Salam. Hajat di hati ingin kembali menulis secara aktif di blog ini, tapi 'mood' masih belum ada. Tak tahu mana nak mula dan tak tahu mana nak sambung. Jadi saya mengambil keputusan untuk sekadar melayari internet. Dalam 'sibuk' ber'surfing' terjumpalah satu website - Asiaexplorers.com - yang menceritakan tentang Masjid Kampung Laut.
Seperti yang saya nyatakan dalam posting sebelum ini, ia mencatatkan bahawa rekabentuk Masjid Kampung Laut adalah sama seperti Masjid Agung Demak.Bezanya, ia menyatakan bahawa Masjid Agung Demak lebih dulu didirikan. Wallahua'lam.
Apa yang menarik perhatian saya, cerita yang disampaikan itu sama seperti apa yang pernah diceritakan oleh Tok dan arwah Tok Umi - ia dibina oleh sekumpulan mubaligh yang berkelana diantara Champa, Patani dan Jawa. Jadi tidak hairanlah jika rekabentuk kedua-dua masjid ini serupa kerana memang besar kemungkinannya ia dibina oleh kumpulan yang sama, yang berkelana di kepulauan nusantara di dalam kerja-kerja dakwah mereka.
Tambahan pula ia turut mencatatkan bahawa kumpulan mubaligh ini telah bernazar untuk membina masjid jika mereka terselamat dari ribut taufan yang dialami dalam pelayaran mereka itu.
Berikut perikan dari website tersebut:-
"Masjid Kampung Laut is regarded as the oldest surviving mosque in Malaysia as well as one of the oldest in the Malay archipelago. Although the actual age of Masjid Kampung Laut is not known, its design is similar to that of Masjid Demak in Jawa which was built in 1401. Most accounts place the age of Masjid Kampung Laut as around 300 years.
Masjid Kampung Laut is believed to have been built by Muslim missionaries who were travelling between Champa (in southern Vietnam), Pattani (Thailand) and Jawa. According to a story, the ship which was carrying the missionaries got into trouble. The missionaries vowed that if they could land safely, they would build a mosque where they land. As it happened, they were able to land at Kampung Laut, and hence, erected a mosque there".
Wallahua'lam.
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeletenice artikel tuan..saya ingin anjurkan bahawa saya kurang setuju berkenaan laman web Asiaexplorers.com yang mendakwa Masjid Demak Indonesia dibina terdahulu dari Masjid Kg Laut. Ini kerana kita semua dah tahu Masjid Kg Laut adalah Masjid tertua ddi asia tenggara. Maksudnya bila di sebut 'Tertua di asia tenggara' maknanya ia dibina dulu dari masjid2 lain. Kalau fakta ini x benar bermaksud kita ditipu oleh sejarah buatan manusia..wallahuallam..sekadar pandangan..
p/s: saya banyak membaca artikel yang tuan tuliskan. Selain itu saya ada baca artikel di forum cari.my. Pendapat saya alangkah baiknya jika tuan dapat berkongsi pandangan & idealis di ruang forum cari.my
Wasalam
Tentang freemason..saya cuba searching di ruangan cari.my & terdapat beberapa topik tentang perkembangan freemason di malaysia yang kita tidak tahu..
ReplyDeletechek-it-out:
http://mforum.cari.com.my/search.php?searchid=1169&orderby=lastpost&ascdesc=desc&searchsubmit=yes
Salam Mujahid. Terima kasih atas pandangan. Ya, saya juga percaya bahawa Masid Kampung Laut lebih awal didirikan cuma sumber kepada pendapat ini saya tak jumpa di mana. Saya akan cari dan bila berjumpa semula, saya akan postkan di sini.
ReplyDeleteMenulis memang minat saya, cuma kekangan masa yang jadi halangan. Firma kecil saya masih bertatih dan masa saya banyak bertumpu ke situ. Insya-Allah, ada kelapangan saya akan join.
setuju dengan en.mujahid ttg Freemason tu. Cuma rasanya pengaruh Freemason kat mesia ni smakin menurun sebab dakwah islam di negara kita sudah kuat.Seperti kita tahu Islam semakin kukuh dan agung bila akhir zaman...
ReplyDelete