Friday, December 11, 2009

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 2

Rangkaian hadist yang saya kemukakan tersebut jelas menunjukkan bahawa Dajjal sudah sememangnya wujud di atas muka bumi ini dan hanya menunggu masa untuk melaksanakan peringkat akhir perancangannya untuk menguasai dunia. Apa yang jelas, pada zaman Rasulullah SAAW, Dajjal ini telah dikurung/dibelenggu seperti yang diceritakan di dalam Hadist Nabi oleh Tamim Ad-Dari tersebut.

Jika kita meneliti kisah-kisah sejarah, mitos-mitos purba dan dokumen-dokumen lampau maka akan kita temui bahawa Dajjal ini memang pernah berinteraksi, bersosial dan hidup di kalangan kita sejak zaman lampau lagi. Bukankah setiap Nabi memberi amaran tentang Dajjal kepada ummat mereka?

Jika kita rajin dan cermat meneliti kejadian-kejadian, peristiwa-peristiwa dan perjalanan dunia pada masa terakhir ini pula, akan dapat kita temui bukti-bukti yang menunjukkan Dajjal sudah pun memasuki fasa akhir PERANCANGANNYA yang disusunnya sejak sekian lama. Hanya saja kita tidak tahu bahawa samada (1) Dajjal sudah keluar
daripada belenggu yang diceritakan oleh Tamim Ad-Dari tersebut dan menjalankan arahan-arahan dari sebalik tabir; atau (2) Dia masih dibelenggu namun persiapan-persiapan akhir sedang diusahakan oleh satu pasukan yang bergerak secara 'sirr'/rahsia/underground/disebalik tabir untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Dalam saya menulis artikel ini, saya juga akan terus 'study' persoalan yang setiap Nabi mengingatkan ummat mereka tentangnya. Justeru saya juga amat mengharap agar sahabat-sahabat sekalian turut menyumbang buah fikiran, idea, bahan-bahan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dalam persoalan ini. Ini kerana ia bukannya perjuangan saya seorang atau sekumpulan orang malah ia adalah perjuangan kita semua. Sahabat, perkara ini bukanlah satu perkara yang kecil atau remeh-temeh sahaja. Cukuplah saya katakan bahawa semua Nabi memberi amaran kepada kita tentang Dajjal ini untuk menggambarkan betapa BESARNYA perkara ini. Malah, di dalam solat - saya ulangi - di dalam SOLAT yang merupakan PAKSI kepada Agama, kita dianjurkan untuk memohon perlindungan Allah daripada fitnah Dajjal ini. Wallahua'lam. Salam.
Bersambung...

No comments:

Post a Comment