Salam. Banyak perkembangan baru dan mendebarkan berlaku di Perak dalam tempoh seminggu dua ini. Yang terakhir ialah berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Roslan Shaharum. Saya amat berharap Pas dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi di kawasan Parlimen tersebut. Mungkin ini perancangan Allah untuk mengembalikan keyakinan atau memberi suntikan semangat kepada para pejuang Islam dan keadilan di Malaysia.
Umno/BN baru sahaja mendapat satu laba baru dalam kes lompatan para Adun baru-baru ini, tetapi secara tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita kematian MP Bukit Gantang. Seandainya pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti berjaya dimenangi oleh PAS/PR, saya percaya moral UMNO/BN akan kembali merudum. Apa tidaknya, mereka berjaya 'menubuhkan satu kerajaan baru' dan mendakwa rakyat Perak bersama mereka, tetapi ternyata rakyat menolak mereka. "Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang". Betapa banyak masa dan tenaga (wang? ehem!!!) dicurahkan untuk mereka 'memperolehi' kembali Perak, tetapi dengan hanya satu sentuhan sahaja daripada Allah (dengan kematian Allahyarham Roslan), segala usaha untuk menjadi sia-sia. Apa tidaknya, mereka dimalukan dengan kekalahan dalam P/raya kecil ini. Menang negeri tetapi bukti menunjukkan rakyat menolak mereka. Apapun kesemuanya ketentuan Allah belaka....
Doakanlah.
Monday, February 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saudara nampaknya masih tak faham-faham apa yang saya tulis ke??? Saya perkatakan mengenai soal ketaatan kita sebagai umat Islam dalam mentaati pemerintah. Saudara bukalah mata dan jangan terlalu taksub dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama Mutadiq
ReplyDeleteBiasalah tu cikgu kalau apa yg guru ajar murid tak faham. Bukankah sudah menjadi tugas guru untuk mengajar supaya murid-murid faham? Saya yang tak faham ni merasakan cikgu mengajar tak lengkaplah. Kalau mengajar mesti lengkap. Kalau ajar bab solat, kena ajar jugak bab wudhu. Kalau nak baca Quran, mesti tahu tajwid. Tak gitu cikgu? Cikgu cuma sentuh bab taat kepada pemerintah sahaja. Definisi pemerintah yang macam mana yang wajib ditaati tidak pula cikgu terangkan. Tak acilah gitu, cerita separuh-separuh. Macamana ni? Hitler pun pemerintah jugak. Firaun lagi besar dia punya pemerintahan.
ReplyDeleteSuharto yang melahap harta rakyat Indonesia pun pemerintah jugak. Tak gitu cikgu? So, silalah kalau nak explain tu, explain jugalah berkaitan definisi pemerintah yang macamana wajib diikuti.Salam.
butoh la..politik ajer..x abih2..
ReplyDelete