Thursday, August 5, 2010

NGO - Sabtu 31 Julai 2010

Seperti dijanjikan saya dan beberapa rakan dari JUHAM bertemu dengan mereka di Sabrina Court tengahari Sabtu tsb. Tapi maklumat yang saya terima berkenaan delegasi tersebut - kalau boleh dikatakan sebagai 'delegasi' walaupun ia bukan sesuatu yang formal - tersasar. Mereka rupanya mewakili sebuah NGO yang berjalan atas kepentingan sosial dan juga hak asasi manusia.

Yang hadir bagi pihak JUHAM ialah Rasyid, Nik Bahrum, Najib dan saya sendiri disamping Borhan selaku wakil AJK Dewan Pemuda PAS Kelantan. Di situ saya mengenali Yong, Shin Hooi, Christine dan Elice yang hadir bagi pihak NGO berkenaan.


Yang berkopiah dari kiri adalah Borhan, diikuti Najib, saya dan Nik Bahrum. Rasyid tiada dalam gambar kerana dia jadi cameraman. Di sebelah Nik Bahrum - Yong,Christine, Shin Hooi dan Elice. Sorry, gambar tak clear.

Apapun, jangkaan saya tentang soalan-soalan dan topik perbincangan yang akan diajukan mereka tidak lari jauh. Kami berbincang tentang isu-isu semasa dan masa depan politik negara terutama yang berkaitan dengan PAS. Di banyak tempat Yong menyatakan jika PAS, terutamanya Dewan Pemudanya dapat menjuarai isu-isu rakyat, maka PAS akan memiliki kelebihan yang banyak dan PAS lah yang akan memimpin Malaysia nanti.

Saya sebenarnya lebih berminat untuk mengetahui sudut manakah kelemahan PAS - sekurang-kurangnya dari pandangan mereka - agar perkara itu dapat dibaiki dan memantapkan lagi organisasi. Maka soalan saya berkisar tentang itu.

Kami juga berbincang tentang Islam dan kedudukan agama bagi setiap orang Islam. Nampaknya mereka memahami bahawa agama bagi seorang Islam itu menduduki tempat tertinggi berbanding hal-hal lain. Saya juga bertanyakan apakah pandangan mereka tentang Undang-Undang Hudud di mana mereka menjawab asalkan gejala rasuah dan segala macam masalah jenayah, sosial dan sebagainya dapat dihapuskan, Hudud tidak menjadi masalah. Cuma mereka mahukan perkara itu diterangkan dengan terperinci/jelas kepada masyarakat. Setakat ini mereka masih belum jelas apakah yang dikatakan sebagai Hudud itu dan 'the four corners of it'.

Topik tentang Kelantan juga tidak ketinggalan disentuh. Sudah semestinya, nama Tok Guru akan disebut bersama dengan sikapnya yang menyenangkan ramai pihak. Shin Hooi malahan menyatakan mahukan ada pemimpin pelapis dari PAS seperti Tok Guru suatu hari nanti. On the other hand, Yong memaklumkan kepada kami bahawa semua soalan yang beliau sediakan (dibantu rakannya) semasa di KL untuk diajukan apabila sampai di Kelantan sudah menjadi tidak relevan. Katanya "Saya tak perlu tanya lagi soalan-soalan tu sebab semuanya dah terjawab tanpa perlu saya tanya apabila sampai di sini". Well, res ipsa loquitor - thing speaks by itself.

Kami kemudiannya bersurai dan saya berharap akan ada manfaatnya dari pertemuan itu.

No comments:

Post a Comment