Thursday, February 4, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 17

Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Allah juga membekalkan manusia dengan akal. Akal merupakan satu alat/kelengkapan/tool yang dibekalkan kepada manusia untuk mentadbir alam ini.

Disamping itu, manusia turut diberikan nafsu. Jika diuruskan dengan baik, kehidupan manusia akan berjalan menurut fitrah semulajadi kejadiannya. Kehidupan yang menurut fitrah merupakan kehidupan yang menenangkan. Fitrah kejadian biologi manusia memerlukan kepada makanan - sebagai contoh. Nafsulah yang menjadi pencetus kepada keinginan untuk makan. Tanpa nafsu, manusia tidak akan berasa perlu kepada makanan. Mereka tidak akan punyai keinginan untuk makan sedangkan kejadian biologi manusia yang Allah ciptakan memerlukan kepada makanan. Tanpa makanan, tubuh fizikal manusia akan mengalami kemerosotan di dalam keupayaannya. Ia akan menjadi lemah dan semakin lemah. Apabila ini berlaku, manusia tidak akan mencapai fungsinya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tetapi nafsu perlu dikawal. Nafsu yang tidak dikawal akan memudaratkan manusia itu sendiri. Ia akan membuatkan manusia menjadi 'beraja di hati, bersultan di mata'. Sifat nafsu itu liar. Ia bersifat mahukan semua benda. Ia bersifat mahu menguasai semua perkara. Ia bersifat melampau. Ia tidak mengenal batas. Apabila tidak mengenal batas, bagaimana ia mahu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini?

Kerana itu Allah membekalkan manusia dengan akal. Akal bersifat menimbang. Ia menimbang mana yang baik, mana yang buruk. Semua manusia, tidak kira Islam atau bukan mempunyai keupayaan ini kerana Allah berikan aset 'akal' ini kepada semua. Akal dapat mengekang nafsu. Akal merupakan lawan kepada nafsu. Ini fitrah akal. Kedua-dua nafsu dan akal ini Allah bekalkan ke dalam diri manusia. Ia wujud di dalam diri. Tetapi cabaran di luar diri manusia cukup kuat. Temptation dunia sangat hebat. Jika nafsu dan cabaran/godaan ini bergabung, peluang akal untuk bertarung semakin berkurang.

Jadi apa yang perlu manusia buat? Jika godaan dunia ini bersifat luaran, maka akal harus mencari rakan seperjuangan - yang juga bersifat di luar tubuh manusia. Apakah ia? Ia tidak lain dan tidak bukan iaitu ILMU. Masalahnya pula, ilmu itu terlampau banyak. Bagaimana harus manusia pilih ilmu mana yang dapat menjadi rakan seperjuangannya dalam mengharungi dunia ini. Akal kita punyai had kemampuan. Jadi bagaimana?

Di sinilah datangnya Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam salah satu kuliahnya mengatakan Islam itu sebagai penunjuk jalan. Islam tunjukkan kepada kita apa yang perlu diikut dan apa yang wajib ditinggalkan. Ia penyuluh kepada mana yang baik dan mana yang buruk. Ia men 'confirm' kan fitrah hati manusia tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Ia datang dari Allah - yang menciptakan manusia. Sudah tentu agama yang diturunkannya amat sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sebagai penyuluh, ia tidak menyuluh apa yang di luar semata-mata. Ia turut menyuluh hati manusia. Ia juga menyuluh ruh manusia. Lalu akan jadilah manusia itu hamba Allah yang steady. Kemas di luar dan di dalam.

Iblis tahu hakikat ini. Dajjal juga tahu hakikat ini. Pengikut-pengikutnya (baca: Illuminati) tahu tentang hakikat ini. Dengan itu, hasrat mereka akan terbantut. Lalu bagaimana mereka mahu melawannya? Apakah caranya? Seperti yang saya sebutkan di atas, akal lawannya nafsu. Dengan akal, manusia akan menncari ilmu. Dengan ilmu yang bermanfaat, fitrah hati manusia akan mencari Islam. Dengan Islam - cita cita Iblis hancur, keinginan Dajjal dan pengikutnya terhalang. Jadi, asasnya ialah akal.

Maka apakah strategi mereka? Strategi mereka: AKAL PERLU DILEMAHKAN. Lemahkan akal. Berikan kepada mereka 'candu' yang dapat melemahkan akal. Biarkan mereka berkhayal, lalai, leka dan lari dari tujuan asal mereka diciptakan. Apa yang dapat melemahkan dan mengkhayalkan akal? Hiburan. Hiburan. Hiburan. Ia melemahkan akal dan menguatkan nafsu.

Sebenarnya HIBURAN ADALAH CANDU KEPADA MASYARAKAT. Tetapi mereka katakan kepada manusia - agama candu kepada masyarakat. Mereka membuat propaganda bahawa hiburan menyegarkan minda. Berapa ramai yang terperangkap?

Siri The Arrivals - part 12 oleh Noreaga & Achernahr.
video

No comments:

Post a Comment