Pada gambar pertama bahagian-7 yang lepas ditunjukkan widjet ‘The All Seing Eye’ of Horus. Manakala pada gambar kedua ditunjukkan nota kertas SATU DOLLAR US yang pada bahagian muka belakangnya turut terkandung satu lambang mata di puncak piramid Mesir (di kiri belakang nota kertas) dan lambang seekor burung helang (di kanan belakang nota kertas). Sila ambil perhatian bahawa lambang mata tersebut turut dikenali sebagai ‘The All Seing Eye’.
Lambang burung Helang serta lambang mata dan piramid yang terdapat pada muka belakang nota kertas USD 1-00 ini sebenarnya merupakan satu jata rasmi Kerajaan Amerika Syarikat – The Great Seal of The United States yang dicipta pada tahun 1782 sebelum diwartakan pada tahun 1789. Ia kemudiannya diletakkan ke dalam muka belakang wang kertas USD 1-00 pada tahun 1935.
Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah mengapakah sebuah negara yang berdaulat, bebas dan berkuasa seperti AS menggunakan sebuah lambang (piramid) yang menjadi ikon sejarah kepada suatu negara asing (iaitu Mesir) - untuk dijadikan jata rasmi negara mereka? Mereka malahan menggunakannya pula ke atas wang kertas mereka.
Harus diingat, negara AS itu sendiri ditubuhkan (kononnya) atas dasar kebebasan dan demokrasi. Tema-tema seperti freedom of choice, independence dan liberty menjadi zikir harian kepada mereka. Lalu apakah logiknya sebuah negara yang mendakwa mereka paling berkuasa di atas dunia ini menggunakan ikon sebuah negara dan bangsa asing untuk digunakan sebagai jata negara dan seterusnya dimasukkan ke dalam wang kertas sah negara? Bukankah ia satu yang rendah nilainya? Jata rasmi dan wang kertas bagi sesebuah negara merupakan satu simbol kedaulatan dan kemerdekaan bagi negara berkenaan.
Bila ia menjadi satu lambang rasmi bagi sesebuah negara, maka ia bermakna ego dan maruah sesebuah negara turut dilibatkan. Tentu kita tidak mahu negara kita menggunakan ikon yang menjadi lambang bagi sesebuah negara asing sebagai suatu lambang rasmi negara kita. Apakah logik negara Indonesia umpamanya menggunakan lambang kanggaru sebagai jata rasmi negara mereka? Dan apakah logik juga jika negara Brazil sebagai contoh memasukkan simbol Angkor Watt ke dalam wang kertas negara mereka?
Kita sekurang-kurangnya dapat memahami jika duduk letak negara Mesir dan AS adalah berdekatan, lalu memungkinkan adanya faktor kebudayaan dan sebagainya yang dapat mempengaruhi pemilihan sesuatu lambang sebagai jata atau dokumen rasmi negara. Bukan sahaja jarak antara keduanya amat jauh, beda zaman kewujudan negara Mesir purba (dalam kaitannya dengan piramid yang dipilih AS sebagai lambang itu) dengan wujudnya negara AS turut amat jauh sekali. Yang satunya wujud kira-kira 2,500 – 3,000 tahun sebelum Masehi manakala yang satu lagi hanya wujud pada abad ke – 18 Masehi.
Saya tidak nampak sebarang alasan munasabah untuk AS menggunakan lambang piramid sebagai The Great Seal of The United States dan seterusnya dimasukkan ke dalam wang kertas rasmi/sah negara – melainkan ada ‘sesuatu’ disebaliknya…. lebih-lebih lagi pada keduanya terdapat The All Seing Eye. Jangan lupa bahawa lambang mata Horus dikenali sebagai The All Seing Eye… lambang mata pada The Great Seal of The United States turut dikenali sebagai ‘The All Seing Eye’ …. dan … trademark pada Dajjal juga adalah ‘mata’ nya….
Wallahua’lam. Bersambung lagi, insya Allah …
Saturday, January 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment