Friday, March 26, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (III)

Berikut posting rakan saya Faisal Yusuf di dalam blog beliau 'Buletin Prihatin'di http://bprihatin.blogspot.com/.

DAP, kami bela Islam sedia ketepikan politik!

KES perebutan hak jagaan anak antara mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya Indira Gandi terus mendapat perhatian oleh para media. Mereka yang berkepentingan terus mengambil kesempatan bagi meraih keuntungan puak tanpa memikirkan kepentingan umum yang lebih utama. Saya menulis dalam posting ini sebagai mengimbangi apa yang tersirar di media-media massa agar dapat dinilai oleh para pembaca dan rakyat Malaysia seluruhnya.


Para pemimpin DAP nampaknya terus menangguk di air keruh dalam isu yang terus dihangatkan ini. Saya mengatakan sedemikian disebabkan peluang yang ada telah dimanipulasi bagi menzahirkan betapa Dap tidak mudah menerima pentadbiran Islam dalam Negara ini.


Benarlah Indira Gandi telah memperolehi hak jagaan menerusi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh pada 11 Mac 2010 yang lalu. Namun demikian, tidakkah boleh para piminan DAP menghormati kepada pihak Mohd Riduan Abdullah yang juga telah memperolehi perintah jagaan lebih awal dari Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada September 2009 yang lalu?


Meskipun DAP yang bersuara bagi pihak Indira Gandi bersemangat mengatakan Indira Gandi mempunyai hak di sisi Mahkamah Sivil, kami juga berhak menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah sahajalah yang berhak untuk memutuskan isu yang dihadapi oleh mualaf Mohd Riduan Abdullah dan isterinya.


Satu hal yang perlu diingat bahawa Mohd Riduan Abdullah telah hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menjawab tuntutan isterinya sedangkan pihak DAP yang membantu Indira Gandi tidak sekali-kali Berjaya atau berusaha untuk membantu Indira Gandi ke Mahkamah Tinggi Syariah hingga keputusan penjagaan dikeluarkan.


Saya selaku individu yang terlibat membantu Mohd Riduan Abdullah menegaskan bahawa kami akan menggunakan setiap saluran yang ada demi mempertahankan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Tinggi Syariah Ipoh yang lalu. Harus diingat, cita-cita kami selaku individu Islam bukan sekadar di dunia semata-mata. – 5 Rabiul Ahir 1431H.

Tuesday, March 16, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah (II)

Hari ini pasukan kami bertemu dengan J/kuasa Undang-undang & Hak Asasi Manusia, DP Pas Kelantan [JUHAM]- yg mana saya dan Shaharuddin juga salah seorang anggotanya - berbincang tentang kes tersebut.

Pihak kami mendapat sokongan tambahan daripada JUHAM yang mengikuti dari awal perkembangan kes. Alhamdulillah, man power telah bertambah.

Buat masa ini tumpuan saya adalah terhadap kes ini. Doakan agar aqidah anak Encik Riduan terselamat. Mohon juga sokongan moral dari tuan-tuan. Salam dan terima kasih.

Saturday, March 13, 2010

Hak Penjagaan - Kes Riduan Bin Abdullah

Saya telah lama tidak meng-update blog ini. Masa tidak mengizinkan untuk saya berbuat demikian.

Saya baru sahaja pulang dari Ipoh selepas menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Ipoh dua hari lepas (Khamis 11 Mac 2010).

Kes ini melibatkan perebutan hak penjagaan anak-anak diantara seorang saudara baru, Riduan Bin Abdullah, anak guam kami, dengan isterinya yang beragama Hindu. Kes ini pernah mendapat liputan meluas media dan juga ketetapan kabinet beberapa ketika dahulu.

Mahkamah Tinggi Ipoh setelah menimbangkan hujahan kedua belah pihak telah memberi keputusan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa dalam persoalan hak penjagaan anak dalam mana-mana kes yang melibatkan perebutan diantara seorang Muslim dan bukan Muslim. Mahkamah di dalam kes tersebut turut memberikan siibu hak penjagaan ke atas anak mereka.

Ini merupakan satu keputusan yang amat menyedihkan kami yang berhujah bahawa hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kes seumpama ini dan hak penjagaan sebenarnya adalah ke atas bapa mereka yang telah memeluk Islam.

Kami akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk menimbang semula keputusan tersebut. Doakan kami, untuk menyelamatkan aqidah anak-anak kepada saudara baru kita ini.

Pihak Riduan (Defendan) diwakili saya sendiri, Marwalis, Shaharuddin dan Faisal Yusuf sebagai leading counsel.

Wassalam.

Monday, March 1, 2010

Bercuti

Salam kepada semua. Saya sebetulnya berada di Penang sekarang ni - temankan Dayang yang ada kursus di sini sambil bawa si kecil kami bercuti. Ada di Penang semenjak hari Jumaat lagi dan insya Allah akan bertolak ke Taiping pula esok.

Dari sudut lain pula, percutian kali ni semacam satu hari merdeka bagi saya. Harapnya begitulah kerana saya sudah maklumkan pada Tn. Haji Aziz (Chairman, Kelantan Bar Committee) bahawa saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada firm saya yg baru ditubuhkan dan saya dengan hormatnya menolak tawaran beliau untuk menyambung tugas sebagai Setiausaha Kehormat Kelantan Bar bagi penggal ketiga berturut-turut.

Apapun saya harus mencari pengganti. Saya sudah mencari penggantinya tetapi masih menunggu jawapan beliau samada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran sebagai S/usaha Kehormat Kelantan Bar. Harapnya beliau bersetuju dan saya akan merdeka. Mudah-mudahan. Pray for me.