Tuesday, January 19, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 11

Para Nabi - kesemuanya mengingatkan umat mereka tentang Dajjal.

Rasulullah SAAW - juga mengingatkan umat Baginda tentang Dajjal. Nabi juga berpesan supaya menyampaikan darinya WALAUPUN SATU AYAT.

Di dalam solat - kita disunatkan memohon perlindungan Allah dari fitnah Dajjal.

Di dalam Islam - kita diajar bahawa fitnah terbesar ialah fitnah Dajjal.

Dr Hisham - "Betul2 blog sampah la wei..orang bincang soal ilmiah..psl amalan dan mslh umat nabi skg".

Dr Hisham - "Ko x abih2 citer psl dajal..ko ni betul2 dajal la ja..".

Dr Hisham - "dajal sudah muncul...dari blog ni".

Dr MUS - "sy bg taaik bintang".


1.
Menyampaikan pesan Nabi disifatkan sebagai blog sampah. Mungkin blog ilmiah ialah blog xhamster.com - cuba tanya Dr MUS apa isi laman tersebut.

2.
Kalau nak bincang pasal amalan dan masalah umat SAHAJA, maka tak perlulah Allah turunkan Islam. Cukup sahaja agama Buddha dan agama Hindu, amalan agama mereka cukup hebat - dengan penyucian jiwa hingga pendakian tertinggi dalam proses inkarnasi.

3.
Dajjal tak akan datang dengan tubuh badannya semata-mata. Ia akan datang dengan segala macam sistem dan seruan. Seruan Islam ialah 'amar ma'aruf dan nahi mungkar' manakala seruan Dajjal ialah amar mungkar dan nahi ma'aruf. Antara amar mungkar ialah membuat laman web lucah. Antara nahi ma'aruf ialah tidak senang dengan sebarang usaha dakwah.

Menyifatkan orang lain sebagai Dajjal atau blog Dajjal bukan juga PERBINCANGAN ILMIAH.

4.
Tiada paksaan untuk membaca blog ini. Kalau ada yang terasa dipaksa untuk membaca ... tak tahulah pula. Take it or leave it. Simple.

Salam.

No comments:

Post a Comment