Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Berita Harian Online | Lelaki tuntut RM1.1 juta gadis batal pernikahan


Berita Harian Online | Lelaki tuntut RM1.1 juta gadis batal pernikahan

Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis

KOTA BHARU: Berang dengan tindakan bekas tunangnya membatalkan pernikahan tanpa alasan munasabah kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 4 Jun lalu, seorang penjawat awam memfailkan saman ganti rugi RM1.1 juta terhadap wanita itu dan bapanya, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Mohd Masran Ab Rahman, 32, dari Tanah Merah, memfailkan saman itu terhadap Nor Zulyana Mat Hasan @ Mat Husin, 28, yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan bapanya, Mat Hasan @ Mat Husin Ibrahim, 60, dinamakan sebagai defendan kedua.
Beliau melalui peguamnya Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam.
Latifah berkata, anak guamnya mengambil tindakan saman kerana tertekan dengan tindakan Nor Zulyana dan Mat Hassan yang membatalkan pernikahan pada saat akhir sedangkan segala persiapan majlis termasuk perkahwinan sudah dilakukan.

Berikutan keadaan itu, katanya, Mohd Masran terpaksa menjadikan majlis perkahwinan di sebelah lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu diganti dengan majlis kesyukuran.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif dan keluarga sudah mengadakan persiapan antaranya membeli barang hantaran, menjemput saudara mara yang berada di Kelantan dan negeri lain, menempah pelamin dan peralatan perkahwinan, membeli cincin perkahwinan, dan tempahan makanan untuk 1,200 tetamu.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada tarikh akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lalu, defendan dengan sengaja enggan meneruskan majlis akad nikah tanpa alasan munasabah.
Plaintif juga mendakwa mengalami kerugian teruk selain mengalami tekanan perasaan, malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu dan orang kenamaan.

Berikutan itu, plaintif menuntut defendan membayar antaranya ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000, ganti rugi khas, ganti rugi teruk (RM500,000 atau ditaksirkan), ganti rugi malu (RM500,000 atau ditaksirkan), faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penghakiman, dan faedah ke atas semua jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh.


Gambar dari Kosmo:-



Dari kiri:- Murtadza Mokhtar dan Latifah Ariffin.

Sunday, August 7, 2011

Salam Ramadhan

Salam.

Tidak terlamabat rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Semoga mendapat redha Ilahi...

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN

Ramadhan muncul kembali. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini berjaya membentuk kita semua menjadi hambaNya yang diredhoi. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.

Saturday, July 31, 2010

Salam

Assalamu'alaikum wh. Setelah sekian lama - kurang lebih 2 bulan- baru hari ini saya punya sikit masa yang luang untuk menulis. Dalam tempoh itu, adik perempuan saya mengalami sedikit ganggguan yang kami tidak dapat pastikan apakah sebenarnya ia. Perubatan moden tidak dapat mengenal pasti apakah puncanya, begitu juga dengan perubatan tradisional. Sudah banyak tempat yang kami bawa beliau untuk berubat, tetapi hingga ke saat ini sakitnya masih belum sembuh. Dalam masa yang sama juga saya harus memberikan tumpuan kepada firma guaman saya yang masih setahun jagung ini. Buat masa ini, hampir semua perkara saya buat sendiri kerana tenaga kerja yang ada masih kecil - 'hampir tiada'.

Apapun segala perkara itu dapat ditangani dengan baik. Saya pohon agar Allah memberikan bantuannya dan dimudahkan segala urusan. Insya Allah, penulisan di blog ini akan dapat disambung semula. Selamat menanti kedatangan Ramadhan.

Sunday, October 25, 2009

Maaf & Terima Kasih

Salam buat semua. Terima kasih kpd sahabat yg memberi sokongan. Insya Allah saya akan buat lebih byk posting krn masa slps ini isnya Allah akan jadi lebih byk terluang. Buat masa ini saya masih menumpukan kpd hal-hal penubuhan firm sendiri. Alhamdulillah, penubuhan firm telah di 'approved' oleh Bar Council. Skrg ni tgh tunggu approval drpd landlord utk sewa premise + survey perabot + counsel work untuk firm lama + cari balik segala rujukan & juga sedang menyelesaikan urusan insuran firm. Maaf krn lama tak update. Jumpa lagi insya Allah.