan dengan para pengikut Freemason dan kemungkinan juga dengan para pengikut Illuminati.

Usaha keras mereka berhasil apabila tokoh-tokoh Freemason seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson turut menganggotai Order Rosicrucian ini.

Tuesday, May 4, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : 23

Rukun Iman Freemason.

Rene Chandelle di dalam bukunya Beyond Angels and Demons pada muka surat 41 menyenaraikan 8 perkara asas yang menjadi ‘rukun iman’ kepada para penganut freemason iaitu:-

1.
Belief in God, the Great Architect of the Universe.

2.
To take an oath on the Volume of the Sacred Law.

3.
Work in the presence of the Three Great Lights i.e. the Volume of the Sacred Law, the Carpenter’s Square and the Compass.

4.
Prohibition in discussing politics or religion.

5. Masculinity.

6. Sovereignty.

7. Tradisionalism.

8. Pure origin.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kesemua rukun tersebut melainkan beberapa hal yang penting dan menarik untuk diperhatikan.


‘Belief in God, the Great Architect of the Universe’ atau Keimanan kepada Tuhan, Arkitek Agung Alam Semesta.
Tuan-tuan, berdasarkan rukun iman mereka yang pertama ini, kelihatannya ahli-ahli freemason adalah orang-orang yang beragama, yang percaya kepada kewujudan Tuhan yang menciptakan alam semesta, namun persoalannya, apakah benar demikian?


‘To take an oath on the Volume of the Sacred Law’ atau secara terjemahan bebasnya bermaksud Bersyahadah/Mengaku-janji dengan Kitab Suci/Undang-undang Suci.
Apakah kitab suci mereka?


‘Work in the presence of the Three Great Lights i.e. the Volume of the Sacred Law, the Carpenter’s Square and the Compass’ atau ‘Bekerja’ di dalam kehadiran Tiga Cahaya Agung.
Apakah itu the Carpenter’s Square dan apa pula yang dikatakan sebagai the Compass itu? Seperti juga persoalan di atas, apakah The Sacred Law atau Kitab/Undang-undang Suci mereka? Apakah pula signifikan ketiga perkara yang dikatakan sebagai Tiga Cahaya Agung tersebut?


Prohibition in discussing politics or religion.
Benarkah demikian? Apakah mereka tidak terlibat lansung dalam persoalan agama dan politik?


Rujukan:
Beyond Angels and Demons; Rene Chandelle.

Thursday, April 29, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 22

Ramai yang tidak menyangsikan bahawa pertubuhan freemason/Illuminati adalah dalang disebalik kerja-kerja Hollywood ini. Siapa mereka? Saya harap sedikit latar-belakang mereka dapat membantu.

Pengenalan
Freemason adalah istilah umum (an ‘umbrella’ term) yang digunakan bagi merujuk satu-satu kumpulan atau organisasi yang menjalankan kerja-kerja mereka secara rahsia. The United Grand Lodge of England dan pesaingnya The Grand Orient de France merupakan dua pertubuhan rahsia/secret society yang tersusun dan awal di dunia dan dari kedua-dua pertubuhan asas ini gerakan freemason tersebar ke seluruh dunia lalu mewujudkan pelbagai grand lodges.

Secara zahirnya, kelihatan bahawa setiap grand lodge adalah bebas dan berdiri sendiri dan tidak terikat dengan grand lodge – grand lodge yang lain namun tetap mempunyai hubungan diantara satu sama lain.

Matlamat bagi setiap organisasi freemason adalah berbeza. Namun adalah biasa bagi seseorang ahli/member bagi suatu pertubuhan freemason menganggotai pertubuhan freemason yang lain. Oleh yang demikian, adalah tidak mustahil matlamat akhir/utama bagi setiap kumpulan freemason ini adalah sama walaupun secara lahiriahnya dikatakan bahawa matlamat mereka adalah berbeza diantara satu sama lain. Ini adalah kerana orang yang merancang gerak-kerja dan dasar bagi setiap grand lodge itu juga adalah orang yang sama yang merancang gerak-kerja dan dasar bagi organisasi yang lain pula.

Oleh itu, disebalik apa yang dizahirkan, saya berasakan bahawa kesemua kumpulan freemason ini hakikatnya adalah ‘one and the same’ cuma nama sahaja yang berbeza.

Diantara pertubuhan freemason yang terkenal adalah pertubuhan rahsia/secret society ‘The Illuminati’ yang menjadi titik fokus kita di dalam siri ini.
(Ralat: Perenggan yang mengatakan Illuminati adalah salah satu kumpulan Freemason seperti di atas adalah kurang tepat. Sila rujuk Bahagian 24 Siri ini untuk penjelasan lebih terperinci. Maaf jika berlaku sebarang kekeliruan).

Perlu juga untuk saya jelaskan di sini, walaupun kerja-kerja yang mereka jalankan adalah rahsia, namun kewujudan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah tidak dirahsiakan daripada pandangan umum. Sebab itu di sesetengah tempat, papantanda/signboard bangunan atau hartanah kumpulan-kumpulan ini dapat dilihat oleh umum seperti bangunan ini:-


Freemasons Hall, London, milik The United Grand Lodge of England.

Sumber kajian dan rujukan:

1. Beyond Angels and Demons; Rene Chandelle.
2. Wikipedia.

Monday, April 26, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 21

Masih lagi tentang Hollywood.

Apa itu 'Hollywood' dan peranannya sebagai sebuah mesin mencipta khayalan (the dream machine), sebuah alat untuk memasukkan manusia termasuklah kanak-kanak ke dalam dunia fantasi disamping mengindoktrinasi manusia tentang tuhan mereka si mata satu, Dajjal Laknatullah digarap dengan baik sekali di dalam bahagian ke-14 siri The Arrival.

Saksikan:-

Friday, March 26, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (III)

Berikut posting rakan saya Faisal Yusuf di dalam blog beliau 'Buletin Prihatin'di http://bprihatin.blogspot.com/.

DAP, kami bela Islam sedia ketepikan politik!

KES perebutan hak jagaan anak antara mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya Indira Gandi terus mendapat perhatian oleh para media. Mereka yang berkepentingan terus mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan puak tanpa memikirkan kepentingan umum yang lebih utama. Saya menulis dalam posting ini sebagai mengimbangi apa yang tersirar di media-media massa agar dapat dinilai oleh para pembaca dan rakyat Malaysia seluruhnya.


Para pemimpin DAP nampaknya terus menangguk di air keruh dalam isu yang terus dihangatkan ini. Saya mengatakan sedemikian disebabkan peluang yang ada telah dimanipulasi bagi menzahirkan betapa Dap tidak mudah menerima pentadbiran Islam dalam Negara ini.


Benarlah Indira Gandi telah memperolehi hak jagaan menerusi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac 2010 yang lalu. Namun demikian, tidakkah boleh para piminan DAP menghormati kepada pihak Mohd Riduan Abdullah yang juga telah memperolehi perintah jagaan lebih awal dari Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada September 2009 yang lalu?


Meskipun DAP yang bersuara bagi pihak Indira Gandi bersemangat mengatakan Indira Gandi mempunyai hak di sisi Mahkamah Sivil, kami juga berhak menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah sahajalah yang berhak untuk memutuskan isu yang dihadapi oleh mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya.


Satu hal yang perlu diingat bahawa Mohd Riduan Abdullah telah hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menjawab tuntutan isterinya sedangkan pihak DAP yang membantu Indira Gandi tidak sekali-kali Berjaya atau berusaha untuk membantu Indira Gandi ke Mahkamah Tinggi Syariah hingga keputusan penjagaan dikeluarkan.


Saya selaku individu yang terlibat membantu Mohd Riduan Abdullah menegaskan bahawa kami akan menggunakan setiap saluran yang ada demi mempertahankan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Tinggi Syariah Ipoh yang lalu. Harus diingat, cita-cita kami selaku individu Islam bukan sekadar di dunia semata-mata. – 5 Rabiul Ahir 1431H.

Tuesday, March 16, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (II)

Hari ini pasukan kami bertemu dengan J/kuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia, DP Pas Kelantan [JUHAM]- yg mana saya dan Shaharuddin juga salah seorang anggotanya - berbincang tentang kes tersebut.

Pihak kami mendapat sokongan tambahan daripada JUHAM yang mengikuti dari awal perkembangan kes. Alhamdulillah, man power telah bertambah.

Buat masa ini tumpuan saya adalah terhadap kes ini. Doakan agar aqidah anak Encik Riduan terselamat. Mohon juga sokongan moral dari tuan-tuan. Salam dan terima kasih.

Saturday, March 13, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah

Saya telah lama tidak meng-update blog ini. Masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Saya baru sahaja pulang dari Ipoh selepas menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Ipoh dua hari lepas (Khamis 11 Mac 2010).

Kes ini melibatkan perebutan hak penjagaan anak-anak diantara seorang saudara baru, Riduan Bin Abdullah, anak guam kami, dengan isterinya yang beragama Hindu. Kes ini pernah mendapat liputan meluas media dan juga ketetapan kabinet beberapa ketika dahulu.

Mahkamah Tinggi Ipoh setelah menimbangkan hujahan kedua belah pihak telah memberi keputusan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa dalam persoalan hak penjagaan anak dalam mana-mana kes yang melibatkan perebutan diantara seorang Muslim dan bukan Muslim. Mahkamah di dalam kes tersebut turut memberikan siibu hak penjagaan ke atas anak mereka.

Ini merupakan satu keputusan yang amat menyedihkan kami yang berhujah bahawa hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kes seumpama ini dan hak penjagaan sebenarnya adalah ke atas bapa mereka yang telah memeluk Islam.

Kami akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk menimbang semula keputusan tersebut. Doakan kami, untuk menyelamatkan aqidah anak-anak kepada saudara baru kita ini.

Pihak Riduan (Defendan) diwakili saya sendiri, Marwalis, Shaharuddin dan Faisal Yusuf sebagai leading counsel.

Wassalam.

Monday, March 1, 2010

Bercuti

Salam kepada semua. Saya sebetulnya berada di Penang sekarang ni - temankan Dayang yang ada kursus di sini sambil bawa si kecil kami bercuti. Ada di Penang semenjak hari Jumaat lagi dan insya Allah akan bertolak ke Taiping pula esok.

Dari sudut lain pula, percutian kali ni semacam satu hari merdeka bagi saya. Harapnya begitulah kerana saya sudah maklumkan pada Tn. Haji Aziz (Chairman, Kelantan Bar Committee) bahawa saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada firm saya yg baru ditubuhkan dan saya dengan hormatnya menolak tawaran beliau untuk menyambung tugas sebagai Setiausaha Kehormat Kelantan Bar bagi penggal ketiga berturut-turut.

Apapun saya harus mencari pengganti. Saya sudah mencari penggantinya tetapi masih menunggu jawapan beliau samada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran sebagai S/usaha Kehormat Kelantan Bar. Harapnya beliau bersetuju dan saya akan merdeka. Mudah-mudahan. Pray for me.

Saturday, February 20, 2010

Kelahiran Nabi SAAW

Hari ini, kira-kira 1400 tahun dahulu, kelahiran dan kedatanganmu dinanti dunia ...

Sama seperti dunia hari ini menanti kedatangan cucunda mu ...

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Rasulullah - oleh Hijaz

Monday, February 15, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 20



Ini adalah scene di dalam cerita The Little Mermaid sewaktu Eric dan Ursula mengadap paderi untuk dinikahkan. Di awal scene tersebut tidak ada apa-apa yang aneh ditunjukkan, namun apabila kedua pasangan ini menghampiri paderi tersebut, jika diperhatikan secara cermat, kita akan dapati paderi tersebut berada di dalam keadaan ghairah - seperti yang dipaparkan pada gambar di atas. Tuan-tuan boleh lihat sendiri adegan tersebut jika memiliki CD atau video tape animasi The Little Mermaid. Namun kita difahamkan bahawa setelah tersebar luas dakwaan bahawa pihak Disney memasukkan mesej-mesej halus atau tersembunyi(subliminal message)berunsur seks ke dalam produksi mereka, CD-CD terbaru The Little Mermaid tidak lagi memaparkan adegan ini.








Kita juga difahamkan bahawa artis yang mereka illustrasi untuk cover/poster cerita The Little Mermaid sememangnya berniat untuk membuat menara di latar belakang cover tersebut kelihatan seperti alat sulit lelaki. Setelah siap ia menyedari ilustrasi tersebut kelihatan jelas menunjukkan alat sulit lelaki, tetapi lakaran tersebut dihantar juga ke bahagian berkaitan untuk kelulusan. Namun, pihak berkaitan di Disney tetap meluluskan lakaran tersebut dan ia digunakan sebagai cover/poster animasi The Little Mermaid. Benar atau tidak dakwaan ini tidaklah dapat dipastikan, tetapi saudara-saudari lihatlah sendiri dan buatlah penilaian ke atasnya.






Scene di atas diambil dari cerita The Rescuers oleh Disney. Perhatikan betul-betul pada tingkap yang terbuka tersebut. Ia menunjukkan gambar seorang wanita yang berbogel dengan kedua buah dadanya jelas kelihatan. Tahukah anda tahun berapakah animasi ini dikeluarkan? Ia dikeluarkan pada tahun 1977. Maknanya ia sudah lama beredar dan memasuki subconscious mind kanak-kanak, generasi demi generasi.






Ini adalah adegan dari animasi Who Framed Rogger Rabbit juga oleh Disney, yang menunjukkan karektor bernama Jessica Rabbit melompat keluar dari sebuah teksi dan menampakkan bahagian dalam pehanya.



Sebenarnya banyak lagi mesej halus yang dimasukkan ke dalam berbagai-bagai animasi untuk kanak-kanak. Tuan-tuan boleh layari website ini - The Official Subliminal Messaging Blog di alamat http://www.subliminal-messaging.com/disney-subliminal-messages/ untuk maklumat lanjut.

Carian di internet dan Youtube untuk Disney Subliminal Message juga dapat membantu.

Jadi bolehkah kita masih beranggapan kartun adalah semata-mata kartun?

Sunday, February 14, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 19

Dalam beberapa posting yang lepas terutamanya melalui siri The Arrivals pt 11, 12 dan 13 yang disiarkan, kita dengan jelas dapat melihat bagaimana media hiburan digunakan sebagai alat/tool untuk mereka melalaikan umat manusia. Media hiburan juga digunakan sebagai alat untuk mereka menyebarkan propaganda Dajjal dan secara halus pemujaan ke atas Dajjal turut diselitkan.

Mesin-mesin pemujaan, propaganda dan candu yang melalaikan ini disuap kepada kita saban hari dan saban waktu agar ia betul-betul menyerap masuk ke dalam pemikiran manusia. Ketika bangun dari tidur - muzik yang menjadi peneman agar kononnya untuk memberi semangat untuk pergi belajar atau bekerja. Ketika memandu atau menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, muzik juga yang menjadi halwa telinga. Sewaktu menghadap komputer, lagu-lagu hiburan yang dipasang, kononnya untuk menghilangkan boring sewaktu bekerja. Ketika pulang dari kerja... sewaktu makan di hadapan televisyen... sewaktu mandi... sebelum tidur... semuanya muzik dan rutin ni berlaku hari demi hari, tahun demi tahun. Semuanya dirancang dan diatur oleh mereka dan tanpa kita sedari kita sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap mereka.

Jika semua ini boleh ditujukan kepada kita, apakah kita fikir mereka tidak akan melakukannya kepada kanak-kanak? Sedangkan pemikiran orang dewasa pun boleh diracuni, apakah kita fikir fikiran kanak-kanak yang Nabi sabda umpama kain putih yang boleh dicorakkan itu tidak mereka jadikan sasaran? Apakah kita juga boleh beranggapan bahawa berbagai-bagai kartun yang dihidangkan kepada kanak-kanak itu adalah secara literalnya, kartun semata-mata?

Lihat gambar-gambar di bawah:-


















Wednesday, February 10, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 18

Masih mengenai media sebagai alat Dajjal untuk menguasai dunia. Berikut adalah part 13 siri The Arrivals oleh Noreagaaa & Achernahr yang mengutipnya dari Hashemsfilms.

Sebelum itu, ingat dahulu simbol ini dan 13 anak tangganya:-




Part 13 siri The Arrivals, sambungan daripada part 11 & 12 yang dimuatkan sebelum ini.

Thursday, February 4, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 17

Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Allah juga membekalkan manusia dengan akal. Akal merupakan satu alat/kelengkapan/tool yang dibekalkan kepada manusia untuk mentadbir alam ini.

Disamping itu, manusia turut diberikan nafsu. Jika diuruskan dengan baik, kehidupan manusia akan berjalan menurut fitrah semulajadi kejadiannya. Kehidupan yang menurut fitrah merupakan kehidupan yang menenangkan. Fitrah kejadian biologi manusia memerlukan kepada makanan - sebagai contoh. Nafsulah yang menjadi pencetus kepada keinginan untuk makan. Tanpa nafsu, manusia tidak akan berasa perlu kepada makanan. Mereka tidak akan punyai keinginan untuk makan sedangkan kejadian biologi manusia yang Allah ciptakan memerlukan kepada makanan. Tanpa makanan, tubuh fizikal manusia akan mengalami kemerosotan di dalam keupayaannya. Ia akan menjadi lemah dan semakin lemah. Apabila ini berlaku, manusia tidak akan mencapai fungsinya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tetapi nafsu perlu dikawal. Nafsu yang tidak dikawal akan memudaratkan manusia itu sendiri. Ia akan membuatkan manusia menjadi 'beraja di hati, bersultan di mata'. Sifat nafsu itu liar. Ia bersifat mahukan semua benda. Ia bersifat mahu menguasai semua perkara. Ia bersifat melampau. Ia tidak mengenal batas. Apabila tidak mengenal batas, bagaimana ia mahu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini?

Kerana itu Allah membekalkan manusia dengan akal. Akal bersifat menimbang. Ia menimbang mana yang baik, mana yang buruk. Semua manusia, tidak kira Islam atau bukan mempunyai keupayaan ini kerana Allah berikan aset 'akal' ini kepada semua. Akal dapat mengekang nafsu. Akal merupakan lawan kepada nafsu. Ini fitrah akal. Kedua-dua nafsu dan akal ini Allah bekalkan ke dalam diri manusia. Ia wujud di dalam diri. Tetapi cabaran di luar diri manusia cukup kuat. Temptation dunia sangat hebat. Jika nafsu dan cabaran/godaan ini bergabung, peluang akal untuk bertarung semakin berkurang.

Jadi apa yang perlu manusia buat? Jika godaan dunia ini bersifat luaran, maka akal harus mencari rakan seperjuangan - yang juga bersifat di luar tubuh manusia. Apakah ia? Ia tidak lain dan tidak bukan iaitu ILMU. Masalahnya pula, ilmu itu terlampau banyak. Bagaimana harus manusia pilih ilmu mana yang dapat menjadi rakan seperjuangannya dalam mengharungi dunia ini. Akal kita punyai had kemampuan. Jadi bagaimana?

Di sinilah datangnya Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam salah satu kuliahnya mengatakan Islam itu sebagai penunjuk jalan. Islam tunjukkan kepada kita apa yang perlu diikut dan apa yang wajib ditinggalkan. Ia penyuluh kepada mana yang baik dan mana yang buruk. Ia men 'confirm' kan fitrah hati manusia tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Ia datang dari Allah - yang menciptakan manusia. Sudah tentu agama yang diturunkannya amat sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sebagai penyuluh, ia tidak menyuluh apa yang di luar semata-mata. Ia turut menyuluh hati manusia. Ia juga menyuluh ruh manusia. Lalu akan jadilah manusia itu hamba Allah yang steady. Kemas di luar dan di dalam.

Iblis tahu hakikat ini. Dajjal juga tahu hakikat ini. Pengikut-pengikutnya (baca: Illuminati) tahu tentang hakikat ini. Dengan itu, hasrat mereka akan terbantut. Lalu bagaimana mereka mahu melawannya? Apakah caranya? Seperti yang saya sebutkan di atas, akal lawannya nafsu. Dengan akal, manusia akan menncari ilmu. Dengan ilmu yang bermanfaat, fitrah hati manusia akan mencari Islam. Dengan Islam - cita cita Iblis hancur, keinginan Dajjal dan pengikutnya terhalang. Jadi, asasnya ialah akal.

Maka apakah strategi mereka? Strategi mereka: AKAL PERLU DILEMAHKAN. Lemahkan akal. Berikan kepada mereka 'candu' yang dapat melemahkan akal. Biarkan mereka berkhayal, lalai, leka dan lari dari tujuan asal mereka diciptakan. Apa yang dapat melemahkan dan mengkhayalkan akal? Hiburan. Hiburan. Hiburan. Ia melemahkan akal dan menguatkan nafsu.

Sebenarnya HIBURAN ADALAH CANDU KEPADA MASYARAKAT. Tetapi mereka katakan kepada manusia - agama candu kepada masyarakat. Mereka membuat propaganda bahawa hiburan menyegarkan minda. Berapa ramai yang terperangkap?

Siri The Arrivals - part 12 oleh Noreaga & Achernahr.

Wednesday, February 3, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 16

Kita masih boleh bergurau-senda, bergelak ketawa dan bersuka-ria. Kita masih juga boleh dengan senang hatinya menonton ini




Sedangkan pada saat yang sama - secara hakikinya, kanak-kanak kecil ini masih gagah menghayun langkah




Walaupun semalamnya dia melihat dengan mata kepalanya kejadian ini menimpa adik-adiknya dan kelmarin ia berlaku ke atas saudara-saudaranya, tiga hari yang lalu ibunya menjadi mangsa, seminggu yang lalu kakaknya menerima nasib yang sama, dua minggu sebelumnya rakan-rakannya, sebelum sebulan yang lepas ...




Malunya kita kepada ANAK JANTAN ini ... sudah berhadapan dengan tentera zalim ini




Dan apa pula nasib kanak-kanak ini ... apa sudah jadi kepadanya pada saat ini? Sudah makankah dia? Semalam tidurnya di mana? Apakah di dalam pelukan ibunya, di atas tilam yang empuk sambil menonton movie terkini? Atau memeluk diri sendiri, memujuk hati yang rindukan pelukan ibunya, kasih sayang bapanya dan usikan abang-abangnya ...?




Lalu di mana kita..?

Tuesday, February 2, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 15

Sewaktu kita saksikan ini


Berlaku ini



Sewaktu kita menonton ini



Kanak-kanak ini merasakan ini



dan berlaku ini



Kerja siapakah ini? Di manakah perasaan kita? Bagaimana jika ia berlaku kepada kita?? Bagaimana jika ia berlaku kepada adik-adik kita? Atau kepada anak-anak kita? Ia masih berlaku dan sedang berlaku di saat ini. Apakah kita akan benarkan ia terus berlaku?

Saturday, January 30, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 14

Pada posting-posting awal siri ini kita dapati bahawa ciri-ciri yang ada pada Horus amat menepati ciri-ciri yang disebutkan berkaitan Dajjal yang akan muncul di akhir zaman nanti.

Mesej-mesej tersembunyi berkaitan kewujudan order baru dunia dan sebagainya yang terdapat pada wang kertas USD 1-00 seperti yang kita bincangkan pada posting-posting seterusnya turut menambahkan lagi keyakinan saya bahawa Horus ini sememangnya adalah Dajjal yang disebut-sebut akan datang pada akhir zaman yang berhasrat untuk merajai dunia dan membawa bersama-samanya satu sistem tersendiri yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia dan Islam.

Untuk mencapai hasrat tersebut, agenda-agenda Dajjal dimasukkan secara halus dan perlahan-lahan ke dalam minda dan kehidupan manusia melalui pelbagai cara dan kaedah. Salah-satu daripadanya adalah melalui penguasaan ke atas media. Sebahagian kecil daripadanya telah ditunjukkan pada bahagian ke-13 yang lepas. Sudah tentu ada pihak yang menjalankan segala usaha di sebalik tabir ini. Saya percaya ramai yang tahu bahawa pihak yang dimaksudkan tersebut adalah gerakan bawah tanah Illuminati/Freemason dan Zionist.

Bagaimanapun kita tidak pasti samada gerakan secret society ini ditadbir sesama ahlinya sahaja dengan diketuai oleh seorang mastermind dan menunggu-nunggu kemunculan Dajjal pada akhir zaman nanti ATAUKAH Dajjal sudah ada pada masa ini dan memimpin di sebalik tabir pertubuhan ini dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk muncul. Pengetahuan yang mutlak tentangnya hanya milik Allah semata-mata.

Perlu juga saya sebutkan bahawa tujuan utama siri ini ditulis bukanlah untuk mengkaji siapa Dajjal yang sebenarnya kerana apabila tiba masanya nanti ia akan keluar juga regardless of who he is. Tujuan siri ini dikeluarkan adalah untuk mengajak diri saya dan saudara-saudari sekalian menentang musuh Allah yang dilaknat ini dan penentangan ini tidak semestinya kita lakukan pada saat kemunculannya sahaja.

Dan kita tidak akan mampu menentang musuh jika kita tidak mengenal siapa musuh kita, bagaimana ia bekerja dan sejauh manakah kemampuan musuh kita. Oleh itu untuk menentang Dajjal, kita perlulah mengetahui latar belakang dirinya, bagaimana ia atau kumpulannya bekerja dan sejauhmana mereka telah melangkah. Pengetahuan tentang hal ini dapat menjadi senjata ampuh untuk menentang Dajjal dan pemujanya. Tanpa pengetahuan tentang musuh kita, tidak mustahil kita telah terjebak ke dalam perangkapnya tanpa kita sedari. Maka pengetahuan adalah penting.

Oleh kerana pada bahagian ke-13 yang lepas saya membawa bukti-bukti berkaitan media, maka eloklah kiranya saya mulakan peringkat kedua (peringkat pertama adalah mengenal siapa Horus/Dajjal) ini dengan topik berkaitan media juga. Saya kira pemerhatian secara visual adalah lebih berkesan untuk melihat bagaimana gerakan Illuminati/Freemason/Zionist bekerja di dalam bidang media dan apa yang menjadi sasaran mereka disebalik tabir media.

Siri 'The Arrivals' yang diusahakan beberapa anak muda Muslim yang menyambung usaha Abdullah Hashem/Hashemsfilms pada part 11 hingga 14 ada menyentuh tentang penguasaan media oleh kumpulan ini. Saya pohon maaf jika apa yang disajikan itu terdapat adegan yang tidak sesuai untuk tatapan, namum ia adalah semata-mata untuk menunjuk bagaimana mereka bekerja untuk meracuni pemikiran manusia dan mencapai hasrat mereka. Pohon perlindungan Allah jua dari gangguan-gangguan dan fitnah mereka.

Saksikan dahulu part 11 siri tersebut:

Wednesday, January 27, 2010

Case stand down

Masih dalam mahkamah. Sepatutnya ada dua kes bicara hari ni. Satu kes telah ditangguh sementara menunggu Plaintif dirujuk kepada pakar orthopaedic. Satu kes lagi akan berjalan pada pukul 1 t/hari ni. Ya, pukul 1 t/hari. Dah separuh hari kat court.

Lepas kes selesai baru boleh solat & lunch, lepas tu masuk office dan sambung buat kerja yang dah tertangguh pulak. Sepatutnya kerja tersebut saya jadualkan untuk dibuat pagi ini dan dijangka siap petang ni. Jadual dah lari kerana saya ke mahkamah hari ini - atas permintaan rakan untuk menolongnya kerana beliau amat-amat tidak sempat untuk ke mahkamah hari ini. Kiranya saya jalankan kes member lah hari ni...

hmm... penantian itu satu penyiksaan .... kes belum mula lagi ....dah pukul satu ni ...

Saturday, January 23, 2010

Dajjal-Freemason-Illuminati: Bhg 13

Atas dasar itulah maka Dajjal membuat manusia secara perlahan-lahan mengenali dirinya. Peribadinya, wataknya, karektornya dan malah struktur fizikalnya turut ‘ditunjukkan’, ‘diceritakan’ dan ‘disebarkan’ kepada umat manusia secara perlahan-lahan dan halus agar apabila saat kemunculannya nanti manusia akan dapat menerimanya.

Mulai hari ini, berhati-hatilah dengan segala apa yang anda lihat, tonton, baca dan sebagainya kerana di dalamnya terdapat agenda Dajjal yang menyusup masuk yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah seperti yang saya katakan di atas – agar manusia tidak terkejut dengan kehadirannya, sudah biasa dan lali dengannya lalu mudah untuknya mencapai hasratnya.

- petikan dari Bahagian 4.


Ini logo Columbia Broadcasting System. Media ini turut dikenali sebagai The Eye Network atau The Eye.



Ini pula logo Oberon Media (online games).



Si mata satu.



Aj-Jassasah? Si bulu tebal hingga tidak dapat dipastikan di mana bahagian depan dan di mana bahagian belakang tubuhnya. Kawan baik Simata Satu di dalam animasi tersebut. Petikan dari hadist tentang Tamim Ad-Dari - bahagian satu: There was a beast with long thick hair (and because of these) they could not distinguish his face from his back. They said: Woe to you, who can you be? Thereupon it said: I am al-Jassasa.



Logo di dalam cerita Monster Inc.


Adakah ini satu co-incidence juga? Wallahua'lam ...

Thursday, January 21, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 12

Jadi apa masalahnya di situ? Kelihatannnya tiada apa masalah di situ. Ia menggambarkan negara AS yang ditubuhkan pada tahun 1776 dari 13 koloni asal yang percaya kepada tuhan, satu negara bangsa yang cintakan kedamaian tetapi sanggup pertahankan kedaulatan negara mereka.

Benarkah begitu? Ya, ia benar. Tetapi ia lebih daripada sekadar yang dizahirkan.

Secara zahirnya, berdasarkan lambang dan panji-panji yang diletakkan di muka belakang nota kertas USD 1-00 tersebut kelihatannya seolah-olah AS ini merupakan satu negara yang bertunjangkan agama dan tentunya agama yang dimaksudkan adalah agama Kristian. Namun pemikiran kritikal kita tidak dapat menerima apa yang zahir semata-mata, lebih-lebih lagi apabila keterangan-keterangan (evidences) yang ada tidak menunjukkan sebarang kaitan lansung dengan agama Kristian.

Jika diperhatikan, tiada lansung simbol, slogan, lambang dan sebagainya pada muka belakang nota kertas tersebut yang dapat memberi 'resemblance' kepada agama Kristian. Apa yang ada hanyalah kata-kata 'In God We Trust'. Kita boleh sekurang-kurangya meyakini bahawa slogan ini membawa maksud keimanan di dalam agama kristian JIKA TIDAK ADA lambang-lambang agama lain.

Sudahlah tidak ada sebarang simbol yang dapat mengaitkan slogan 'In God We Trust' tersebut dengan agama Kristian, yang ada pula menunjukkan bukti yang bertentangan.

1)
Simbol The All Seing Eye - merupakan trade mark kepada Horus.

2)
Simbol Piramid - juga merujuk kepada wilayah di mana Horus dipuja sebagai tuhan.

3)
Lambang helang - bukankah Horus juga digambarkan sebagai manusia berkepala helang? Malah, perkataan 'Horu' itu sendiri bermaksud 'helang'. Tulisan hieroglif Mesir Purba turut menggunakan lambang helang bila meriwayatkan tentang Horus. (sila rujuk Bahagian 3 topik ini).

4)
Susunan 13 bintang tersebut, jika kita perhatikan secara teliti, membentuk apa yang dikenali sebagai 'The Star of David' - simbol yang digunakan oleh negara Israel, juga simbol Zionis. Simbol 'The Star of David' tersebut jika dilihat dengan lebih teliti sebenarnya terdiri daripada dua buah piramid yang bersilang secara bertentangan. Piramid lagi. Bukankah jelas gambarannya? Apa maksudnya? Jika berkesempatan akan diulas pada kemudian hari. Carian di internet boleh membantu mendapatkan maksudnya.

Maka, apakah slogan In God We Trust itu merujuk kepada agama Kristian? Ataukah ia sebenarnya merujuk kepada agama yang menyembah Horus/The AntiChrist/Dajjal sebagai tuhan?

Lebih-lebih lagi terdapat slogan God Has Favoured Our Undertaking (Tuhan Telah Merestui Sumpah Setia Kita). Tuhan mana yang ia maksudkan dan undertaking apa yang ia perkatakan? Apakah ini undertaking yang ia maksudkan:

NOVUS ORDO SECLORUM .

A New Order Has Begun .

Satu Order Baru Telah Bermula.


Tidak nampakkah kita akan kaitannya....?

Wallahua'lam.

Tuesday, January 19, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 11

This summary is not available. Please click here to view the post.

Monday, January 18, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 10

Pada bahagian atas piramid dan The All Seing Eye tertera perkataan di dalam Bahasa Latin, Annuit Coeptis yang bermaksud God Has Favoured Our Undertaking atau Tuhan Telah Merestui Sumpah Setia Kita, manakala di antara dua bulatan The Great Seal tersebut tertulis In God We Trust atau Kepada Tuhan Kami Percaya/Beriman.

Seterusnya pada bahagian bawah piramid ditulis Novus Ordo Seclorum yang membawa makna A New Order Has Begun atau Satu Order Baru Telah Bermula manakala sedikit di atasnya iaitu di tapak piramid direkodkan tahun kemerdekaan AS, 1776.

Pada bulatan di sebelah kanan belakang digambarkan seekor helang yang mencengkam seranting zaitun dan 13 batang anak panah, masing-masingnya pada kaki kanan dan kiri helang tersebut - membawa makna kedamaian dan peperangan manakala pada paruh helang tersebut terdapat sejalinan kain yang tertera perkataan E Pluribus Unum yang diertikan sebagai One Nation From Many People - Satu Bangsa Dari Pelbagai Kaum dan di atas kepala helang tersebut terdapat 13 Bintang yang menggambarkan 13 koloni asal yang membentuk negara AS.

Jadi apa masalahnya di situ? Kelihatannnya tiada apa masalah di situ. Ia menggambarkan negara AS yang ditubuhkan pada tahun 1776 dari 13 koloni asal yang percaya kepada tuhan, satu negara bangsa yang cintakan kedamaian tetapi sanggup pertahankan kedaulatan negara mereka.

Benarkah begitu? Ya, ia benar. Tetapi ia lebih daripada sekadar yang dizahirkan.

Sunday, January 17, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 9

Sedikit ulangkaji:-

1)
Daripada hadist-hadist Nabi SAAW kita dimaklumkan bahawa : Dajjal itu sebelah matanya adalah buta. Ia sudah wujud (rujuk kembali hadist 'Tamim Ad-Dari'). Ia akan datang di akhir zaman nanti dan mendakwa dirinya sebagai tuhan.

2)
Horus : satu entiti yang disembah sebagai tuhan pada zaman Mesir purba dahulu. Sebelah matanya buta. Ikon bagi dirinya adalah mata - The All Seing Eye. Ikon lain untuk dirinya adalah helang.

3)
Nota kertas USD 1-00 : Pada muka belakangnya terdapat The Great Seal of The United States. The Great Seal ini menggunakan ikon mata, juga dikenali sebagai The All Seing Eye. The All Seing Eye ini menduduki puncak piramid Mesir.

TIDAKKAH ADA PERSAMAAN ATAU PERTALIAN DIANTARA KETIGA-TIGA POINT DI ATAS? APAKAH IA SEKADAR SATU KEBETULAN? Benarkah begitu?


Jika ini tidak mencukupi ... perhatikan wang kertas USD 1-00 tersebut.

Perhatikan di sana juga ada LAMBANG HELANG.

Di sana turut tertera perkataan IN GOD WE TRUST ...

Perhatikan juga SUSUNAN 13 Bintang Kecil di kepala helang tersebut.

Perhatikan.

Saturday, January 16, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 8

Pada gambar pertama bahagian-7 yang lepas ditunjukkan widjet ‘The All Seing Eye’ of Horus. Manakala pada gambar kedua ditunjukkan nota kertas SATU DOLLAR US yang pada bahagian muka belakangnya turut terkandung satu lambang mata di puncak piramid Mesir (di kiri belakang nota kertas) dan lambang seekor burung helang (di kanan belakang nota kertas). Sila ambil perhatian bahawa lambang mata tersebut turut dikenali sebagai ‘The All Seing Eye’.

Lambang burung Helang serta lambang mata dan piramid yang terdapat pada muka belakang nota kertas USD 1-00 ini sebenarnya merupakan satu jata rasmi Kerajaan Amerika Syarikat – The Great Seal of The United States yang dicipta pada tahun 1782 sebelum diwartakan pada tahun 1789. Ia kemudiannya diletakkan ke dalam muka belakang wang kertas USD 1-00 pada tahun 1935.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah mengapakah sebuah negara yang berdaulat, bebas dan berkuasa seperti AS menggunakan sebuah lambang (piramid) yang menjadi ikon sejarah kepada suatu negara asing (iaitu Mesir) - untuk dijadikan jata rasmi negara mereka? Mereka malahan menggunakannya pula ke atas wang kertas mereka.
Harus diingat, negara AS itu sendiri ditubuhkan (kononnya) atas dasar kebebasan dan demokrasi. Tema-tema seperti freedom of choice, independence dan liberty menjadi zikir harian kepada mereka. Lalu apakah logiknya sebuah negara yang mendakwa mereka paling berkuasa di atas dunia ini menggunakan ikon sebuah negara dan bangsa asing untuk digunakan sebagai jata negara dan seterusnya dimasukkan ke dalam wang kertas sah negara? Bukankah ia satu yang rendah nilainya? Jata rasmi dan wang kertas bagi sesebuah negara merupakan satu simbol kedaulatan dan kemerdekaan bagi negara berkenaan.

Bila ia menjadi satu lambang rasmi bagi sesebuah negara, maka ia bermakna ego dan maruah sesebuah negara turut dilibatkan. Tentu kita tidak mahu negara kita menggunakan ikon yang menjadi lambang bagi sesebuah negara asing sebagai suatu lambang rasmi negara kita. Apakah logik negara Indonesia umpamanya menggunakan lambang kanggaru sebagai jata rasmi negara mereka? Dan apakah logik juga jika negara Brazil sebagai contoh memasukkan simbol Angkor Watt ke dalam wang kertas negara mereka?

Kita sekurang-kurangnya dapat memahami jika duduk letak negara Mesir dan AS adalah berdekatan, lalu memungkinkan adanya faktor kebudayaan dan sebagainya yang dapat mempengaruhi pemilihan sesuatu lambang sebagai jata atau dokumen rasmi negara. Bukan sahaja jarak antara keduanya amat jauh, beda zaman kewujudan negara Mesir purba (dalam kaitannya dengan piramid yang dipilih AS sebagai lambang itu) dengan wujudnya negara AS turut amat jauh sekali. Yang satunya wujud kira-kira 2,500 – 3,000 tahun sebelum Masehi manakala yang satu lagi hanya wujud pada abad ke – 18 Masehi.

Saya tidak nampak sebarang alasan munasabah untuk AS menggunakan lambang piramid sebagai The Great Seal of The United States dan seterusnya dimasukkan ke dalam wang kertas rasmi/sah negara – melainkan ada ‘sesuatu’ disebaliknya…. lebih-lebih lagi pada keduanya terdapat The All Seing Eye. Jangan lupa bahawa lambang mata Horus dikenali sebagai The All Seing Eye… lambang mata pada The Great Seal of The United States turut dikenali sebagai ‘The All Seing Eye’ …. dan … trademark pada Dajjal juga adalah ‘mata’ nya….

Wallahua’lam. Bersambung lagi, insya Allah …

Thursday, January 14, 2010

KEBESARAN ALLAH

Sekadar mencatat kembali fakta sains yang dinyatakan dalam sebuah buku rujukan Biologi semasa saya 'buat' matriks kat USM dulu. Nama buku tsb saya dah tak ingat, tapi cover pagenya berlatarkan bunga rafflesia - kalau tak silap.

1)
Jika dibuka dan dihampar setiap alveolus yang terdapat pada paru-paru seorang lelaki dewasa, keluasannya boleh mencapai SEBUAH GELANGGANG TENNIS.

2)
Kapilari darah manusia dewasa, jika disambung dan membuat satu garisan panjang, boleh mencapai jarak sejauh 3 kali berpusing mengelilingi bumi.

3)
Ini yang paling hebat: Sperm yang berenang mengharungi cecair di dalam rahim seorang wanita untuk sampai ke telurnya secara bandingannya seolah-olah seorang manusia yang BERENANG MENGHARUNGI SEBUAH LAUTAN SELUAS ATLANTIK YANG KADAR KEPEKATANNYA BUKAN SEPERTI AIR BIASA, TETAPI KADAR KEPEKATANNYA ADALAH SEUMPAMA LAUTAN GULA YANG AMAT PEKAT.


Masya-Allah. Subhanallah. Maknanya, sebelum kelahiran kita, kita telah mengharungi satu lautan seluas Atlantik yang amat pekat airnya seumpama air gula yang amat pekat.

Maka tidak mahu tunduk lagikah kita kepada Pencipta kita? Di mana kita letakkan perintah Allah, termasuk hududnya? Salam.

Tuesday, January 12, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 7

Perhatikan kembali - Ini lambang/widget 'The All Seing Eye' of Horus.



Perhatikan pula di bawah ini, wang kertas Satu Dollar US:-




Fokuskan pada bahagian ini. Perhatikan:-

Saturday, January 9, 2010

Sabtu 9 Jan 2010

Hari ni masih demam lagi. Cadangan awal nak ke pejabat terbaksa dibatalkan walaupun masih banyak kerja yang belum disiapkan. Hanya Ahad ini sahaja saya sedikit free. Isnin ada kes sambung bicara jenayah di Pasir Mas tapi belum baca authority case lagi. NOD kepada potential Defendant kes company law/trade mark juga perlu dihantar. Last week pergi jumpa pegawai SSM untuk bincang kes tersebut. Ternyata agakan saya tepat. Mereka tidak mengaku bertanggung-jawab dalam isu ni, lalu saya terpaksa memikirkan satu alternatif lain dan tindakan saman adalah alternatif terakhir. Sebenarnya berbeza dengan tanggapan umum, tindakan saman adalah satu tindakan akhir pada seorang peguam kerana ia melibatkan satu proses yang amat panjang. Semasa mula-mula practise dulu, saya ingatkan tindakan saman adalah satu tindakan pertama yang patut diambil namun ternyata ia salah. Biasalah, masih hijau lagi.

Selasa pula saya sasarkan akan siapkan kira-kira 10 fail counsel work dengan seorang rakan peguam sebelum saya juga perlu prepare untuk Kelanyan Bar Committee meeting hari Khamis ni.

Oleh kerana tidak dapat masuk pejabat hari ni, maknanya, perlu disusun semula lah jadual kerja saya ....

Thursday, January 7, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 6

Ini widjet/lambang mata Horus. Looks familiar rite? Saya yakin, ketiga-tiga gambar di bawah sudah biasa dilihat dan digunakan secara meluas.









Ini pula gambaran tentang imej Horus itu sendiri, manusia berkepala helang:-





Saturday, January 2, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 5

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini jika kita rajin meneliti mitos-mitos lampau kita akan menemui beberapa watak yang menepati karektor Dajjal. Watak-watak ini digambarkan sebagai tuhan yang patut disembah dan dipuja oleh umat manusia. Selain daripada Horus yang digambarkan sebagai tuhan bermata satu terdapat satu lagi sembahan manusia di zaman silam yang jika perhatikan turut mempunyai hanya satu mata iaitu Odin (akan disentuh kemudian).


Suka untuk saya katakan bahawa anda berhak untuk merasa sceptic tentang teori-teori yang dinyatakan ini kerana dengan penglihatan secara kasar, teori ini kelihatannya agak tidak munasabah. Saya boleh memahaminya. Namun ingin juga saya katakan bahawa sekiranya data-data yang dikemukakan itu dibanyak tempat amat berpadanan dengan ciri-ciri yang ada pada Dajjal, maka saya kira teori ini tidak boleh ditolak mentah-mentah oleh tuan-tuan sekalian. Seperti juga pembuktian kes-kes jenayah di mahkamah. Bukti-bukti tidak lansung atau circumstancial evidence akan diterima oleh mahkamah dalam membuktikan sesuatu kes. Dan inilah yang saya sedang kemukakan.

Apapun ia terpulang kepada setiap daripada kita untuk membuat perbandingan. Cuma saya berharap agar saudara-saudari sekalian dapat bersabar kerana semakin dalam kita menusuri siri ini, persoalan ini akan menjadi semakin jelas di mata kita.

Sebelum kita pergi lebih jauh ingin juga saya sebutkan di sini bahawa kredit ke atas penemuan-penemuan ini sebenarnya wajar diberikan kepada saudara Islam kita dari Amerika/USA, saudara Abdullah Hashim. Saya hanya melanjutkan usaha beliau dalam mendedahkan perancangan-perancangan di balik tabir gerakan-gerakan illuminati, freemason dan pemuja syaitan yang pada saat saya menulis posting ini sedang berusaha keras tanpa henti untuk mencapai sasaran akhir mereka. Sumber-sumber yang saya gunakan untuk siri ini sudah tentunya diambil daripada Al-Quran, Hadist-hadist Nabi SAAW, Abdullah Hashem dan rakan-rakan serta buku-buku rujukan yang saya miliki sendiri, perbincangan dengan rakan-rakan, rujukan kepada ulama' disamping carian-carian di internet.

Saudara Abdullah Hashem yang saya sebutkan di atas pernah membuat satu siri bertajuk 'The AntiChrist/Dajjal Will Be A Reptillian Shapeshifter' di YouTube sebelum siri tersebut disekat oleh pemilik YouTube. Beliau memuatkan (upload) siri itu beberapa kali selepas itu namun setiap kali dimuat naik (upload) ia disekat oleh pengurusan You Tube. Selepas itu beliau muatkan siri tersebut di website beliau sendiri. Insya Allah linkya akan diberikan.