Sunday, February 15, 2009

Menjadi Peguam

Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, sampaikanlah selawat dan salam ke atas Baginda SAAW, keluarganya & sahabatnya sekalian.

Sebenarnya bukanlah cita-cita pertama saya untuk menjadi peguam apabila dewasa nanti. Cita-cita untuk menjadi peguam hanya berada dalam senarai ketiga 'ranking' saya selepas juruterbang dan doktor. Peluang untuk menjadi 'pilot' tiba pada suatu hari apabila saya dipanggil untuk temuduga oleh MAS. Namun saya terpaksa menolaknya kerana bertembung dengan tarikh ujian 'carry mark test I' dalam semester pertama tahun pertama pengajian Matrikulasi Sains I USM. Saya tidaklah menolak dalam ertikata sesungguhnya, cuma saya memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan menghadapi ujian di Matrix I pada tarikh tersebut dan memohon supaya jika ada tarikh lain untuk ditemuduga agar saya dipanggil semula. Dan memang permintaan penangguhan saya dipenuhi mereka. Ditangguh sehingga ke hari ini. Tak dipanggil-panggil hinggalah ke sekarang....

Saya terus memburu cita-cita untuk menjadi seorang doktor pula. Nak jadi pakar jantunglah konon-kononnya. Pada hujung semester dua, tahun kedua matriks di USM satu temuduga dijalankan bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan samada di USM Kubang Kerian atau luar negara. Saya turut dipanggil temuduga. Saya tak pasti tetapi rakan mengatakan nama saya di senarai pendek untuk meneruskan pengajian di USM Kubang Kerian & hanya menunggu keputusan peperiksaan akhir.

Namun Allah merancang sesuatu yang lain untuk saya. Saya gagal dengan cemerlang dalam peperiksaan di USM. Pilot ke mana, doktor perubatan pun entah ke mana. Saya menerimanya dengan tenang walau hati di dalam hanya Allah yang tahu. Saya tidak pernah gagal sebelum ini. Keputusan akademik saya sentiasa baik semenjak dari sekolah rendah lagi. Gagal tidak pernah ada dalam diary saya sebelum ini. Apa yang kita sangka baik itu sebenarnya mungkin buruk bagi kita dan apa yang kita sangka buruk itu mungkin sebenarnya baik bagi kita. Allah lebih mengetahuinya.

Dan saya berhijrah dari pusat menuntut ilmu yang rasmi ke pusat tarbiyyah dari Allah. Kegagalan itu satu tamparan hebat untuk saya. Apatah lagi bila mendapat tahu tentang rakan-rakan rapat saya yang berjaya manyambung pengajian dalam ijazah perubatan di luar negara. Sahabat saya, Abdullah Zaidi mendapat tawaran ke Royal College of Surgeons di Dublin. Dah jadi doktor dah pun sekarang ni, menetap di sana. Tuan Hairul (rakan rapat, juga satu team debat di USM dengan saya) dapat tawaran bidang perubatan di UK dan Emirizal pula ke Australia. Masing-masing dah jadi doktor.

bersambung...

1 comment:

  1. Insya Allah,kita akan terus menyokong dan mendokong perjuangan,walau dimana kita berada.Islam pasti tertegak suatu hari nanti.Insya Allah..

    ReplyDelete