Saturday, March 13, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah

Saya telah lama tidak meng-update blog ini. Masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Saya baru sahaja pulang dari Ipoh selepas menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Ipoh dua hari lepas (Khamis 11 Mac 2010).

Kes ini melibatkan perebutan hak penjagaan anak-anak diantara seorang saudara baru, Riduan Bin Abdullah, anak guam kami, dengan isterinya yang beragama Hindu. Kes ini pernah mendapat liputan meluas media dan juga ketetapan kabinet beberapa ketika dahulu.

Mahkamah Tinggi Ipoh setelah menimbangkan hujahan kedua belah pihak telah memberi keputusan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa dalam persoalan hak penjagaan anak dalam mana-mana kes yang melibatkan perebutan diantara seorang Muslim dan bukan Muslim. Mahkamah di dalam kes tersebut turut memberikan siibu hak penjagaan ke atas anak mereka.

Ini merupakan satu keputusan yang amat menyedihkan kami yang berhujah bahawa hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kes seumpama ini dan hak penjagaan sebenarnya adalah ke atas bapa mereka yang telah memeluk Islam.

Kami akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk menimbang semula keputusan tersebut. Doakan kami, untuk menyelamatkan aqidah anak-anak kepada saudara baru kita ini.

Pihak Riduan (Defendan) diwakili saya sendiri, Marwalis, Shaharuddin dan Faisal Yusuf sebagai leading counsel.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment