Showing posts with label Free Palestine. Show all posts
Showing posts with label Free Palestine. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Islam & Semasa

"Satu lagi gejala yang memburukkan shaksiyah Islamiah hari ini ialah MENERIMA REALITI dan TUNDUK KEPADANYA.

Ini menjadikan natijah dan hasil semata-mata bergantung kepada apa yang ada, bukan apa YANG SEPATUTNYA (SEWAJIBNYA) BERLAKU.

Oleh sebab itu pemuda Islam wajib ditarbiyyahkan dan dididik supaya bercita-cita tinggi atas kebenaran dan merasa mulia dari kebatilan. Mereka juga harus dididik supaya tidak menggadaikan haq kerana waqi' untuk membolehkan mereka melaksanakan Perubahan Islam yang dicita-citakan"

- Syeikh Mustafa Mashhur; m.s 35, As-Syabab wa At-Taghyir (Generasi Muda & Perubahan)

Thursday, July 7, 2011

Tangkapan kes BERSIH 2.0 - Berita

Peniaga dituduh jual baju BERSIH - 6 JULAI 2011.

Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana dituduh menjual ratusan baju-T yang tertera perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.

Zakaria Che Will, 40, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Zakiyah Shamsudin.

Dia didakwa menjual sebanyak 388 helai baju-T berwarna kuning bertulisan BERSIH bagi kepentingan satu pertubuhan haram di sebuah pasar pagi di Jalan Datuk Pati di sini pada 10.45 pagi lima hari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana memiliki pakaian dengan perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.

Nur Zakiyah kemudiannya menetapkan 9 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu dan mengenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin terhadap Zakaria.

Zakaria diwakili peguam Abdul Rashid Yah, Mohd Murtaza Mokhtar dan Hatman Abdullah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin.

- Malaysiakini yang memetik dari Bernama.
- http://www.malaysiakini.com/news/169059

Wednesday, July 6, 2011

Tangkapan kes BERSIH 2.0

Salam.

Hari ini saya dan dua lagi rakan bijaksana baru lepas mengendalikan satu kes tangkapan berkaitan BERSIH 2.0 di Mahkamah Kota Bharu. Kes akan disebut semula pada 9 Ogos 2011.


Dari kiri:-
Saya, Hatman, Rashid & Najib.

Friday, June 10, 2011

Cabaran getir menanti pasukan Nik Aziz-Abdul Hadi

- Mohd Rashidi Hassan, HarakahDaily.

TIDAK sampai dua minggu lagi kita akan menyambut ulang tahun ke sembilan pemergian Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS yang kembali kerahmatullah pada 23 Jun 2002.

Pemergian Almarhum, yang jasadnya dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, harus diperingati, bukan untuk meratapinya dengan kesedihan semata-mata. Yang paling penting nilai perjuangan yang beliau sumbangkan terlalu besar ertinya kepada PAS.

Selepas Ustaz Fadzil Noor mengambil alih jawatan Presiden (ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat) daripada Almarhum Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1989, kepimpinan dan ahli PAS yang menjalani tarbiyah serta pemulihan (di zaman Ustaz Yusof 1983-1989), semakin diperkukuhkan.

Untuk rekod Ustaz Yusof meninggal dunia pada 28 April 2000 setelah uzur selama beberapa tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Gelugor, Pulau Pinang, pada kira-kira pukul 7.00 pagi, pada usia 78 tahun.

Ketika itu Almarhum Ustaz Yusof dilantik menjadi Mursyidul 'Am, Ustaz Fadzil selaku Yang Dipertua, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Dato' Seri) menjadi Timbalan Yang Dipertua, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Dato') sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Akibat keuzuran sekian lama Ustaz Yusof melepaskan jawatan Mursyidul Am dan Ustaz Nik Aziz dilantik mengisi kekosongan tersebut.

Gandingan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz menerajui PAS. Lebih satu dekad mereka bertiga menjadi pemimpin utama PAS. Wibawa mereka, kehebatan mereka bertiga diakui dan diiktiraf oleh kawan dan lawan.

Ketokohan ketiga-tiga Tuan Guru ini dalam PAS begitu terserlah sehingga karisme dan bakat kepimpinan yang mereka warisi, dilihat jauh meninggalkan pemimpin-pemimpin bawahan.

Dalam PAS ketika itu masih ramai pemimpin-pemimpin yang hebat serta berpengalaman, namun ketokohan mereka tidak mampu menyamai Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz.

Jurang kepimpinan

Tanpa disedari, tanpa PAS kehendaki dan harus diakui wujud jurang yang lebar antara ketiga-tiga pemimpin ini dengan pemimpin bawahan.

Bukannya PAS tidak mempunyai pemimpin pelapis, tetapi masih belum kelihatan pemimpin yang dapat mewarisi bakal kepimpinan ketiga-tiga mereka.

Maka selepas pemergian Ustaz Fadzil, PAS berada dalam keadaan yang tersentak seketika. Ustaz Fadzil adalah pemimpin agung yang kehilangannya sukar untuk digalang-ganti. Secara jujurnya diakui ketika itu (2002), PAS tidak sanggup kehilangan Ustaz Fadzil. Namun kehendak Allah Yang Maha Kuasa mengatasi segala kehendak hamba-hamba-Nya.

Maka selepas Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi menerajui PAS. Ustaz Nik Aziz sebagai Mursyidul Am.

Akibat daripada kelompongan yang besar ini wujud satu jurang yang sehingga kini masih gagal diisi oleh pemimpin yang lain.

Jurang ini sebenarnya bukan persepsi. Jurang ini juga bukan menafikan ketokohan pemimpin PAS yang lain. Tetapi ianya adalah pengiktirafan ahli, penyokong dan rakyat terhadap status seseorang pemimpin.

Sehingga hari ini dalam PAS pun diperakui, masih belum lagi dilihat ketokohan pemimpin yang boleh menyamai gandingan Ustaz Fadzil-Ustaz Hadi-Ustaz Nik Aziz.

Oleh sebab itu selepas Ustaz Hadi menjadi Presiden PAS. Jawatan Timbalan Presiden sudah diisi dua orang, iaitu Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden yang ketiga di bawah Ustaz Hadi.

Soal mengapa jawatan Timbalan Presiden bertukar tangan, berlaku pertandingan dalam setiap kali muktamar sejak tahun 2005, 2007, 2009 dan 2011, ianya adalah terletak kepada kebijaksanaan perwakilan PAS.

Namun, harus diingat, untuk rekod, sepanjang lebih satu dekat semasa Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi menjadi Presiden dan Timbalan Presiden, kedua-dua jawatan ini dimenangi tanpa bertanding.

Dalam ertikata yang lain, tiada sesiapa pun yang mahu mencabar mereka berdua. Ketokohan mereka berdua, sama dengan ustaz Nik Aziz, sehingga kini tiada yang mampu menyamainya, masih belum ada pemimpin PAS yang lain memperolehi pengiktirafan sebegini rupa.

Inilah sebenarnya cabaran bagi PAS. Iaitu PAS mahu melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa, berkarisme dan hebat seperti ketiga-tiga mereka.

Cabaran buat kepimpinan

Pasca Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu lepas, PAS memasuki fasa baru. Iaitu pewakilan Muktamar buat pertama kali selepas 28 tahun, menobatkan seorang pemimpin yang bukan ulama menjadi Timbalan Presiden.

Dalam penulisan ini, saya tidak berminat untuk terjebak kepada persoalan ulama atau non-ulama. Soal kumpulan pro-ulama atau pro-Erdogan seperti yang dilabel media talibarut Umno-BN, semuanya sudah ditolak oleh perwakilan.

Presiden PAS dalam ucapan penggulungannya menegaskan tiada kumpulan profesional atau ulama, tiada kumpulan yang dilabel Erdogan. Yang wujud katanya adalah kumpulan Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Sama ada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa mahupun Dato' Mahfuz Omar, kesemua mereka adalah kumpulan Nik Aziz-Abdul Hadi.

Cabaran besar yang dihadapi oleh kumpulan ini adalah bukan sekadar memenangi pemilihan dalam Muktamar PAS. Tetapi, cabaran yang besar adalah, bagaimana mereka ini mengisi kemenangan.

Bagaimana kumpulan ini mampu merapatkan jurang persepsi serta pengiktifaran besar ahli dan rakyat kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz.

Oleh kerana kumpulan yang menang ini juga dianggap kebanyakan rakyat sebagai kumpulan reformis, maka umum hendak melihat sejauhmana perubahan berlaku dalam PAS, bagi memungkinkan ia menerajui Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun untuk adil kepada yang menang, kita harus memberi ruang yang secukupnya kepada mereka untuk membuat perubahan. Perubahan memang memerlukan masa, namun jangan sampai kedudukan yang tinggi ini menjadikan mereka alpa.

Harus juga diingatkan kepada mereka yang menang bahawa, expectation atau pengharapan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi.

Oleh kerana empat tokoh yang menang dalam jawatan tertinggi ini, bukan bertitle ulama, maka tempoh dua tahun ke hadapan ini amat mencabar bagi mereka.

Jika mereka perform, mereka akan dipilih pada muktamar yang akan datang. Jika mereka tidak perform, perwakilan yang akan mengundurkan mereka.

Selamat bertugas kumpulan Nik Aziz-Abdul Hadi!

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mohd-rashidi-hasana/3736-cabaran-getir-menanti-pasukan-nik-aziz-abdul-hadi

Wednesday, May 5, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 24

Kaitan diantara The Rosicrucian – The Freemason – The Illuminati

Sebelum kita pergi lebih jauh untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, adalah lebih baik untuk kita teliti terlebih dahulu sebuah lagi pertubuhan yang turut bergerak secara rahsia iaitu The Rosicrucian. Rosicrucian ini sebenarnya bukanlah satu pertubuhan Freemason walaupun ia juga bergerak secara rahsia sepertimana Freemason. Bagaimanapun pada masa-masa mendatang ia akan terlibat dan mempunyai pertalian dengan pertubuhan tersebut.

Seperti Rosicrucian, Illuminati juga bukan berasal daripada pertubuhan Freemason. Tetapi pada kemudian hari ia akan turut terlibat dengan Freemason, hinggakan apabila orang bercakap tentang Freemasonry, orang akan juga menyentuh tentang Illuminati dan begitu juga sebaliknya apabila orang berbicara tentang Illuminati maka nama Freemason akan turut dikaitkan. (Sila rujuk Bhg – 22 siri ini).

Pada tahun 1378 lahir seorang bayi di Jerman yang pada kemudian hari dikenali sebagai Christian Rosenkreutz. Di dalam bahasa Jerman ia membawa maksud Christian of the Pink Cross (Secara literalnya ialah ‘Kristian Salib Merah’). Semasa umurnya masih muda, ia berkelana ke Tanah Suci Jerusalem bersama seorang teman. Bagaimanapun beliau berpisah dengan rakan tersebut di Cyprus lalu meneruskan perjalanannya secara berseorangan ke Jerusalem yang di dalamnya terletak Baitul Maqdis, tempat suci kita yang di saat ini di bawah kekuasaan regim haram Israel.

Di sana dia tinggal di sebuah biara untuk suatu jangkamasa yang agak lama. Menurut Petrus Christus (penulis biografi Christian Rosenkreutz yang juga seorang Rosicrusian), ketika menetap di tempat tersebut Christian Rosenkreutz mendengar suara ajaran para Nabi terdahulu termasuklah ajaran Jesus (Nabi Isa).

Penulis tersebut juga menyatakan bahawa Christian Rosenkreutz kemudiannya menganggotai satu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Damkar (Blood of the Lamb) yang beroperasi di suatu biara berhampiran Kota Jerusalem. Dari sini beliau mengambil nama ‘Christian Rosenkreutz’.

Dikatakan bahawa selepas menetap di Jerusalem, beliau berkelana ke Mesir dan berbagai tempat lagi di kawasan Mediterranean. Beliau juga turut mengembara dan menetap buat seketika ke daerah Fez di Maghribi. Di kota Fez ini beliau menuntut ilmu Kabbalah, satu jenis ilmu mistik yang merupakan satu dari cabang ajaran agama Yahudi. Di sana juga Christian Rosenkreutz menyebarkan ajaran mistik beliau.
(Tuan-tuan, saya amat berharap agar sesuatu akan menerpa fikiran anda apabila diunjurkan dengan pernyataan bahawa Christian Rosenkreutz, sipengasas Order Rosicrucian ini menuntut ilmu Kabbalah, begitu juga apabila saya sebutkan bahawa beliau turut tinggal di Mesir dalam petualangannya yang panjang itu…)

Selepas itu beliau meneruskan kelana ke Sepanyol dan di Semenanjung Iberia inilah beliau mengasaskan satu ‘Order’/Tatacara Hidup yang dikenali sebagai ‘Brothers of the Rosicruz’. Para penganut fahaman ini dikenali sebagai Rozenkreuzer atau di dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Rosicrucian.

Para pengikut Order Brothers of the Rosicruz ini pada tahun-tahun kemudiannya turut bertebaran di seluruh Amerika terutamanya di awal penubuhan negara baru tersebut. Di sini mereka giat menyebarkan ajaran Rosicrucian disamping mula berhubungan dengan para pengikut Freemason dan kemungkinan juga dengan para pengikut Illuminati.

Usaha keras mereka berhasil apabila tokoh-tokoh Freemason seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson turut menganggotai Order Rosicrucian ini.

Tuesday, May 4, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : 23

Rukun Iman Freemason.

Rene Chandelle di dalam bukunya Beyond Angels and Demons pada muka surat 41 menyenaraikan 8 perkara asas yang menjadi ‘rukun iman’ kepada para penganut freemason iaitu:-

1.
Belief in God, the Great Architect of the Universe.

2.
To take an oath on the Volume of the Sacred Law.

3.
Work in the presence of the Three Great Lights i.e. the Volume of the Sacred Law, the Carpenter’s Square and the Compass.

4.
Prohibition in discussing politics or religion.

5. Masculinity.

6. Sovereignty.

7. Tradisionalism.

8. Pure origin.

Saya tidak berhasrat untuk mengulas kesemua rukun tersebut melainkan beberapa hal yang penting dan menarik untuk diperhatikan.


‘Belief in God, the Great Architect of the Universe’ atau Keimanan kepada Tuhan, Arkitek Agung Alam Semesta.
Tuan-tuan, berdasarkan rukun iman mereka yang pertama ini, kelihatannya ahli-ahli freemason adalah orang-orang yang beragama, yang percaya kepada kewujudan Tuhan yang menciptakan alam semesta, namun persoalannya, apakah benar demikian?


‘To take an oath on the Volume of the Sacred Law’ atau secara terjemahan bebasnya bermaksud Bersyahadah/Mengaku-janji dengan Kitab Suci/Undang-undang Suci.
Apakah kitab suci mereka?


‘Work in the presence of the Three Great Lights i.e. the Volume of the Sacred Law, the Carpenter’s Square and the Compass’ atau ‘Bekerja’ di dalam kehadiran Tiga Cahaya Agung.
Apakah itu the Carpenter’s Square dan apa pula yang dikatakan sebagai the Compass itu? Seperti juga persoalan di atas, apakah The Sacred Law atau Kitab/Undang-undang Suci mereka? Apakah pula signifikan ketiga perkara yang dikatakan sebagai Tiga Cahaya Agung tersebut?


Prohibition in discussing politics or religion.
Benarkah demikian? Apakah mereka tidak terlibat lansung dalam persoalan agama dan politik?


Rujukan:
Beyond Angels and Demons; Rene Chandelle.

Thursday, April 29, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 22

Ramai yang tidak menyangsikan bahawa pertubuhan freemason/Illuminati adalah dalang disebalik kerja-kerja Hollywood ini. Siapa mereka? Saya harap sedikit latar-belakang mereka dapat membantu.

Pengenalan
Freemason adalah istilah umum (an ‘umbrella’ term) yang digunakan bagi merujuk satu-satu kumpulan atau organisasi yang menjalankan kerja-kerja mereka secara rahsia. The United Grand Lodge of England dan pesaingnya The Grand Orient de France merupakan dua pertubuhan rahsia/secret society yang tersusun dan awal di dunia dan dari kedua-dua pertubuhan asas ini gerakan freemason tersebar ke seluruh dunia lalu mewujudkan pelbagai grand lodges.

Secara zahirnya, kelihatan bahawa setiap grand lodge adalah bebas dan berdiri sendiri dan tidak terikat dengan grand lodge – grand lodge yang lain namun tetap mempunyai hubungan diantara satu sama lain.

Matlamat bagi setiap organisasi freemason adalah berbeza. Namun adalah biasa bagi seseorang ahli/member bagi suatu pertubuhan freemason menganggotai pertubuhan freemason yang lain. Oleh yang demikian, adalah tidak mustahil matlamat akhir/utama bagi setiap kumpulan freemason ini adalah sama walaupun secara lahiriahnya dikatakan bahawa matlamat mereka adalah berbeza diantara satu sama lain. Ini adalah kerana orang yang merancang gerak-kerja dan dasar bagi setiap grand lodge itu juga adalah orang yang sama yang merancang gerak-kerja dan dasar bagi organisasi yang lain pula.

Oleh itu, disebalik apa yang dizahirkan, saya berasakan bahawa kesemua kumpulan freemason ini hakikatnya adalah ‘one and the same’ cuma nama sahaja yang berbeza.

Diantara pertubuhan freemason yang terkenal adalah pertubuhan rahsia/secret society ‘The Illuminati’ yang menjadi titik fokus kita di dalam siri ini.
(Ralat: Perenggan yang mengatakan Illuminati adalah salah satu kumpulan Freemason seperti di atas adalah kurang tepat. Sila rujuk Bahagian 24 Siri ini untuk penjelasan lebih terperinci. Maaf jika berlaku sebarang kekeliruan).

Perlu juga untuk saya jelaskan di sini, walaupun kerja-kerja yang mereka jalankan adalah rahsia, namun kewujudan pertubuhan-pertubuhan tersebut adalah tidak dirahsiakan daripada pandangan umum. Sebab itu di sesetengah tempat, papantanda/signboard bangunan atau hartanah kumpulan-kumpulan ini dapat dilihat oleh umum seperti bangunan ini:-


Freemasons Hall, London, milik The United Grand Lodge of England.

Sumber kajian dan rujukan:

1. Beyond Angels and Demons; Rene Chandelle.
2. Wikipedia.

Monday, April 26, 2010

Dajjal - Illuminati - Freemason : Bhg 21

Masih lagi tentang Hollywood.

Apa itu 'Hollywood' dan peranannya sebagai sebuah mesin mencipta khayalan (the dream machine), sebuah alat untuk memasukkan manusia termasuklah kanak-kanak ke dalam dunia fantasi disamping mengindoktrinasi manusia tentang tuhan mereka si mata satu, Dajjal Laknatullah digarap dengan baik sekali di dalam bahagian ke-14 siri The Arrival.

Saksikan:-

Friday, March 26, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (III)

Berikut posting rakan saya Faisal Yusuf di dalam blog beliau 'Buletin Prihatin'di http://bprihatin.blogspot.com/.

DAP, kami bela Islam sedia ketepikan politik!

KES perebutan hak jagaan anak antara mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya Indira Gandi terus mendapat perhatian oleh para media. Mereka yang berkepentingan terus mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan puak tanpa memikirkan kepentingan umum yang lebih utama. Saya menulis dalam posting ini sebagai mengimbangi apa yang tersirar di media-media massa agar dapat dinilai oleh para pembaca dan rakyat Malaysia seluruhnya.


Para pemimpin DAP nampaknya terus menangguk di air keruh dalam isu yang terus dihangatkan ini. Saya mengatakan sedemikian disebabkan peluang yang ada telah dimanipulasi bagi menzahirkan betapa Dap tidak mudah menerima pentadbiran Islam dalam Negara ini.


Benarlah Indira Gandi telah memperolehi hak jagaan menerusi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac 2010 yang lalu. Namun demikian, tidakkah boleh para piminan DAP menghormati kepada pihak Mohd Riduan Abdullah yang juga telah memperolehi perintah jagaan lebih awal dari Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada September 2009 yang lalu?


Meskipun DAP yang bersuara bagi pihak Indira Gandi bersemangat mengatakan Indira Gandi mempunyai hak di sisi Mahkamah Sivil, kami juga berhak menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah sahajalah yang berhak untuk memutuskan isu yang dihadapi oleh mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya.


Satu hal yang perlu diingat bahawa Mohd Riduan Abdullah telah hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menjawab tuntutan isterinya sedangkan pihak DAP yang membantu Indira Gandi tidak sekali-kali Berjaya atau berusaha untuk membantu Indira Gandi ke Mahkamah Tinggi Syariah hingga keputusan penjagaan dikeluarkan.


Saya selaku individu yang terlibat membantu Mohd Riduan Abdullah menegaskan bahawa kami akan menggunakan setiap saluran yang ada demi mempertahankan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Tinggi Syariah Ipoh yang lalu. Harus diingat, cita-cita kami selaku individu Islam bukan sekadar di dunia semata-mata. – 5 Rabiul Ahir 1431H.

Tuesday, March 16, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (II)

Hari ini pasukan kami bertemu dengan J/kuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia, DP Pas Kelantan [JUHAM]- yg mana saya dan Shaharuddin juga salah seorang anggotanya - berbincang tentang kes tersebut.

Pihak kami mendapat sokongan tambahan daripada JUHAM yang mengikuti dari awal perkembangan kes. Alhamdulillah, man power telah bertambah.

Buat masa ini tumpuan saya adalah terhadap kes ini. Doakan agar aqidah anak Encik Riduan terselamat. Mohon juga sokongan moral dari tuan-tuan. Salam dan terima kasih.

Saturday, March 13, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah

Saya telah lama tidak meng-update blog ini. Masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Saya baru sahaja pulang dari Ipoh selepas menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Ipoh dua hari lepas (Khamis 11 Mac 2010).

Kes ini melibatkan perebutan hak penjagaan anak-anak diantara seorang saudara baru, Riduan Bin Abdullah, anak guam kami, dengan isterinya yang beragama Hindu. Kes ini pernah mendapat liputan meluas media dan juga ketetapan kabinet beberapa ketika dahulu.

Mahkamah Tinggi Ipoh setelah menimbangkan hujahan kedua belah pihak telah memberi keputusan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa dalam persoalan hak penjagaan anak dalam mana-mana kes yang melibatkan perebutan diantara seorang Muslim dan bukan Muslim. Mahkamah di dalam kes tersebut turut memberikan siibu hak penjagaan ke atas anak mereka.

Ini merupakan satu keputusan yang amat menyedihkan kami yang berhujah bahawa hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kes seumpama ini dan hak penjagaan sebenarnya adalah ke atas bapa mereka yang telah memeluk Islam.

Kami akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk menimbang semula keputusan tersebut. Doakan kami, untuk menyelamatkan aqidah anak-anak kepada saudara baru kita ini.

Pihak Riduan (Defendan) diwakili saya sendiri, Marwalis, Shaharuddin dan Faisal Yusuf sebagai leading counsel.

Wassalam.

Saturday, February 20, 2010

Kelahiran Nabi SAAW

Hari ini, kira-kira 1400 tahun dahulu, kelahiran dan kedatanganmu dinanti dunia ...

Sama seperti dunia hari ini menanti kedatangan cucunda mu ...

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Rasulullah - oleh Hijaz

Monday, February 15, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 20



Ini adalah scene di dalam cerita The Little Mermaid sewaktu Eric dan Ursula mengadap paderi untuk dinikahkan. Di awal scene tersebut tidak ada apa-apa yang aneh ditunjukkan, namun apabila kedua pasangan ini menghampiri paderi tersebut, jika diperhatikan secara cermat, kita akan dapati paderi tersebut berada di dalam keadaan ghairah - seperti yang dipaparkan pada gambar di atas. Tuan-tuan boleh lihat sendiri adegan tersebut jika memiliki CD atau video tape animasi The Little Mermaid. Namun kita difahamkan bahawa setelah tersebar luas dakwaan bahawa pihak Disney memasukkan mesej-mesej halus atau tersembunyi(subliminal message)berunsur seks ke dalam produksi mereka, CD-CD terbaru The Little Mermaid tidak lagi memaparkan adegan ini.








Kita juga difahamkan bahawa artis yang mereka illustrasi untuk cover/poster cerita The Little Mermaid sememangnya berniat untuk membuat menara di latar belakang cover tersebut kelihatan seperti alat sulit lelaki. Setelah siap ia menyedari ilustrasi tersebut kelihatan jelas menunjukkan alat sulit lelaki, tetapi lakaran tersebut dihantar juga ke bahagian berkaitan untuk kelulusan. Namun, pihak berkaitan di Disney tetap meluluskan lakaran tersebut dan ia digunakan sebagai cover/poster animasi The Little Mermaid. Benar atau tidak dakwaan ini tidaklah dapat dipastikan, tetapi saudara-saudari lihatlah sendiri dan buatlah penilaian ke atasnya.






Scene di atas diambil dari cerita The Rescuers oleh Disney. Perhatikan betul-betul pada tingkap yang terbuka tersebut. Ia menunjukkan gambar seorang wanita yang berbogel dengan kedua buah dadanya jelas kelihatan. Tahukah anda tahun berapakah animasi ini dikeluarkan? Ia dikeluarkan pada tahun 1977. Maknanya ia sudah lama beredar dan memasuki subconscious mind kanak-kanak, generasi demi generasi.






Ini adalah adegan dari animasi Who Framed Rogger Rabbit juga oleh Disney, yang menunjukkan karektor bernama Jessica Rabbit melompat keluar dari sebuah teksi dan menampakkan bahagian dalam pehanya.



Sebenarnya banyak lagi mesej halus yang dimasukkan ke dalam berbagai-bagai animasi untuk kanak-kanak. Tuan-tuan boleh layari website ini - The Official Subliminal Messaging Blog di alamat http://www.subliminal-messaging.com/disney-subliminal-messages/ untuk maklumat lanjut.

Carian di internet dan Youtube untuk Disney Subliminal Message juga dapat membantu.

Jadi bolehkah kita masih beranggapan kartun adalah semata-mata kartun?

Sunday, February 14, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 19

Dalam beberapa posting yang lepas terutamanya melalui siri The Arrivals pt 11, 12 dan 13 yang disiarkan, kita dengan jelas dapat melihat bagaimana media hiburan digunakan sebagai alat/tool untuk mereka melalaikan umat manusia. Media hiburan juga digunakan sebagai alat untuk mereka menyebarkan propaganda Dajjal dan secara halus pemujaan ke atas Dajjal turut diselitkan.

Mesin-mesin pemujaan, propaganda dan candu yang melalaikan ini disuap kepada kita saban hari dan saban waktu agar ia betul-betul menyerap masuk ke dalam pemikiran manusia. Ketika bangun dari tidur - muzik yang menjadi peneman agar kononnya untuk memberi semangat untuk pergi belajar atau bekerja. Ketika memandu atau menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, muzik juga yang menjadi halwa telinga. Sewaktu menghadap komputer, lagu-lagu hiburan yang dipasang, kononnya untuk menghilangkan boring sewaktu bekerja. Ketika pulang dari kerja... sewaktu makan di hadapan televisyen... sewaktu mandi... sebelum tidur... semuanya muzik dan rutin ni berlaku hari demi hari, tahun demi tahun. Semuanya dirancang dan diatur oleh mereka dan tanpa kita sedari kita sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap mereka.

Jika semua ini boleh ditujukan kepada kita, apakah kita fikir mereka tidak akan melakukannya kepada kanak-kanak? Sedangkan pemikiran orang dewasa pun boleh diracuni, apakah kita fikir fikiran kanak-kanak yang Nabi sabda umpama kain putih yang boleh dicorakkan itu tidak mereka jadikan sasaran? Apakah kita juga boleh beranggapan bahawa berbagai-bagai kartun yang dihidangkan kepada kanak-kanak itu adalah secara literalnya, kartun semata-mata?

Lihat gambar-gambar di bawah:-


















Wednesday, February 10, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 18

Masih mengenai media sebagai alat Dajjal untuk menguasai dunia. Berikut adalah part 13 siri The Arrivals oleh Noreagaaa & Achernahr yang mengutipnya dari Hashemsfilms.

Sebelum itu, ingat dahulu simbol ini dan 13 anak tangganya:-




Part 13 siri The Arrivals, sambungan daripada part 11 & 12 yang dimuatkan sebelum ini.

Thursday, February 4, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 17

Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Allah juga membekalkan manusia dengan akal. Akal merupakan satu alat/kelengkapan/tool yang dibekalkan kepada manusia untuk mentadbir alam ini.

Disamping itu, manusia turut diberikan nafsu. Jika diuruskan dengan baik, kehidupan manusia akan berjalan menurut fitrah semulajadi kejadiannya. Kehidupan yang menurut fitrah merupakan kehidupan yang menenangkan. Fitrah kejadian biologi manusia memerlukan kepada makanan - sebagai contoh. Nafsulah yang menjadi pencetus kepada keinginan untuk makan. Tanpa nafsu, manusia tidak akan berasa perlu kepada makanan. Mereka tidak akan punyai keinginan untuk makan sedangkan kejadian biologi manusia yang Allah ciptakan memerlukan kepada makanan. Tanpa makanan, tubuh fizikal manusia akan mengalami kemerosotan di dalam keupayaannya. Ia akan menjadi lemah dan semakin lemah. Apabila ini berlaku, manusia tidak akan mencapai fungsinya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tetapi nafsu perlu dikawal. Nafsu yang tidak dikawal akan memudaratkan manusia itu sendiri. Ia akan membuatkan manusia menjadi 'beraja di hati, bersultan di mata'. Sifat nafsu itu liar. Ia bersifat mahukan semua benda. Ia bersifat mahu menguasai semua perkara. Ia bersifat melampau. Ia tidak mengenal batas. Apabila tidak mengenal batas, bagaimana ia mahu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini?

Kerana itu Allah membekalkan manusia dengan akal. Akal bersifat menimbang. Ia menimbang mana yang baik, mana yang buruk. Semua manusia, tidak kira Islam atau bukan mempunyai keupayaan ini kerana Allah berikan aset 'akal' ini kepada semua. Akal dapat mengekang nafsu. Akal merupakan lawan kepada nafsu. Ini fitrah akal. Kedua-dua nafsu dan akal ini Allah bekalkan ke dalam diri manusia. Ia wujud di dalam diri. Tetapi cabaran di luar diri manusia cukup kuat. Temptation dunia sangat hebat. Jika nafsu dan cabaran/godaan ini bergabung, peluang akal untuk bertarung semakin berkurang.

Jadi apa yang perlu manusia buat? Jika godaan dunia ini bersifat luaran, maka akal harus mencari rakan seperjuangan - yang juga bersifat di luar tubuh manusia. Apakah ia? Ia tidak lain dan tidak bukan iaitu ILMU. Masalahnya pula, ilmu itu terlampau banyak. Bagaimana harus manusia pilih ilmu mana yang dapat menjadi rakan seperjuangannya dalam mengharungi dunia ini. Akal kita punyai had kemampuan. Jadi bagaimana?

Di sinilah datangnya Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam salah satu kuliahnya mengatakan Islam itu sebagai penunjuk jalan. Islam tunjukkan kepada kita apa yang perlu diikut dan apa yang wajib ditinggalkan. Ia penyuluh kepada mana yang baik dan mana yang buruk. Ia men 'confirm' kan fitrah hati manusia tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Ia datang dari Allah - yang menciptakan manusia. Sudah tentu agama yang diturunkannya amat sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sebagai penyuluh, ia tidak menyuluh apa yang di luar semata-mata. Ia turut menyuluh hati manusia. Ia juga menyuluh ruh manusia. Lalu akan jadilah manusia itu hamba Allah yang steady. Kemas di luar dan di dalam.

Iblis tahu hakikat ini. Dajjal juga tahu hakikat ini. Pengikut-pengikutnya (baca: Illuminati) tahu tentang hakikat ini. Dengan itu, hasrat mereka akan terbantut. Lalu bagaimana mereka mahu melawannya? Apakah caranya? Seperti yang saya sebutkan di atas, akal lawannya nafsu. Dengan akal, manusia akan menncari ilmu. Dengan ilmu yang bermanfaat, fitrah hati manusia akan mencari Islam. Dengan Islam - cita cita Iblis hancur, keinginan Dajjal dan pengikutnya terhalang. Jadi, asasnya ialah akal.

Maka apakah strategi mereka? Strategi mereka: AKAL PERLU DILEMAHKAN. Lemahkan akal. Berikan kepada mereka 'candu' yang dapat melemahkan akal. Biarkan mereka berkhayal, lalai, leka dan lari dari tujuan asal mereka diciptakan. Apa yang dapat melemahkan dan mengkhayalkan akal? Hiburan. Hiburan. Hiburan. Ia melemahkan akal dan menguatkan nafsu.

Sebenarnya HIBURAN ADALAH CANDU KEPADA MASYARAKAT. Tetapi mereka katakan kepada manusia - agama candu kepada masyarakat. Mereka membuat propaganda bahawa hiburan menyegarkan minda. Berapa ramai yang terperangkap?

Siri The Arrivals - part 12 oleh Noreaga & Achernahr.

Wednesday, February 3, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 16

Kita masih boleh bergurau-senda, bergelak ketawa dan bersuka-ria. Kita masih juga boleh dengan senang hatinya menonton ini




Sedangkan pada saat yang sama - secara hakikinya, kanak-kanak kecil ini masih gagah menghayun langkah




Walaupun semalamnya dia melihat dengan mata kepalanya kejadian ini menimpa adik-adiknya dan kelmarin ia berlaku ke atas saudara-saudaranya, tiga hari yang lalu ibunya menjadi mangsa, seminggu yang lalu kakaknya menerima nasib yang sama, dua minggu sebelumnya rakan-rakannya, sebelum sebulan yang lepas ...




Malunya kita kepada ANAK JANTAN ini ... sudah berhadapan dengan tentera zalim ini




Dan apa pula nasib kanak-kanak ini ... apa sudah jadi kepadanya pada saat ini? Sudah makankah dia? Semalam tidurnya di mana? Apakah di dalam pelukan ibunya, di atas tilam yang empuk sambil menonton movie terkini? Atau memeluk diri sendiri, memujuk hati yang rindukan pelukan ibunya, kasih sayang bapanya dan usikan abang-abangnya ...?




Lalu di mana kita..?

Tuesday, February 2, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 15

Sewaktu kita saksikan ini


Berlaku ini



Sewaktu kita menonton ini



Kanak-kanak ini merasakan ini



dan berlaku ini



Kerja siapakah ini? Di manakah perasaan kita? Bagaimana jika ia berlaku kepada kita?? Bagaimana jika ia berlaku kepada adik-adik kita? Atau kepada anak-anak kita? Ia masih berlaku dan sedang berlaku di saat ini. Apakah kita akan benarkan ia terus berlaku?

Saturday, January 30, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 14

Pada posting-posting awal siri ini kita dapati bahawa ciri-ciri yang ada pada Horus amat menepati ciri-ciri yang disebutkan berkaitan Dajjal yang akan muncul di akhir zaman nanti.

Mesej-mesej tersembunyi berkaitan kewujudan order baru dunia dan sebagainya yang terdapat pada wang kertas USD 1-00 seperti yang kita bincangkan pada posting-posting seterusnya turut menambahkan lagi keyakinan saya bahawa Horus ini sememangnya adalah Dajjal yang disebut-sebut akan datang pada akhir zaman yang berhasrat untuk merajai dunia dan membawa bersama-samanya satu sistem tersendiri yang bertentangan dengan fitrah kejadian manusia dan Islam.

Untuk mencapai hasrat tersebut, agenda-agenda Dajjal dimasukkan secara halus dan perlahan-lahan ke dalam minda dan kehidupan manusia melalui pelbagai cara dan kaedah. Salah-satu daripadanya adalah melalui penguasaan ke atas media. Sebahagian kecil daripadanya telah ditunjukkan pada bahagian ke-13 yang lepas. Sudah tentu ada pihak yang menjalankan segala usaha di sebalik tabir ini. Saya percaya ramai yang tahu bahawa pihak yang dimaksudkan tersebut adalah gerakan bawah tanah Illuminati/Freemason dan Zionist.

Bagaimanapun kita tidak pasti samada gerakan secret society ini ditadbir sesama ahlinya sahaja dengan diketuai oleh seorang mastermind dan menunggu-nunggu kemunculan Dajjal pada akhir zaman nanti ATAUKAH Dajjal sudah ada pada masa ini dan memimpin di sebalik tabir pertubuhan ini dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk muncul. Pengetahuan yang mutlak tentangnya hanya milik Allah semata-mata.

Perlu juga saya sebutkan bahawa tujuan utama siri ini ditulis bukanlah untuk mengkaji siapa Dajjal yang sebenarnya kerana apabila tiba masanya nanti ia akan keluar juga regardless of who he is. Tujuan siri ini dikeluarkan adalah untuk mengajak diri saya dan saudara-saudari sekalian menentang musuh Allah yang dilaknat ini dan penentangan ini tidak semestinya kita lakukan pada saat kemunculannya sahaja.

Dan kita tidak akan mampu menentang musuh jika kita tidak mengenal siapa musuh kita, bagaimana ia bekerja dan sejauh manakah kemampuan musuh kita. Oleh itu untuk menentang Dajjal, kita perlulah mengetahui latar belakang dirinya, bagaimana ia atau kumpulannya bekerja dan sejauhmana mereka telah melangkah. Pengetahuan tentang hal ini dapat menjadi senjata ampuh untuk menentang Dajjal dan pemujanya. Tanpa pengetahuan tentang musuh kita, tidak mustahil kita telah terjebak ke dalam perangkapnya tanpa kita sedari. Maka pengetahuan adalah penting.

Oleh kerana pada bahagian ke-13 yang lepas saya membawa bukti-bukti berkaitan media, maka eloklah kiranya saya mulakan peringkat kedua (peringkat pertama adalah mengenal siapa Horus/Dajjal) ini dengan topik berkaitan media juga. Saya kira pemerhatian secara visual adalah lebih berkesan untuk melihat bagaimana gerakan Illuminati/Freemason/Zionist bekerja di dalam bidang media dan apa yang menjadi sasaran mereka disebalik tabir media.

Siri 'The Arrivals' yang diusahakan beberapa anak muda Muslim yang menyambung usaha Abdullah Hashem/Hashemsfilms pada part 11 hingga 14 ada menyentuh tentang penguasaan media oleh kumpulan ini. Saya pohon maaf jika apa yang disajikan itu terdapat adegan yang tidak sesuai untuk tatapan, namum ia adalah semata-mata untuk menunjuk bagaimana mereka bekerja untuk meracuni pemikiran manusia dan mencapai hasrat mereka. Pohon perlindungan Allah jua dari gangguan-gangguan dan fitnah mereka.

Saksikan dahulu part 11 siri tersebut:

Saturday, January 23, 2010

Dajjal-Freemason-Illuminati: Bhg 13

Atas dasar itulah maka Dajjal membuat manusia secara perlahan-lahan mengenali dirinya. Peribadinya, wataknya, karektornya dan malah struktur fizikalnya turut ‘ditunjukkan’, ‘diceritakan’ dan ‘disebarkan’ kepada umat manusia secara perlahan-lahan dan halus agar apabila saat kemunculannya nanti manusia akan dapat menerimanya.

Mulai hari ini, berhati-hatilah dengan segala apa yang anda lihat, tonton, baca dan sebagainya kerana di dalamnya terdapat agenda Dajjal yang menyusup masuk yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah seperti yang saya katakan di atas – agar manusia tidak terkejut dengan kehadirannya, sudah biasa dan lali dengannya lalu mudah untuknya mencapai hasratnya.

- petikan dari Bahagian 4.


Ini logo Columbia Broadcasting System. Media ini turut dikenali sebagai The Eye Network atau The Eye.



Ini pula logo Oberon Media (online games).



Si mata satu.



Aj-Jassasah? Si bulu tebal hingga tidak dapat dipastikan di mana bahagian depan dan di mana bahagian belakang tubuhnya. Kawan baik Simata Satu di dalam animasi tersebut. Petikan dari hadist tentang Tamim Ad-Dari - bahagian satu: There was a beast with long thick hair (and because of these) they could not distinguish his face from his back. They said: Woe to you, who can you be? Thereupon it said: I am al-Jassasa.



Logo di dalam cerita Monster Inc.


Adakah ini satu co-incidence juga? Wallahua'lam ...