Selasa 27 Julai yang lepas saya dihubungi Rasyid yang bertanyakan samada saya ada masa luang pada Sabtu 31 Julai nanti. Mulanya saya bercadang untuk membuat satu aktiviti keluarga bermula Khamis hingga hari Sabtu berkenaan. So, jawabnya "Syid, kalau diikutkan saya memang ada masa yang luang hari Sabtu nanti, tapi dah ada plan lah pulak".
Selepas itu baru Rasyid bagitahu bahawa ada sekumpulan pelajar PhD dari UM berminat untuk berjumpa dan berdialog dengan wakil Jawatankuasa Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Kelantan. Rasyid juga meminta saya dan beberapa rakan dari JUHAM untuk hadir pada hari Sabtu tersebut jika ada kelapangan. 4 ke 5 orang pun dah cukup kata Rasyid.
Boleh jadi ini sebahagian daripada tesis mereka saya fikir. Mungkin akan ada soalan-soalan berkaitan politik semasa, undang-undang ataupun tentang agama Islam itu sendiri. Khabarnya kesemua mereka adalah bukan Islam. Jadi saya fikir ini satu peluang dakwah yang Allah sediakan. Peluang yang bukan selalu timbul. Mereka akan dengar atau tidak, setuju atau tidak, itu soal kedua. Yang penting kita boleh membantu setakat kemampuan kita dan yang lebih utama bolehlah sedikit sebanyak menerangkan tentang Islam - setakat kemampuan yang ada. Mendengar itu saya akhirnya membatalkan rancangan asal saya dan bersetuju untuk memenuhi hasrat Rasyid.
Wednesday, August 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment