Tuesday, August 9, 2011
Berita Harian Online | Lelaki tuntut RM1.1 juta gadis batal pernikahan
Berita Harian Online | Lelaki tuntut RM1.1 juta gadis batal pernikahan
Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis
KOTA BHARU: Berang dengan tindakan bekas tunangnya membatalkan pernikahan tanpa alasan munasabah kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 4 Jun lalu, seorang penjawat awam memfailkan saman ganti rugi RM1.1 juta terhadap wanita itu dan bapanya, di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Mohd Masran Ab Rahman, 32, dari Tanah Merah, memfailkan saman itu terhadap Nor Zulyana Mat Hasan @ Mat Husin, 28, yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan bapanya, Mat Hasan @ Mat Husin Ibrahim, 60, dinamakan sebagai defendan kedua.
Beliau melalui peguamnya Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam.
Latifah berkata, anak guamnya mengambil tindakan saman kerana tertekan dengan tindakan Nor Zulyana dan Mat Hassan yang membatalkan pernikahan pada saat akhir sedangkan segala persiapan majlis termasuk perkahwinan sudah dilakukan.
Berikutan keadaan itu, katanya, Mohd Masran terpaksa menjadikan majlis perkahwinan di sebelah lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu diganti dengan majlis kesyukuran.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif dan keluarga sudah mengadakan persiapan antaranya membeli barang hantaran, menjemput saudara mara yang berada di Kelantan dan negeri lain, menempah pelamin dan peralatan perkahwinan, membeli cincin perkahwinan, dan tempahan makanan untuk 1,200 tetamu.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada tarikh akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lalu, defendan dengan sengaja enggan meneruskan majlis akad nikah tanpa alasan munasabah.
Plaintif juga mendakwa mengalami kerugian teruk selain mengalami tekanan perasaan, malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu dan orang kenamaan.
Berikutan itu, plaintif menuntut defendan membayar antaranya ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000, ganti rugi khas, ganti rugi teruk (RM500,000 atau ditaksirkan), ganti rugi malu (RM500,000 atau ditaksirkan), faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penghakiman, dan faedah ke atas semua jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh.
Gambar dari Kosmo:-
Dari kiri:- Murtadza Mokhtar dan Latifah Ariffin.
Sunday, August 7, 2011
Salam Ramadhan
Salam.
Tidak terlamabat rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Semoga mendapat redha Ilahi...
Tidak terlamabat rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua. Semoga mendapat redha Ilahi...
Subscribe to:
Posts (Atom)