Thursday, February 26, 2009

Besar sangatkah Kita (II)

Segala puji hanya untuk Allah. Mohon selawat salam semoga sentiasa dilimpahi atas Baginda SAAW, Ahli Baitsnya dan Sahabatnya ...

Ya ... besar sangatkah kita ini? Cuba kita renung dan fikir dalam-dalam, tentang hakikat betapa 'besarnya' diri kita sebagai manusia ini. Berapa besarkah kita berbanding dengan keluasan bumi yang Allah cipta? Bandingkan pula berapa besarnya bumi dengan matahari. Lihat pula perbezaan matahari dengan bintang Acturus. Perhatikan di mana pula Acturus berbanding bintang Antares. Lalu siapa kita?

Kalau diumpamakan Acturus itu seluas tanah Australia, kita hanya ibarat sebutir pasir yang dibelah beribu-ribu kali. Jadi mampukah kita sebutir pasir ini menyaingi sebuah benua? Cuba letakkan diri anda di sebelah Antares.

Hendak menyaingi sebutir bintang, satu makhluk yang dicipta pun sudah tidak termampu oleh kita. Jadi bolehkah kita menyaingi Penciptanya? Bolehkah kita?

Perhatikan keluasan alam ini, susun atur segala objeknya, perjalanan dan peredaran segala juzuk benda dan atomnya dan kita akan dapat lihat kehebatan Penciptanya. Namun ada diantara manusia berkata kita mampu membuat peraturan hidup dan undang-undang sendiri. Kita adalah manusia dan sesungguhnya kita memahami cara penyelesaian masalah jenayah dan sosial manusia. Hukum buatan manusia juga lebih kurang sama dengan hukum Allah.

Apakah Pencipta Yang Maha hebat ini tidak mampu menurunkan satu sistem yang sempurna? Apakah sistem yang Dia sediakan itu ada kekurangannya? Kenapa kita tidak bersedia menerima hukumnya? Hebat sangatkah kita untuk tidak mengguna pakai hukum Dia? Hebat sangatkah???Kepada para penolak hukum Allah ... cerminlah diri dahulu. Tahi hidung anda sendiri tidak mampu anda cipta, tetapi ada hati menolak hukum Allah.

Wednesday, February 25, 2009

Besar Sangatkah Kita?




Ini adalah hakikat diri kita ... yang menumpang di muka bumi dan kerajaan luas Allah ini .... Besar sangatkah kita ...?

Thursday, February 19, 2009

Menjadi Peguam III

Saya terpaksa memakai semula seragam putih dan hijau sekolah, masuk kelas pukul 8 pagi dan habis kelas pukul 1 tghari. Kalau dahulu saya kenal quantum leap, isotopes of carbon, mitocondria dsb, kini saya kenal Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Panji Semirang, Keluk Penawaran dan Permintaan dan puisi-puisi yang puitis yang melara-lara hingga ke bulan bintang. Memang amat kekok kerana sistem pembelajaran yang perlu saya aplikasi kini berada dalam dunia yang amat berbeza. Itu kekurangannya. Kelebihannya? Kedua-dua belah otak kiri dan kanan saya dapat merasakan sesuatu yang baru.

Banyak perkara baru yang saya pelajari dalam tempoh dua tahun berikutnya. Ada pengalaman terpaksa menumpang bangunan Puspanita di Jalan Muzium Hulu, Taiping kerana ada sedikit pergeseran diantara tuan punya sekolah swasta dengan tenaga pengajar. Untuk subjek sastera, Pengajian Am dan BM saya ke kelas Cikgu Shaari yang berpisah dengan sekolah swasta tersebut dan menumpang di bangunan Puspanita. Untuk subjek Sejarah dan Ekonomi saya mengikuti kelas di sekolah swasta tersebut, yang kini diubah ke waktu malam. Sudah jadi sedikit kelam-kabut.

Saya juga mula menyusun cita-cita baru. Cita-cita ketiga yang saya simpan selama ini ... untuk menjadi peguam. Allah lebih mengetahui akan kejadian setiap hambaNya. Dia Maha Mengetahui bahawa saya lebih sesuai untuk menjadi seorang peguam. Saya yang dahulunya hanya berminat & aktif menjadi pemidato dan pendebat di sekolah & USM tetapi tidak berapa minat menjadi peguam (hanya ke-3 dalam senarai cita-cita) akhirnya di buka jalan oleh Allah untuk menjadi peguam.

Selesai keputusan STPM, saya menyambung pengajian ijazah saya di UiTM dan selepas itu dengan 9 bulan chambering dan akhirnya di'daftarai'kan menjadi peguam .... Alhamdulillah.

Dan cita-cita saya tidak terhenti setakat itu. Masih ada dua lagi yang ingin saya capai. Buat masa ini saya cuba menyumbang anugerah yang Allah beri ini (ia bukan hak saya tetapi satu amanah dari Allah) kepada agama saya ... Islam.

Menjadi Peguam II

Dan saya berhijrah dari pusat menuntut ilmu yang rasmi ke pusat tarbiyyah dari Allah. Kegagalan itu satu tamparan hebat untuk saya. Apatah lagi bila mendapat tahu tentang rakan-rakan rapat saya yang berjaya manyambung pengajian dalam ijazah perubatan di luar negara. Sahabat saya, Abdullah Zaidi mendapat tawaran ke Royal College of Surgeons di Dublin. Dah jadi doktor dah pun sekarang ni, menetap di sana. Tuan Hairul (rakan rapat, juga satu team debat di USM dengan saya) dapat tawaran bidang perubatan di UK dan Emirizal pula ke Australia. Masing-masing dah jadi doktor.

Sedangkan saya terpaksa mendaki satu anak tangga ke satu anak tangga untuk mencari tempat belajar yang baru. Bukan menara gading dan bukan IPT. Hanya mencari sekolah swasta untuk mengambil STPM. Menjadi pelajar di sekolah swasta tetapi mengambil STPM sebagai calon persendirian. Hanya ada dua buah sekolah swasta di Taiping pada masa itu yang mengajar kertas peperiksaan STPM, tetapi kedua-duanya tidak mengajar jurusan sains. Sedangkan saya masih mahu mengambil bidang sains dan masih bercita-cita untuk menjadi doktor. Alasan utama tiada jurusan sains adalah kerana sekolah-sekolah tersebut tidak mempunyai makmal sains sedangkan peperiksaan STPM aliran sains wajib ada kertas amali untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi. Kecewa lagi ...

Sunday, February 15, 2009

Menjadi Peguam

Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, sampaikanlah selawat dan salam ke atas Baginda SAAW, keluarganya & sahabatnya sekalian.

Sebenarnya bukanlah cita-cita pertama saya untuk menjadi peguam apabila dewasa nanti. Cita-cita untuk menjadi peguam hanya berada dalam senarai ketiga 'ranking' saya selepas juruterbang dan doktor. Peluang untuk menjadi 'pilot' tiba pada suatu hari apabila saya dipanggil untuk temuduga oleh MAS. Namun saya terpaksa menolaknya kerana bertembung dengan tarikh ujian 'carry mark test I' dalam semester pertama tahun pertama pengajian Matrikulasi Sains I USM. Saya tidaklah menolak dalam ertikata sesungguhnya, cuma saya memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan menghadapi ujian di Matrix I pada tarikh tersebut dan memohon supaya jika ada tarikh lain untuk ditemuduga agar saya dipanggil semula. Dan memang permintaan penangguhan saya dipenuhi mereka. Ditangguh sehingga ke hari ini. Tak dipanggil-panggil hinggalah ke sekarang....

Saya terus memburu cita-cita untuk menjadi seorang doktor pula. Nak jadi pakar jantunglah konon-kononnya. Pada hujung semester dua, tahun kedua matriks di USM satu temuduga dijalankan bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan samada di USM Kubang Kerian atau luar negara. Saya turut dipanggil temuduga. Saya tak pasti tetapi rakan mengatakan nama saya di senarai pendek untuk meneruskan pengajian di USM Kubang Kerian & hanya menunggu keputusan peperiksaan akhir.

Namun Allah merancang sesuatu yang lain untuk saya. Saya gagal dengan cemerlang dalam peperiksaan di USM. Pilot ke mana, doktor perubatan pun entah ke mana. Saya menerimanya dengan tenang walau hati di dalam hanya Allah yang tahu. Saya tidak pernah gagal sebelum ini. Keputusan akademik saya sentiasa baik semenjak dari sekolah rendah lagi. Gagal tidak pernah ada dalam diary saya sebelum ini. Apa yang kita sangka baik itu sebenarnya mungkin buruk bagi kita dan apa yang kita sangka buruk itu mungkin sebenarnya baik bagi kita. Allah lebih mengetahuinya.

Dan saya berhijrah dari pusat menuntut ilmu yang rasmi ke pusat tarbiyyah dari Allah. Kegagalan itu satu tamparan hebat untuk saya. Apatah lagi bila mendapat tahu tentang rakan-rakan rapat saya yang berjaya manyambung pengajian dalam ijazah perubatan di luar negara. Sahabat saya, Abdullah Zaidi mendapat tawaran ke Royal College of Surgeons di Dublin. Dah jadi doktor dah pun sekarang ni, menetap di sana. Tuan Hairul (rakan rapat, juga satu team debat di USM dengan saya) dapat tawaran bidang perubatan di UK dan Emirizal pula ke Australia. Masing-masing dah jadi doktor.

bersambung...

Monday, February 9, 2009

Taufan di Perak

Salam. Banyak perkembangan baru dan mendebarkan berlaku di Perak dalam tempoh seminggu dua ini. Yang terakhir ialah berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Roslan Shaharum. Saya amat berharap Pas dapat mengekalkan kerusi yang dimenangi di kawasan Parlimen tersebut. Mungkin ini perancangan Allah untuk mengembalikan keyakinan atau memberi suntikan semangat kepada para pejuang Islam dan keadilan di Malaysia.

Umno/BN baru sahaja mendapat satu laba baru dalam kes lompatan para Adun baru-baru ini, tetapi secara tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita kematian MP Bukit Gantang. Seandainya pilihanraya kecil yang akan diadakan nanti berjaya dimenangi oleh PAS/PR, saya percaya moral UMNO/BN akan kembali merudum. Apa tidaknya, mereka berjaya 'menubuhkan satu kerajaan baru' dan mendakwa rakyat Perak bersama mereka, tetapi ternyata rakyat menolak mereka. "Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang". Betapa banyak masa dan tenaga (wang? ehem!!!) dicurahkan untuk mereka 'memperolehi' kembali Perak, tetapi dengan hanya satu sentuhan sahaja daripada Allah (dengan kematian Allahyarham Roslan), segala usaha untuk menjadi sia-sia. Apa tidaknya, mereka dimalukan dengan kekalahan dalam P/raya kecil ini. Menang negeri tetapi bukti menunjukkan rakyat menolak mereka. Apapun kesemuanya ketentuan Allah belaka....

Doakanlah.