Showing posts with label Tasawwuf. Show all posts
Showing posts with label Tasawwuf. Show all posts

Thursday, January 14, 2010

KEBESARAN ALLAH

Sekadar mencatat kembali fakta sains yang dinyatakan dalam sebuah buku rujukan Biologi semasa saya 'buat' matriks kat USM dulu. Nama buku tsb saya dah tak ingat, tapi cover pagenya berlatarkan bunga rafflesia - kalau tak silap.

1)
Jika dibuka dan dihampar setiap alveolus yang terdapat pada paru-paru seorang lelaki dewasa, keluasannya boleh mencapai SEBUAH GELANGGANG TENNIS.

2)
Kapilari darah manusia dewasa, jika disambung dan membuat satu garisan panjang, boleh mencapai jarak sejauh 3 kali berpusing mengelilingi bumi.

3)
Ini yang paling hebat: Sperm yang berenang mengharungi cecair di dalam rahim seorang wanita untuk sampai ke telurnya secara bandingannya seolah-olah seorang manusia yang BERENANG MENGHARUNGI SEBUAH LAUTAN SELUAS ATLANTIK YANG KADAR KEPEKATANNYA BUKAN SEPERTI AIR BIASA, TETAPI KADAR KEPEKATANNYA ADALAH SEUMPAMA LAUTAN GULA YANG AMAT PEKAT.


Masya-Allah. Subhanallah. Maknanya, sebelum kelahiran kita, kita telah mengharungi satu lautan seluas Atlantik yang amat pekat airnya seumpama air gula yang amat pekat.

Maka tidak mahu tunduk lagikah kita kepada Pencipta kita? Di mana kita letakkan perintah Allah, termasuk hududnya? Salam.

Tuesday, March 10, 2009

Mendapat Rawatan

Baru-baru ini saya berasa sedikit kurang sihat. Rasa tak sedap badan, lalu ambil ubat dan telan. Alhamdulillah badan terasa segar semula. Ini sebenarnya satu tindakan biasa setiap manusia. Asal merasa tidak sedap badan kita akan terus mendapatkan rawatan, samada dengan ubat (panadol - ubat yang paling 'glamer') atau berjumpa doktor.

Ternyata manusia tidak dapat menanggung rasa sakit pada tubuh fizikal. Paling tidak kita akan merasa tidak enak atau selesa. Belum dikira lagi dengan penjagaan kesihatan tubuh badan, diet dan sebagainya.

Tetapi berapa ramai yang menjaga 'tubuh' rohani masing-masing? Sangat sedikit yang menjaganya. Apakah kita merawatnya kalau ia sakit? Apakah kita menjaganya atau sekurang-kurangnya memberi perhatian kepadanya sepanjang kita hidup ini?

Sebenarnya roh kita juga sebahagian daripada kehidupan kita. Kalau ia sakit, ia perlukan rawatan. Kalau jasmani kita perlukan makanan, rohani juga perlukannya. Jika kita boleh berjumpa doktor kalau badan kita berasa kurang sihat, maka selalu-selalulah bawa roh kita berjumpa dengan Rob-nya, yang menciptakannya, yang menciptakan segala sesuatu. Salam.

Thursday, March 5, 2009

Rohani

Pandangan mata ... selalu menipu;
Pandangan akal ... selalu tersalah;
Pandangan nafsu ... selalu melulu;
Pandangan hati ... itu yang hakiki
... bila hati itu bersih.
(nasyid Al-Arqam dulu. Tak tahu siapa penulis lirik yang baik itu)


Jasad fizikal asalnya dari tanah. Sebab itu makanan bagi jasad fizikal juga kesemuanya berasal dari tanah. 'Jasad' rohani asalnya dari langit. Sebab itu makanan bagi 'jasad' rohani kita mesti juga dari langit. Apa makanannya? Solat, membaca Al-Quran , puasa, dzikr dll.

Kalau jasad fizikal tidak diberi makanan, ia akan jadi lemah. Begitu juga dengan rohani. Jika tidak diberi 'makanannya' roh kita akan jadi lemah. Tidak ada seri, jiwa tak kuat. Islam kuat dengan kekuatan fizikal. Tetapi Islam juga kuat dengan kuatnya roh para pejuangnya. Ini yang kebanyakan orang lupa. Terutama golongan liberal.

Ayuh, kita bersama-sama memberi santapan kepada rohani kita ... juga jasmani kita ...