Wednesday, May 5, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 24

Kaitan diantara The Rosicrucian – The Freemason – The Illuminati

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, adalah lebih baik untuk kita teliti terlebih dahulu sebuah lagi pertubuhan yang turut bergerak secara rahsia iaitu The Rosicrucian. Rosicrucian ini sebenarnya bukanlah satu pertubuhan Freemason walaupun ia juga bergerak secara rahsia sepertimana Freemason. Bagaimanapun pada masa-masa mendatang ia akan terlibat dan mempunyai pertalian dengan pertubuhan tersebut.

Seperti Rosicrucian, Illuminati juga bukan berasal daripada pertubuhan Freemason. Tetapi pada kemudian hari ia akan turut terlibat dengan Freemason, hinggakan apabila orang bercakap tentang Freemasonry, orang akan juga menyentuh tentang Illuminati dan begitu juga sebaliknya apabila orang berbicara tentang Illuminati maka nama Freemason akan turut dikaitkan. (Sila rujuk Bhg – 22 siri ini).

Pada tahun 1378 lahir seorang bayi di Jerman yang pada kemudian hari dikenali sebagai Christian Rosenkreutz. Di dalam bahasa Jerman ia membawa maksud Christian of the Pink Cross (Secara literalnya ialah ‘Kristian Salib Merah’). Semasa umurnya masih muda, ia berkelana ke Tanah Suci Jerusalem bersama seorang teman. Bagaimanapun beliau berpisah dengan rakan tersebut di Cyprus lalu meneruskan perjalanannya secara berseorangan ke Jerusalem yang di dalamnya terletak Baitul Maqdis, tempat suci kita yang di saat ini di bawah kekuasaan regim haram Israel.

Di sana dia tinggal di sebuah biara untuk suatu jangkamasa yang agak lama. Menurut Petrus Christus (penulis biografi Christian Rosenkreutz yang juga seorang Rosicrusian), ketika menetap di tempat tersebut Christian Rosenkreutz mendengar suara ajaran para Nabi terdahulu termasuklah ajaran Jesus (Nabi Isa).

Penulis tersebut juga menyatakan bahawa Christian Rosenkreutz kemudiannya menganggotai satu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Damkar (Blood of the Lamb) yang beroperasi di suatu biara berhampiran Kota Jerusalem. Dari sini beliau mengambil nama ‘Christian Rosenkreutz’.

Dikatakan bahawa selepas menetap di Jerusalem, beliau berkelana ke Mesir dan berbagai tempat lagi di kawasan Mediterranean. Beliau juga turut mengembara dan menetap buat seketika ke daerah Fez di Maghribi. Di kota Fez ini beliau menuntut ilmu Kabbalah, satu jenis ilmu mistik yang merupakan satu dari cabang ajaran agama Yahudi. Di sana juga Christian Rosenkreutz menyebarkan ajaran mistik beliau.
(Tuan-tuan, saya amat berharap agar sesuatu akan menerpa fikiran anda apabila diunjurkan dengan pernyataan bahawa Christian Rosenkreutz, sipengasas Order Rosicrucian ini menuntut ilmu Kabbalah, begitu juga apabila saya sebutkan bahawa beliau turut tinggal di Mesir dalam petualangannya yang panjang itu…)

Selepas itu beliau meneruskan kelana ke Sepanyol dan di Semenanjung Iberia inilah beliau mengasaskan satu ‘Order’/Tatacara Hidup yang dikenali sebagai ‘Brothers of the Rosicruz’. Para penganut fahaman ini dikenali sebagai Rozenkreuzer atau di dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Rosicrucian.

Para pengikut Order Brothers of the Rosicruz ini pada tahun-tahun kemudiannya turut bertebaran di seluruh Amerika terutamanya di awal penubuhan negara baru tersebut. Di sini mereka giat menyebarkan ajaran Rosicrucian disamping mula berhubungan dengan para pengikut Freemason dan kemungkinan juga dengan para pengikut Illuminati.

Usaha keras mereka berhasil apabila tokoh-tokoh Freemason seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson turut menganggotai Order Rosicrucian ini.

1 comment:

  1. Salam Abang,
    Dlm cite Iron man 2,ada 1 part dimana bila Iron Man dh tenggelam punca & lemah semangat...datang Samuel L.Jackson dgn watak lelaki berpakaian hitam dimana mata dia ditutup sebelah.Dia yg "pulihkan" semula Iron Man,sambil tu dia cakap..."I'm watching at you" dan terus beredar selepas tu.Simboliknya...superhero pun terpaksa tunduk pada sang Dajjal laknatullah tu...klu diteliti betul2...mana2 cite superhero mesti(atau dipaksa?)ada penglibatan sang dajjal/freemanson/tangan2 yg tersembunyi,etc. Sekarang ni pun superhero dajjal (rasanya obama?) di "munculkan" olehnya dgn watak seorang yg baik hati,memahami,dsbnya yg baik2lah....sebenarnya semua tu perangkap nak tarik lagi geng2 sekular supaya menyembah kehendak dajjal laknatullah tu 100%.tengok je lah...InsyaAllah mcm abang ckp,Allah pun merancang & pastinya rancangan Allah itu lebih hebat lagi....InsyaAllah "Superhero2" yg Allah hantar tu akan kalahkan superhero2 palsu sang dajjal laknatullah nanti.bahkan sang dajjal juga akan lenyap sama-sekali.Amin....

    Yat....

    ReplyDelete