Friday, March 26, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (III)

Berikut posting rakan saya Faisal Yusuf di dalam blog beliau 'Buletin Prihatin'di http://bprihatin.blogspot.com/.

DAP, kami bela Islam sedia ketepikan politik!

KES perebutan hak jagaan anak antara mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya Indira Gandi terus mendapat perhatian oleh para media. Mereka yang berkepentingan terus mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan puak tanpa memikirkan kepentingan umum yang lebih utama. Saya menulis dalam posting ini sebagai mengimbangi apa yang tersirar di media-media massa agar dapat dinilai oleh para pembaca dan rakyat Malaysia seluruhnya.


Para pemimpin DAP nampaknya terus menangguk di air keruh dalam isu yang terus dihangatkan ini. Saya mengatakan sedemikian disebabkan peluang yang ada telah dimanipulasi bagi menzahirkan betapa Dap tidak mudah menerima pentadbiran Islam dalam Negara ini.


Benarlah Indira Gandi telah memperolehi hak jagaan menerusi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac 2010 yang lalu. Namun demikian, tidakkah boleh para piminan DAP menghormati kepada pihak Mohd Riduan Abdullah yang juga telah memperolehi perintah jagaan lebih awal dari Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada September 2009 yang lalu?


Meskipun DAP yang bersuara bagi pihak Indira Gandi bersemangat mengatakan Indira Gandi mempunyai hak di sisi Mahkamah Sivil, kami juga berhak menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah sahajalah yang berhak untuk memutuskan isu yang dihadapi oleh mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya.


Satu hal yang perlu diingat bahawa Mohd Riduan Abdullah telah hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menjawab tuntutan isterinya sedangkan pihak DAP yang membantu Indira Gandi tidak sekali-kali Berjaya atau berusaha untuk membantu Indira Gandi ke Mahkamah Tinggi Syariah hingga keputusan penjagaan dikeluarkan.


Saya selaku individu yang terlibat membantu Mohd Riduan Abdullah menegaskan bahawa kami akan menggunakan setiap saluran yang ada demi mempertahankan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Tinggi Syariah Ipoh yang lalu. Harus diingat, cita-cita kami selaku individu Islam bukan sekadar di dunia semata-mata. – 5 Rabiul Ahir 1431H.

No comments:

Post a Comment