Saturday, February 20, 2010

Kelahiran Nabi SAAW

Hari ini, kira-kira 1400 tahun dahulu, kelahiran dan kedatanganmu dinanti dunia ...

Sama seperti dunia hari ini menanti kedatangan cucunda mu ...

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Rasulullah - oleh Hijaz

Monday, February 15, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 20



Ini adalah scene di dalam cerita The Little Mermaid sewaktu Eric dan Ursula mengadap paderi untuk dinikahkan. Di awal scene tersebut tidak ada apa-apa yang aneh ditunjukkan, namun apabila kedua pasangan ini menghampiri paderi tersebut, jika diperhatikan secara cermat, kita akan dapati paderi tersebut berada di dalam keadaan ghairah - seperti yang dipaparkan pada gambar di atas. Tuan-tuan boleh lihat sendiri adegan tersebut jika memiliki CD atau video tape animasi The Little Mermaid. Namun kita difahamkan bahawa setelah tersebar luas dakwaan bahawa pihak Disney memasukkan mesej-mesej halus atau tersembunyi(subliminal message)berunsur seks ke dalam produksi mereka, CD-CD terbaru The Little Mermaid tidak lagi memaparkan adegan ini.








Kita juga difahamkan bahawa artis yang mereka illustrasi untuk cover/poster cerita The Little Mermaid sememangnya berniat untuk membuat menara di latar belakang cover tersebut kelihatan seperti alat sulit lelaki. Setelah siap ia menyedari ilustrasi tersebut kelihatan jelas menunjukkan alat sulit lelaki, tetapi lakaran tersebut dihantar juga ke bahagian berkaitan untuk kelulusan. Namun, pihak berkaitan di Disney tetap meluluskan lakaran tersebut dan ia digunakan sebagai cover/poster animasi The Little Mermaid. Benar atau tidak dakwaan ini tidaklah dapat dipastikan, tetapi saudara-saudari lihatlah sendiri dan buatlah penilaian ke atasnya.






Scene di atas diambil dari cerita The Rescuers oleh Disney. Perhatikan betul-betul pada tingkap yang terbuka tersebut. Ia menunjukkan gambar seorang wanita yang berbogel dengan kedua buah dadanya jelas kelihatan. Tahukah anda tahun berapakah animasi ini dikeluarkan? Ia dikeluarkan pada tahun 1977. Maknanya ia sudah lama beredar dan memasuki subconscious mind kanak-kanak, generasi demi generasi.






Ini adalah adegan dari animasi Who Framed Rogger Rabbit juga oleh Disney, yang menunjukkan karektor bernama Jessica Rabbit melompat keluar dari sebuah teksi dan menampakkan bahagian dalam pehanya.



Sebenarnya banyak lagi mesej halus yang dimasukkan ke dalam berbagai-bagai animasi untuk kanak-kanak. Tuan-tuan boleh layari website ini - The Official Subliminal Messaging Blog di alamat http://www.subliminal-messaging.com/disney-subliminal-messages/ untuk maklumat lanjut.

Carian di internet dan Youtube untuk Disney Subliminal Message juga dapat membantu.

Jadi bolehkah kita masih beranggapan kartun adalah semata-mata kartun?

Sunday, February 14, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 19

Dalam beberapa posting yang lepas terutamanya melalui siri The Arrivals pt 11, 12 dan 13 yang disiarkan, kita dengan jelas dapat melihat bagaimana media hiburan digunakan sebagai alat/tool untuk mereka melalaikan umat manusia. Media hiburan juga digunakan sebagai alat untuk mereka menyebarkan propaganda Dajjal dan secara halus pemujaan ke atas Dajjal turut diselitkan.

Mesin-mesin pemujaan, propaganda dan candu yang melalaikan ini disuap kepada kita saban hari dan saban waktu agar ia betul-betul menyerap masuk ke dalam pemikiran manusia. Ketika bangun dari tidur - muzik yang menjadi peneman agar kononnya untuk memberi semangat untuk pergi belajar atau bekerja. Ketika memandu atau menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, muzik juga yang menjadi halwa telinga. Sewaktu menghadap komputer, lagu-lagu hiburan yang dipasang, kononnya untuk menghilangkan boring sewaktu bekerja. Ketika pulang dari kerja... sewaktu makan di hadapan televisyen... sewaktu mandi... sebelum tidur... semuanya muzik dan rutin ni berlaku hari demi hari, tahun demi tahun. Semuanya dirancang dan diatur oleh mereka dan tanpa kita sedari kita sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap mereka.

Jika semua ini boleh ditujukan kepada kita, apakah kita fikir mereka tidak akan melakukannya kepada kanak-kanak? Sedangkan pemikiran orang dewasa pun boleh diracuni, apakah kita fikir fikiran kanak-kanak yang Nabi sabda umpama kain putih yang boleh dicorakkan itu tidak mereka jadikan sasaran? Apakah kita juga boleh beranggapan bahawa berbagai-bagai kartun yang dihidangkan kepada kanak-kanak itu adalah secara literalnya, kartun semata-mata?

Lihat gambar-gambar di bawah:-


















Wednesday, February 10, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 18

Masih mengenai media sebagai alat Dajjal untuk menguasai dunia. Berikut adalah part 13 siri The Arrivals oleh Noreagaaa & Achernahr yang mengutipnya dari Hashemsfilms.

Sebelum itu, ingat dahulu simbol ini dan 13 anak tangganya:-




Part 13 siri The Arrivals, sambungan daripada part 11 & 12 yang dimuatkan sebelum ini.

Thursday, February 4, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 17

Allah menciptakan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Allah juga membekalkan manusia dengan akal. Akal merupakan satu alat/kelengkapan/tool yang dibekalkan kepada manusia untuk mentadbir alam ini.

Disamping itu, manusia turut diberikan nafsu. Jika diuruskan dengan baik, kehidupan manusia akan berjalan menurut fitrah semulajadi kejadiannya. Kehidupan yang menurut fitrah merupakan kehidupan yang menenangkan. Fitrah kejadian biologi manusia memerlukan kepada makanan - sebagai contoh. Nafsulah yang menjadi pencetus kepada keinginan untuk makan. Tanpa nafsu, manusia tidak akan berasa perlu kepada makanan. Mereka tidak akan punyai keinginan untuk makan sedangkan kejadian biologi manusia yang Allah ciptakan memerlukan kepada makanan. Tanpa makanan, tubuh fizikal manusia akan mengalami kemerosotan di dalam keupayaannya. Ia akan menjadi lemah dan semakin lemah. Apabila ini berlaku, manusia tidak akan mencapai fungsinya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Tetapi nafsu perlu dikawal. Nafsu yang tidak dikawal akan memudaratkan manusia itu sendiri. Ia akan membuatkan manusia menjadi 'beraja di hati, bersultan di mata'. Sifat nafsu itu liar. Ia bersifat mahukan semua benda. Ia bersifat mahu menguasai semua perkara. Ia bersifat melampau. Ia tidak mengenal batas. Apabila tidak mengenal batas, bagaimana ia mahu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini?

Kerana itu Allah membekalkan manusia dengan akal. Akal bersifat menimbang. Ia menimbang mana yang baik, mana yang buruk. Semua manusia, tidak kira Islam atau bukan mempunyai keupayaan ini kerana Allah berikan aset 'akal' ini kepada semua. Akal dapat mengekang nafsu. Akal merupakan lawan kepada nafsu. Ini fitrah akal. Kedua-dua nafsu dan akal ini Allah bekalkan ke dalam diri manusia. Ia wujud di dalam diri. Tetapi cabaran di luar diri manusia cukup kuat. Temptation dunia sangat hebat. Jika nafsu dan cabaran/godaan ini bergabung, peluang akal untuk bertarung semakin berkurang.

Jadi apa yang perlu manusia buat? Jika godaan dunia ini bersifat luaran, maka akal harus mencari rakan seperjuangan - yang juga bersifat di luar tubuh manusia. Apakah ia? Ia tidak lain dan tidak bukan iaitu ILMU. Masalahnya pula, ilmu itu terlampau banyak. Bagaimana harus manusia pilih ilmu mana yang dapat menjadi rakan seperjuangannya dalam mengharungi dunia ini. Akal kita punyai had kemampuan. Jadi bagaimana?

Di sinilah datangnya Islam. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam salah satu kuliahnya mengatakan Islam itu sebagai penunjuk jalan. Islam tunjukkan kepada kita apa yang perlu diikut dan apa yang wajib ditinggalkan. Ia penyuluh kepada mana yang baik dan mana yang buruk. Ia men 'confirm' kan fitrah hati manusia tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Ia datang dari Allah - yang menciptakan manusia. Sudah tentu agama yang diturunkannya amat sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sebagai penyuluh, ia tidak menyuluh apa yang di luar semata-mata. Ia turut menyuluh hati manusia. Ia juga menyuluh ruh manusia. Lalu akan jadilah manusia itu hamba Allah yang steady. Kemas di luar dan di dalam.

Iblis tahu hakikat ini. Dajjal juga tahu hakikat ini. Pengikut-pengikutnya (baca: Illuminati) tahu tentang hakikat ini. Dengan itu, hasrat mereka akan terbantut. Lalu bagaimana mereka mahu melawannya? Apakah caranya? Seperti yang saya sebutkan di atas, akal lawannya nafsu. Dengan akal, manusia akan menncari ilmu. Dengan ilmu yang bermanfaat, fitrah hati manusia akan mencari Islam. Dengan Islam - cita cita Iblis hancur, keinginan Dajjal dan pengikutnya terhalang. Jadi, asasnya ialah akal.

Maka apakah strategi mereka? Strategi mereka: AKAL PERLU DILEMAHKAN. Lemahkan akal. Berikan kepada mereka 'candu' yang dapat melemahkan akal. Biarkan mereka berkhayal, lalai, leka dan lari dari tujuan asal mereka diciptakan. Apa yang dapat melemahkan dan mengkhayalkan akal? Hiburan. Hiburan. Hiburan. Ia melemahkan akal dan menguatkan nafsu.

Sebenarnya HIBURAN ADALAH CANDU KEPADA MASYARAKAT. Tetapi mereka katakan kepada manusia - agama candu kepada masyarakat. Mereka membuat propaganda bahawa hiburan menyegarkan minda. Berapa ramai yang terperangkap?

Siri The Arrivals - part 12 oleh Noreaga & Achernahr.

Wednesday, February 3, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 16

Kita masih boleh bergurau-senda, bergelak ketawa dan bersuka-ria. Kita masih juga boleh dengan senang hatinya menonton ini




Sedangkan pada saat yang sama - secara hakikinya, kanak-kanak kecil ini masih gagah menghayun langkah




Walaupun semalamnya dia melihat dengan mata kepalanya kejadian ini menimpa adik-adiknya dan kelmarin ia berlaku ke atas saudara-saudaranya, tiga hari yang lalu ibunya menjadi mangsa, seminggu yang lalu kakaknya menerima nasib yang sama, dua minggu sebelumnya rakan-rakannya, sebelum sebulan yang lepas ...




Malunya kita kepada ANAK JANTAN ini ... sudah berhadapan dengan tentera zalim ini




Dan apa pula nasib kanak-kanak ini ... apa sudah jadi kepadanya pada saat ini? Sudah makankah dia? Semalam tidurnya di mana? Apakah di dalam pelukan ibunya, di atas tilam yang empuk sambil menonton movie terkini? Atau memeluk diri sendiri, memujuk hati yang rindukan pelukan ibunya, kasih sayang bapanya dan usikan abang-abangnya ...?




Lalu di mana kita..?

Tuesday, February 2, 2010

Dajjal-Illuminati-Freemason: Bhg 15

Sewaktu kita saksikan ini


Berlaku ini



Sewaktu kita menonton ini



Kanak-kanak ini merasakan ini



dan berlaku ini



Kerja siapakah ini? Di manakah perasaan kita? Bagaimana jika ia berlaku kepada kita?? Bagaimana jika ia berlaku kepada adik-adik kita? Atau kepada anak-anak kita? Ia masih berlaku dan sedang berlaku di saat ini. Apakah kita akan benarkan ia terus berlaku?