Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

BERSIH 2.0 - Queen Elizabeth II

Mereka kata 'Sekeping gambar membawa Seribu cerita'. Ramai dah berbicara tentang baju kuning Queen Elizabeth. Cuba lihat warna bunganya pula. Kebetulan jugakkah? Tafsirlah sendiri....





Thursday, July 7, 2011

Tangkapan kes BERSIH 2.0 - Berita

Peniaga dituduh jual baju BERSIH - 6 JULAI 2011.

Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana dituduh menjual ratusan baju-T yang tertera perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.

Zakaria Che Will, 40, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin.

Dia didakwa menjual sebanyak 388 helai baju-T berwarna kuning bertulisan BERSIH bagi kepentingan satu pertubuhan haram di sebuah pasar pagi di Jalan Datuk Pati di sini pada 10.45 pagi lima hari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana memiliki pakaian dengan perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.

Nur Zakiyah kemudiannya menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu dan mengenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Zakaria.

Zakaria diwakili peguam Abdul Rashid Yah, Mohd Murtaza Mokhtar dan Hatman Abdullah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin.

- Malaysiakini yang memetik dari Bernama.
- http://www.malaysiakini.com/news/169059

Wednesday, July 6, 2011

Tangkapan kes BERSIH 2.0

Salam.

Hari ini saya dan dua lagi rakan bijaksana baru lepas mengendalikan satu kes tangkapan berkaitan BERSIH 2.0 di Mahkamah Kota Bharu. Kes akan disebut semula pada 9 Ogos 2011.


Dari kiri:-
Saya, Hatman, Rashid & Najib.

Friday, June 10, 2011

Cabaran getir menanti pasukan Nik Aziz-Abdul Hadi

- Mohd Rashidi Hassan, HarakahDaily.

TIDAK sampai dua minggu lagi kita akan menyambut ulang tahun ke sembilan pemergian Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS yang kembali kerahmatullah pada 23 Jun 2002.

Pemergian Almarhum, yang jasadnya dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, harus diperingati, bukan untuk meratapinya dengan kesedihan semata-mata. Yang paling penting nilai perjuangan yang beliau sumbangkan terlalu besar ertinya kepada PAS.

Selepas Ustaz Fadzil Noor mengambil alih jawatan Presiden (ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat) daripada Almarhum Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1989, kepimpinan dan ahli PAS yang menjalani tarbiyah serta pemulihan (di zaman Ustaz Yusof 1983-1989), semakin diperkukuhkan.

Untuk rekod Ustaz Yusof meninggal dunia pada 28 April 2000 setelah uzur selama beberapa tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Gelugor, Pulau Pinang, pada kira-kira pukul 7.00 pagi, pada usia 78 tahun.

Ketika itu Almarhum Ustaz Yusof dilantik menjadi Mursyidul 'Am, Ustaz Fadzil selaku Yang Dipertua, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Dato' Seri) menjadi Timbalan Yang Dipertua, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Dato') sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Akibat keuzuran sekian lama Ustaz Yusof melepaskan jawatan Mursyidul Am dan Ustaz Nik Aziz dilantik mengisi kekosongan tersebut.

Gandingan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz menerajui PAS. Lebih satu dekad mereka bertiga menjadi pemimpin utama PAS. Wibawa mereka, kehebatan mereka bertiga diakui dan diiktiraf oleh kawan dan lawan.

Ketokohan ketiga-tiga Tuan Guru ini dalam PAS begitu terserlah sehingga karisme dan bakat kepimpinan yang mereka warisi, dilihat jauh meninggalkan pemimpin-pemimpin bawahan.

Dalam PAS ketika itu masih ramai pemimpin-pemimpin yang hebat serta berpengalaman, namun ketokohan mereka tidak mampu menyamai Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz.

Jurang kepimpinan

Tanpa disedari, tanpa PAS kehendaki dan harus diakui wujud jurang yang lebar antara ketiga-tiga pemimpin ini dengan pemimpin bawahan.

Bukannya PAS tidak mempunyai pemimpin pelapis, tetapi masih belum kelihatan pemimpin yang dapat mewarisi bakal kepimpinan ketiga-tiga mereka.

Maka selepas pemergian Ustaz Fadzil, PAS berada dalam keadaan yang tersentak seketika. Ustaz Fadzil adalah pemimpin agung yang kehilangannya sukar untuk digalang-ganti. Secara jujurnya diakui ketika itu (2002), PAS tidak sanggup kehilangan Ustaz Fadzil. Namun kehendak Allah Yang Maha Kuasa mengatasi segala kehendak hamba-hamba-Nya.

Maka selepas Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi menerajui PAS. Ustaz Nik Aziz sebagai Mursyidul Am.

Akibat daripada kelompongan yang besar ini wujud satu jurang yang sehingga kini masih gagal diisi oleh pemimpin yang lain.

Jurang ini sebenarnya bukan persepsi. Jurang ini juga bukan menafikan ketokohan pemimpin PAS yang lain. Tetapi ianya adalah pengiktirafan ahli, penyokong dan rakyat terhadap status seseorang pemimpin.

Sehingga hari ini dalam PAS pun diperakui, masih belum lagi dilihat ketokohan pemimpin yang boleh menyamai gandingan Ustaz Fadzil-Ustaz Hadi-Ustaz Nik Aziz.

Oleh sebab itu selepas Ustaz Hadi menjadi Presiden PAS. Jawatan Timbalan Presiden sudah diisi dua orang, iaitu Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden yang ketiga di bawah Ustaz Hadi.

Soal mengapa jawatan Timbalan Presiden bertukar tangan, berlaku pertandingan dalam setiap kali muktamar sejak tahun 2005, 2007, 2009 dan 2011, ianya adalah terletak kepada kebijaksanaan perwakilan PAS.

Namun, harus diingat, untuk rekod, sepanjang lebih satu dekat semasa Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi menjadi Presiden dan Timbalan Presiden, kedua-dua jawatan ini dimenangi tanpa bertanding.

Dalam ertikata yang lain, tiada sesiapa pun yang mahu mencabar mereka berdua. Ketokohan mereka berdua, sama dengan ustaz Nik Aziz, sehingga kini tiada yang mampu menyamainya, masih belum ada pemimpin PAS yang lain memperolehi pengiktirafan sebegini rupa.

Inilah sebenarnya cabaran bagi PAS. Iaitu PAS mahu melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa, berkarisme dan hebat seperti ketiga-tiga mereka.

Cabaran buat kepimpinan

Pasca Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu lepas, PAS memasuki fasa baru. Iaitu pewakilan Muktamar buat pertama kali selepas 28 tahun, menobatkan seorang pemimpin yang bukan ulama menjadi Timbalan Presiden.

Dalam penulisan ini, saya tidak berminat untuk terjebak kepada persoalan ulama atau non-ulama. Soal kumpulan pro-ulama atau pro-Erdogan seperti yang dilabel media talibarut Umno-BN, semuanya sudah ditolak oleh perwakilan.

Presiden PAS dalam ucapan penggulungannya menegaskan tiada kumpulan profesional atau ulama, tiada kumpulan yang dilabel Erdogan. Yang wujud katanya adalah kumpulan Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Sama ada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa mahupun Dato' Mahfuz Omar, kesemua mereka adalah kumpulan Nik Aziz-Abdul Hadi.

Cabaran besar yang dihadapi oleh kumpulan ini adalah bukan sekadar memenangi pemilihan dalam Muktamar PAS. Tetapi, cabaran yang besar adalah, bagaimana mereka ini mengisi kemenangan.

Bagaimana kumpulan ini mampu merapatkan jurang persepsi serta pengiktifaran besar ahli dan rakyat kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz.

Oleh kerana kumpulan yang menang ini juga dianggap kebanyakan rakyat sebagai kumpulan reformis, maka umum hendak melihat sejauhmana perubahan berlaku dalam PAS, bagi memungkinkan ia menerajui Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun untuk adil kepada yang menang, kita harus memberi ruang yang secukupnya kepada mereka untuk membuat perubahan. Perubahan memang memerlukan masa, namun jangan sampai kedudukan yang tinggi ini menjadikan mereka alpa.

Harus juga diingatkan kepada mereka yang menang bahawa, expectation atau pengharapan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi.

Oleh kerana empat tokoh yang menang dalam jawatan tertinggi ini, bukan bertitle ulama, maka tempoh dua tahun ke hadapan ini amat mencabar bagi mereka.

Jika mereka perform, mereka akan dipilih pada muktamar yang akan datang. Jika mereka tidak perform, perwakilan yang akan mengundurkan mereka.

Selamat bertugas kumpulan Nik Aziz-Abdul Hadi!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mohd-rashidi-hasana/3736-cabaran-getir-menanti-pasukan-nik-aziz-abdul-hadi

Monday, August 9, 2010

Hizbut Tahrir & Hari Cuti - 7/8/10

Sabtu 7-8-10
Dua hari sebelum ni saya terima sms dari Walis mengajak ke seminar Hizbut Tahrir yang dibuat di Kota Bharu pada hari ni. Malangnya saya tidak dapat hadir sebab dah rancang untuk ke ofis hari ni. Jadi sehari suntuk lah saya di ofis hari ni.

Sebenarnya bukan hendak sangat ke ofis pun hari-hari cuti ni. TERPAKSA. Keesokan harinya saya ada satu kes menanti keputusan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh. Puan Majistret dah maklumkan pada tarikh bicara lepas supaya standby untuk proceed dengan Pembelaan kalau keputusannya pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Kalau keputusan pada hari Ahad esoknya pihak Pendakwaan dapat prove prima facie, saya terpaksa proceed dengan Pembelaan pada hari tu jugak. Dan ada kemungkinan besar kena buat hujahan hari yang sama. Maka bermakna ada kemungkinan besar HAMPIR SEPARUH HARI saya akan berada di Pasir Puteh. Kalau menang, client akan suka hati & saya akan senang hati. Kalau called for defense? Kalau lepas called for defense & keputusannya kalah?

Hari Isnin pula, saya ada satu kes bicara di Kota Bharu. Saya akan minta tarikh lain untuk bicara kerana baru mendapat arahan client untuk masukkan notis alibi. Kalau permohonan untuk tangguh ditolak, maknanya saya kena proceed jugaklah. Jadi, saya terpaksa tinggalkan kerja-kerja di ofis selama 2 hari.

Oleh kerana ofis saya ni 'is almost a one man show', saya terpaksa mencuri hari cuti saya untuk mengganti hari yang akan hilang. Bagi firm yang dah lama, ia bukan satu masalah besar kalaupun ada trial/hearing di Mahkamah tiap-tiap hari. Akan ada tenaga kerja di ofis yang boleh buat kerja.

Kesimpulannya,
1) Kena pergi ofis hari cuti ni.
2) Tak dapat pergi untuk mendengar dan tahu apa itu Hizbut Tahrir.

Moral of the story
1) Kalau bukak firm, kena cepat-cepat ambik staff. Jika tidak ... masalah.

Thursday, August 5, 2010

NGO - Sabtu 31 Julai 2010

Seperti dijanjikan saya dan beberapa rakan dari JUHAM bertemu dengan mereka di Sabrina Court tengahari Sabtu tsb. Tapi maklumat yang saya terima berkenaan delegasi tersebut - kalau boleh dikatakan sebagai 'delegasi' walaupun ia bukan sesuatu yang formal - tersasar. Mereka rupanya mewakili sebuah NGO yang berjalan atas kepentingan sosial dan juga hak asasi manusia.

Yang hadir bagi pihak JUHAM ialah Rasyid, Nik Bahrum, Najib dan saya sendiri disamping Borhan selaku wakil AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan. Di situ saya mengenali Yong, Shin Hooi, Christine dan Elice yang hadir bagi pihak NGO berkenaan.


Yang berkopiah dari kiri adalah Borhan, diikuti Najib, saya dan Nik Bahrum. Rasyid tiada dalam gambar kerana dia jadi cameraman. Di sebelah Nik Bahrum - Yong,Christine, Shin Hooi dan Elice. Sorry, gambar tak clear.

Apapun, jangkaan saya tentang soalan-soalan dan topik perbincangan yang akan diajukan mereka tidak lari jauh. Kami berbincang tentang isu-isu semasa dan masa depan politik negara terutama yang berkaitan dengan PAS. Di banyak tempat Yong menyatakan jika PAS, terutamanya Dewan Pemudanya dapat menjuarai isu-isu rakyat, maka PAS akan memiliki kelebihan yang banyak dan PAS lah yang akan memimpin Malaysia nanti.

Saya sebenarnya lebih berminat untuk mengetahui sudut manakah kelemahan PAS - sekurang-kurangnya dari pandangan mereka - agar perkara itu dapat dibaiki dan memantapkan lagi organisasi. Maka soalan saya berkisar tentang itu.

Kami juga berbincang tentang Islam dan kedudukan agama bagi setiap orang Islam. Nampaknya mereka memahami bahawa agama bagi seorang Islam itu menduduki tempat tertinggi berbanding hal-hal lain. Saya juga bertanyakan apakah pandangan mereka tentang Undang-Undang Hudud di mana mereka menjawab asalkan gejala rasuah dan segala macam masalah jenayah, sosial dan sebagainya dapat dihapuskan, Hudud tidak menjadi masalah. Cuma mereka mahukan perkara itu diterangkan dengan terperinci/jelas kepada masyarakat. Setakat ini mereka masih belum jelas apakah yang dikatakan sebagai Hudud itu dan 'the four corners of it'.

Topik tentang Kelantan juga tidak ketinggalan disentuh. Sudah semestinya, nama Tok Guru akan disebut bersama dengan sikapnya yang menyenangkan ramai pihak. Shin Hooi malahan menyatakan mahukan ada pemimpin pelapis dari PAS seperti Tok Guru suatu hari nanti. On the other hand, Yong memaklumkan kepada kami bahawa semua soalan yang beliau sediakan (dibantu rakannya) semasa di KL untuk diajukan apabila sampai di Kelantan sudah menjadi tidak relevan. Katanya "Saya tak perlu tanya lagi soalan-soalan tu sebab semuanya dah terjawab tanpa perlu saya tanya apabila sampai di sini". Well, res ipsa loquitor - thing speaks by itself.

Kami kemudiannya bersurai dan saya berharap akan ada manfaatnya dari pertemuan itu.

Wednesday, August 4, 2010

NGO - Selasa 27 Julai 2010

Selasa 27 Julai yang lepas saya dihubungi Rasyid yang bertanyakan samada saya ada masa luang pada Sabtu 31 Julai nanti. Mulanya saya bercadang untuk membuat satu aktiviti keluarga bermula Khamis hingga hari Sabtu berkenaan. So, jawabnya "Syid, kalau diikutkan saya memang ada masa yang luang hari Sabtu nanti, tapi dah ada plan lah pulak".

Selepas itu baru Rasyid bagitahu bahawa ada sekumpulan pelajar PhD dari UM berminat untuk berjumpa dan berdialog dengan wakil Jawatankuasa Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Kelantan. Rasyid juga meminta saya dan beberapa rakan dari JUHAM untuk hadir pada hari Sabtu tersebut jika ada kelapangan. 4 ke 5 orang pun dah cukup kata Rasyid.

Boleh jadi ini sebahagian daripada tesis mereka saya fikir. Mungkin akan ada soalan-soalan berkaitan politik semasa, undang-undang ataupun tentang agama Islam itu sendiri. Khabarnya kesemua mereka adalah bukan Islam. Jadi saya fikir ini satu peluang dakwah yang Allah sediakan. Peluang yang bukan selalu timbul. Mereka akan dengar atau tidak, setuju atau tidak, itu soal kedua. Yang penting kita boleh membantu setakat kemampuan kita dan yang lebih utama bolehlah sedikit sebanyak menerangkan tentang Islam - setakat kemampuan yang ada. Mendengar itu saya akhirnya membatalkan rancangan asal saya dan bersetuju untuk memenuhi hasrat Rasyid.

Thursday, October 29, 2009

EGM, Kerajaang Perpaduang & Perpaduan Melayu

Ada pihak nak sangat buat perpaduan Melayu. Ada pulak yang kata tak boleh jatuhkan kerajaan yg sedia ada krn adalah salah untuk menjatuhkan pemimpin dan tiada dalam ajaran Islam untuk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Apa yg boleh hanya nasihat sahaja.

Ini hadiah untuk kalian. Hadiah bukan untuk anda sahaja ttp untuk anak cucu anda juga. So ... senyap sajalah ya. Jgn jatuhkan kerajaan ini. Salah tu. Dakwah ajelah ... tapi takleh jatuhkan ...

Drpd pembacaan budget 2010 dan berkaitan:-

Hutang Negara 2006 : RM 242.2 b
Hutang Negara 2008 : RM 306.4 b meningkat 49.7% drpd tahun lepas.
Hutang Negara 2009 : RM 362.5 b meningkat 18.3% sejak tahun 2006.


Kemasukan Pelaburan Asing (FDI) 2008
Malaysia : USD 7.3 b & tahun ini (2009) HANYA USD 1 b!!!
Indonesia : USD 7.92 b
Vietnam : USD 8.05 b
Thailand : USD 9.83 b
Singapura : USD 22.8 b

Thursday, July 9, 2009

Peminat Michael Jackson

Salam,

Menarik dari Zunar di Malaysiakini. Klik sini.

Wednesday, July 8, 2009

Manek Urai

Salam,

Ahad lepas bertolak dgn Rasyid, Pok-ku/Nasri (Betul ke ejaan?) & Farhan ke Manek Urai. Bertolak ke sana dlm lebih kurang 4.30 petang & sampai di Markaz Penerangan PAS dlm lebih kurang 6 petang dan solat Asar di sana. Jalan dah mula sibuk krn esoknya penamaan calon PRK Manek Urai akan diadakan. Masa saya masuk jadi ma'mum dan niat buat qasar 2 rakaat, Rasyid & Pokku dah angkat takbir solat Asar. Bila saja lepas tahiyyat dlm raka'at kedua, Rasyid terus naik menyambung ke raka'at ketiga. Laa, dia tak buat qasar rupanya, jadi terpaksalah saya mufaraqah. Selesai saja selesai solat Asar maka berlakukah perbincangan ilmiah tokoh-tokoh agamawan tentang samada jarak dari KB ke KK dan Manek Urai memenuhi syarat untuk buat jamak & qasar. Saya kata cukup syarat, Rasyid kata tak cukup syarat. Selesai sahaja masing-masing mengeluarkan hujjah, nas-nas, dalil segala dan baling-baling selipar, maka ulama-ulama yg bersidang mencapai keputusan bahawa syarat untuk buat jama' & qasar solat telah cukup. Jadi masa Maghrib kat Markaz Pemuda, kami buat jama' dan qasar dgn Isya' sekali.

Selepas solat kami turun balik ke Kuala Krai dan tunggu Brother Zubir & gang sampai sebelum ke lokasi seterusnya untuk buat semakan akhir borang pencalonan. Ya, borang calon. Kalau borang calon rosak, lenyap atau tersilap isi malam tu, jawabnya memang ada yg akan kena baling batulah esoknya. Sekali lagi masalah timbul. Maklumlah semuanya cukup terrer nak tafsir maksud segala ayat yang ada dalam borang-borang tu. Sekali lagi perbincangan intelek oleh para tokoh peguam yang berkaki-lebar mengeluarkan hujah, dalil dan nas segala disamping acara baling-baling selipar. Selepas semua dah kering tekak, akhirnya kata sepakat dicapai dan pengisian borang pun akhirnya difinalisekan. Lepas tu baru kami berpeluang untuk makan malam, kira-kira pukul 12 malam. Semua order nasi goreng pattaya. Nak seragam supaya order cepat sampai. Malam tu saya nampak Rasyid dah macam nak bertukar jadi Wolverene. Nyaris-nyaris lagi dah. Nasib baik pesanan makanan tak lewat sangat sampai. Kalau pukul 12.01 je makanan baru siap, memang nahaslah tuan kedai tu.

Hari yang panjang pun berakhir, dan kami patah balik ke Markaz Pemuda PAS dan tidur....

Monday, February 9, 2009

Taufan di Perak

Salam. Banyak perkembangan baru dan mendebarkan berlaku di Perak dalam tempoh seminggu dua ini. Yang terakhir ialah berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Roslan Shaharum. Saya amat berharap Pas dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi di kawasan Parlimen tersebut. Mungkin ini perancangan Allah untuk mengembalikan keyakinan atau memberi suntikan semangat kepada para pejuang Islam dan keadilan di Malaysia.

Umno/BN baru sahaja mendapat satu laba baru dalam kes lompatan para Adun baru-baru ini, tetapi secara tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita kematian MP Bukit Gantang. Seandainya pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti berjaya dimenangi oleh PAS/PR, saya percaya moral UMNO/BN akan kembali merudum. Apa tidaknya, mereka berjaya 'menubuhkan satu kerajaan baru' dan mendakwa rakyat Perak bersama mereka, tetapi ternyata rakyat menolak mereka. "Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang". Betapa banyak masa dan tenaga (wang? ehem!!!) dicurahkan untuk mereka 'memperolehi' kembali Perak, tetapi dengan hanya satu sentuhan sahaja daripada Allah (dengan kematian Allahyarham Roslan), segala usaha untuk menjadi sia-sia. Apa tidaknya, mereka dimalukan dengan kekalahan dalam P/raya kecil ini. Menang negeri tetapi bukti menunjukkan rakyat menolak mereka. Apapun kesemuanya ketentuan Allah belaka....

Doakanlah.

Sunday, January 18, 2009

KT BY-ELECTION

Alhamdulillah. Another victory to crumble the parties that have caused much damage (infact to some extent became the enemy to Allah's command) to Islam.

KT by-election

Alhamdulillah, satu lagi kemenangan untuk menjatuhkan pihak yang banyak merugikan bahkan menentang Islam.