Wednesday, May 5, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 24

Kaitan diantara The Rosicrucian – The Freemason – The Illuminati

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, adalah lebih baik untuk kita teliti terlebih dahulu sebuah lagi pertubuhan yang turut bergerak secara rahsia iaitu The Rosicrucian. Rosicrucian ini sebenarnya bukanlah satu pertubuhan Freemason walaupun ia juga bergerak secara rahsia sepertimana Freemason. Bagaimanapun pada masa-masa mendatang ia akan terlibat dan mempunyai pertalian dengan pertubuhan tersebut.

Seperti Rosicrucian, Illuminati juga bukan berasal daripada pertubuhan Freemason. Tetapi pada kemudian hari ia akan turut terlibat dengan Freemason, hinggakan apabila orang bercakap tentang Freemasonry, orang akan juga menyentuh tentang Illuminati dan begitu juga sebaliknya apabila orang berbicara tentang Illuminati maka nama Freemason akan turut dikaitkan. (Sila rujuk Bhg – 22 siri ini).

Pada tahun 1378 lahir seorang bayi di Jerman yang pada kemudian hari dikenali sebagai Christian Rosenkreutz. Di dalam bahasa Jerman ia membawa maksud Christian of the Pink Cross (Secara literalnya ialah ‘Kristian Salib Merah’). Semasa umurnya masih muda, ia berkelana ke Tanah Suci Jerusalem bersama seorang teman. Bagaimanapun beliau berpisah dengan rakan tersebut di Cyprus lalu meneruskan perjalanannya secara berseorangan ke Jerusalem yang di dalamnya terletak Baitul Maqdis, tempat suci kita yang di saat ini di bawah kekuasaan regim haram Israel.

Di sana dia tinggal di sebuah biara untuk suatu jangkamasa yang agak lama. Menurut Petrus Christus (penulis biografi Christian Rosenkreutz yang juga seorang Rosicrusian), ketika menetap di tempat tersebut Christian Rosenkreutz mendengar suara ajaran para Nabi terdahulu termasuklah ajaran Jesus (Nabi Isa).

Penulis tersebut juga menyatakan bahawa Christian Rosenkreutz kemudiannya menganggotai satu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Damkar (Blood of the Lamb) yang beroperasi di suatu biara berhampiran Kota Jerusalem. Dari sini beliau mengambil nama ‘Christian Rosenkreutz’.

Dikatakan bahawa selepas menetap di Jerusalem, beliau berkelana ke Mesir dan berbagai tempat lagi di kawasan Mediterranean. Beliau juga turut mengembara dan menetap buat seketika ke daerah Fez di Maghribi. Di kota Fez ini beliau menuntut ilmu Kabbalah, satu jenis ilmu mistik yang merupakan satu dari cabang ajaran agama Yahudi. Di sana juga Christian Rosenkreutz menyebarkan ajaran mistik beliau.
(Tuan-tuan, saya amat berharap agar sesuatu akan menerpa fikiran anda apabila diunjurkan dengan pernyataan bahawa Christian Rosenkreutz, sipengasas Order Rosicrucian ini menuntut ilmu Kabbalah, begitu juga apabila saya sebutkan bahawa beliau turut tinggal di Mesir dalam petualangannya yang panjang itu…)

Selepas itu beliau meneruskan kelana ke Sepanyol dan di Semenanjung Iberia inilah beliau mengasaskan satu ‘Order’/Tatacara Hidup yang dikenali sebagai ‘Brothers of the Rosicruz’. Para penganut fahaman ini dikenali sebagai Rozenkreuzer atau di dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Rosicrucian.

Para pengikut Order Brothers of the Rosicruz ini pada tahun-tahun kemudiannya turut bertebaran di seluruh Amerika terutamanya di awal penubuhan negara baru tersebut. Di sini mereka giat menyebarkan ajaran Rosicrucian disamping mula berhubungan dengan para pengikut Freemason dan kemungkinan juga dengan para pengikut Illuminati.

Usaha keras mereka berhasil apabila tokoh-tokoh Freemason seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson turut menganggotai Order Rosicrucian ini.

Tuesday, May 4, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : 23

Rukun Iman Freemason.

Rene Chandelle di dalam bukunya Beyond Angels and Demons pada muka surat 41 menyenaraikan 8 perkara asas yang menjadi ‘rukun iman’ kepada para penganut freemason iaitu:-

1.
Belief in God, the Great Architect of the Universe.

2.
To take an oath on the Volume of the Sacred Law.

3.
Work in the presence of the Three Great Lights i.e. the Volume of the Sacred Law, the Carpenter’s Square and the Compass.

4.
Prohibition in discussing politics or religion.

5. Masculinity.

6. Sovereignty.

7. Tradisionalism.

8. Pure origin.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kesemua rukun tersebut melainkan beberapa hal yang penting dan menarik untuk diperhatikan.


‘Belief in God, the Great Architect of the Universe’ atau Keimanan kepada Tuhan, Arkitek Agung Alam Semesta.
Tuan-tuan, berdasarkan rukun iman mereka yang pertama ini, kelihatannya ahli-ahli freemason adalah orang-orang yang beragama, yang percaya kepada kewujudan Tuhan yang menciptakan alam semesta, namun persoalannya, apakah benar demikian?


‘To take an oath on the Volume of the Sacred Law’ atau secara terjemahan bebasnya bermaksud Bersyahadah/Mengaku-janji dengan Kitab Suci/Undang-undang Suci.
Apakah kitab suci mereka?


‘Work in the presence of the Three Great Lights i.e. the Volume of the Sacred Law, the Carpenter’s Square and the Compass’ atau ‘Bekerja’ di dalam kehadiran Tiga Cahaya Agung.
Apakah itu the Carpenter’s Square dan apa pula yang dikatakan sebagai the Compass itu? Seperti juga persoalan di atas, apakah The Sacred Law atau Kitab/Undang-undang Suci mereka? Apakah pula signifikan ketiga perkara yang dikatakan sebagai Tiga Cahaya Agung tersebut?


Prohibition in discussing politics or religion.
Benarkah demikian? Apakah mereka tidak terlibat lansung dalam persoalan agama dan politik?


Rujukan:
Beyond Angels and Demons; Rene Chandelle.