Thursday, February 19, 2009

Menjadi Peguam III

Saya terpaksa memakai semula seragam putih dan hijau sekolah, masuk kelas pukul 8 pagi dan habis kelas pukul 1 tghari. Kalau dahulu saya kenal quantum leap, isotopes of carbon, mitocondria dsb, kini saya kenal Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Panji Semirang, Keluk Penawaran dan Permintaan dan puisi-puisi yang puitis yang melara-lara hingga ke bulan bintang. Memang amat kekok kerana sistem pembelajaran yang perlu saya aplikasi kini berada dalam dunia yang amat berbeza. Itu kekurangannya. Kelebihannya? Kedua-dua belah otak kiri dan kanan saya dapat merasakan sesuatu yang baru.

Banyak perkara baru yang saya pelajari dalam tempoh dua tahun berikutnya. Ada pengalaman terpaksa menumpang bangunan Puspanita di Jalan Muzium Hulu, Taiping kerana ada sedikit pergeseran diantara tuan punya sekolah swasta dengan tenaga pengajar. Untuk subjek sastera, Pengajian Am dan BM saya ke kelas Cikgu Shaari yang berpisah dengan sekolah swasta tersebut dan menumpang di bangunan Puspanita. Untuk subjek Sejarah dan Ekonomi saya mengikuti kelas di sekolah swasta tersebut, yang kini diubah ke waktu malam. Sudah jadi sedikit kelam-kabut.

Saya juga mula menyusun cita-cita baru. Cita-cita ketiga yang saya simpan selama ini ... untuk menjadi peguam. Allah lebih mengetahui akan kejadian setiap hambaNya. Dia Maha Mengetahui bahawa saya lebih sesuai untuk menjadi seorang peguam. Saya yang dahulunya hanya berminat & aktif menjadi pemidato dan pendebat di sekolah & USM tetapi tidak berapa minat menjadi peguam (hanya ke-3 dalam senarai cita-cita) akhirnya di buka jalan oleh Allah untuk menjadi peguam.

Selesai keputusan STPM, saya menyambung pengajian ijazah saya di UiTM dan selepas itu dengan 9 bulan chambering dan akhirnya di'daftarai'kan menjadi peguam .... Alhamdulillah.

Dan cita-cita saya tidak terhenti setakat itu. Masih ada dua lagi yang ingin saya capai. Buat masa ini saya cuba menyumbang anugerah yang Allah beri ini (ia bukan hak saya tetapi satu amanah dari Allah) kepada agama saya ... Islam.

2 comments:

  1. salam murtadza...aku selalu jenguk blog kau, sedih juga dan gembira bila kau dah capai cita2 mu sekarang....terimalah dgn redha...ada hikmahnya..aku dulu pernah terdengar pasal hang tapi tak dapat nak hubungi cuma ada alamat sahaja, pernah aku hantar kad raya pada hang rasa2 8 tahun lepas masa aku still mengaji kat sini cuma tak ada email address lepas tu terputus begitu sahaja, lepas tu aku try hantar lagi rasa2 2 tahun lepas tak de jawapan....sebenarnya aku rindu pada sahabat2 masa mengaji sama2 dulu, alhamdulillah lepas try banyak kali dalam fb search nama kau baru kau confirm sapa hang sebenarnya..terus terang aku katakan aku sungguh gembira dapat jumpa hang kat sini walaupun bukan secara lahiriah jasadnya, tapi tidak mengapa..insya allah kita jumpa kalau umur panjang, sebelum tu teruskan perjuangan!!!

    p/s: aku juga masih lagi tercari2 sahabat yang lain, dimanakah mereka?? lut, hafiz, pacat/faizal, dan ramai lagi...

    wassalam

    zaidi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sokongan. Ya, ada terima kad raya dari kau masa mengaji kat Uitm dulu. Sampai hari yang sama dgn kad Che Din (room-mate dkt Desasiswa Gemilang dulu). Aku balas kedua-dua kad tapi rasanya aku tersilap letak setem. Setem utk kad engkau di Dublin aku tersilap lekat pada setem kad utk Che Din. Ha ha, sampai tak kad aku?

    Aku pun dah lama carik member-member lama. Kadang-kadang belek jugak nama doktor yg sign 'medical report' client aku, mana tahu nama kau atau member-member kat USM dulu yg sediakan medical report tu. Tak tahu pulak kau practice kat Dublin.

    Di sini aku dapat jumpa Rosdi sahaja. Dia kerja kat USM Kubang Kerian. Yg lain-lain hilang berita. Mujur juga ada FB, tapi sampai sekarang tak dengar berita pasal Lut, Fahmin dll.

    Tapi berita paling sedih ialah bila dengar berita tentang arwah Sheikh Mustapha. Abang dia naik ke bulan & semua org risau pasal risiko mendarat ... tapi ajal dia kat bumi yang sampai dulu...

    Ya, semuanya kuasa Tuhan.

    ReplyDelete