Tuesday, December 15, 2009

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 3

Siapakah Horus?

Sejarah awal tentang Dajjal dapat dikesan semenjak zaman Mesir kuno lagi. Pada masa tersebut, masyarakat Mesir kuno menyembah suatu 'being' yang mereka anggap sebagai tuhan langit bagi mereka. Berbeza dengan 'tuhan-tuhan' lain, 'tuhan' yang mereka sembah ini merupakan tuhan pertama yang diterima oleh seluruh rakyat Mesir kuno. Dengan erti kata lain 'being' tersebut merupakan satu tuhan nasional bagi rakyat Mesir purba.

Di dalam tulisan hieroglif Mesir (sistem tulisan yang menggunakan perlambangan dan unsur alphabet) tuhan langit ini ditulis sebagai hr.W dan disebut sebagai Horu. Oleh kerana Horu atau Horus ini merupakan tuhan langit, maka ia seringkali dilambangkan sebagai seekor helang yang secara simboliknya adalah raja di langit. Maka Horus turut digambarkan sebagai suatu being yang mempunyai susuk manusia berkepalakan helang. Malah perkataan Horu itu sendiri turut membawa maksud ‘helang’. Di beberapa tempat, lukisan berbentuk helang digunakan untuk melambangkan Horus ini.

Selain daripada perlambangan dan penafsiran di atas, perkataan Horus juga bermaksud sebagai sesuatu yang amat tinggi, yang berada di kedudukan teratas ataupun yang melampaui segala sesuatu – lalu menerangkan mengapa Horus ini merupakan tuhan tertinggi bagi masyarakat Mesir lama.

Malah Horus juga turut dianggap sebagai langit itu sendiri. Dan sebagai langit, sudah tentu ia mengandungi matahari dan bulan. Dengan sebab itu matahari digambarkan sebagai mata kanan Horus manakala bulan pula adalah mata kirinya. Menurut metos purba Mesir, di dalam satu pertemburan diantara Horus dengan musuh tradisinya Set, walaupun Horus mencapai kemenangan namun mata kiri Horus telah tersembul keluar dan menjadi cacat akibat penangan Set. Maka dengan sebab itulah Horus hanya mempunyai satu mata yang sempurna sahaja.

Lantaran itu lambang lain yang sering digunakan oleh Horus yang boleh kita dapati pada tulisan-tulisan sejarah lama Mesir ialah lambang mata kanan atau the all seing eye yang mana akan saya ulas dikemudian hari, insya-Allah. Selain kenyataan di atas, Horus juga turut dianggap sebagai seorang juru-selamat atau saviour oleh masyarakat kuno Mesir.

Bersambung.

No comments:

Post a Comment